pagar | 1 sesuatu yg dibuat drpd dawai berduri, kayu dll dan dipasang di keliling sesuatu kawasan; apa-apa yg digunakan utk menyekat serta membatasi sesuatu kawasan. 2 apa-apa yg menyerupai pagar 1. ~ besi pagar yg dibuat drpd besi. ~ bulan lingkaran yg kelihatan mengelilingi bulan. ~ buluh pagar yg dibuat drpd buluh. ~ dawai (kawat) pagar yg dibuat drpd dawai. ~ duri pagar yg dibuat drpd dawai berduri. ~ hidup pagar drpd pokok-pokok kecil. berpagar ada pagarnya: Rumahnya tidak ~. berpagarkan ada atau mempunyai sesuatu sbg pagar: Kebun sayurnya ~ buluh. memagar membuat pagar di; mendirikan pagar di: Dia ~ kawasan rumahnya. ~ diri menjaga diri. memagari 1 menjadi (spt) pagar pd; mengelilingi sesuatu spt pagar: Pokok-pokok puding ~ kawasan rumahnya. 2 ki melindungi supaya tidak terkena bahaya dll. memagarkan menjadikan sesuatu sbg pagar; memasang sesuatu sbg pagar: Pak Abu ~ buluh di keliling kebunnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pagar | 1 sesuatu yg dibuat drpd dawai berduri, kayu dll dan dipasang di keliling sesuatu kawasan; apa-apa yg digunakan utk menyekat serta membatasi sesuatu kawasan. 2 apa-apa yg menyerupai pagar 1. ~ besi pagar yg dibuat drpd besi. ~ bulan lingkaran yg kelihatan mengelilingi bulan. ~ buluh pagar yg dibuat drpd buluh. ~ dawai (kawat) pagar yg dibuat drpd dawai. ~ duri pagar yg dibuat drpd dawai berduri. ~ hidup pagar drpd pokok-pokok kecil. berpagar ada pagarnya: Rumahnya tidak ~. berpagarkan ada atau mempunyai sesuatu sbg pagar: <i>Kebun sayurnya ~ buluh.i> memagar membuat pagar; mendirikan pagar. ~ <i>dirii> menjaga diri. memagari 1 menjadi (spt) pagar pd; mengelilingi sesuatu spt pagar:<i> Pokok-pokok puding ~ kawasan rumahnya.i> 2 ki melindungi supaya tidak terkena bahaya dll. memagarkan menjadikan sesuatu sbg pagar; memasang sesuatu sbg pagar. | Kamus Pelajar |
pagar I | 1. sesuatu yg dibuat utk membatasi (menyekat, mendinding) kawasan rumah (kebun dll): ~ besi; ~ buluh; ~ dawai (kawat); turus ~ tiang pagar; 2. sesuatu yg serupa pagar; ~ bulan lingkungan di sekeliling bulan, kandang bulan; ~ desa orang yg membantu penjaga keamanan desa di Jawa Barat; ~ duri pagar drpd dawai berduri; ~ hidup pagar drpd pokok-pokok kecil; ~ musang (sasak, tenggalung) pagar pd buritan perahu; ~ sua pagar yg menyekat dua ekor kerbau yg akan diadu; ~ makan padi (tanaman) prb orang yg dipercayai utk menjaga sesuatu, dia pula yg mengkhianati kita; bagai melompati ~ tiga hasta, akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi prb keadaan atau pertolongan yg tidak kurang tetapi tidak pula mencukupi (serba tanggung); berpagar mempunyai sesuatu sbg pagar: kebun yg tidak ~; berpagarkan mempunyai sesuatu sbg pagar: jalan itu ~ pohon ru; memagar 1. membuat pagar, memasang pagar: pohon-pohon mempelam dlm kebun itu dipagar berkeliling dgn besi; 2. menyerupai pagar; ~ diri menjaga diri; ~ diri bagai aur prb Mn menjaga dan memikirkan dirinya anak-beranak sahaja (tidak mempedulikan orang lain); memagari 1. membuat atau mendirikan pagar pd (di sekeliling): kebun itu dipagari dgn kawat berduri; 2. berada (terletak, berdiri, dsb) di sekeliling atau melingkari sesuatu, mengelilingi, melingkungi: tasik-tasiknya dipagari oleh pohon-pohon rendang serta rumpun-rumpun bunga yg berwarna-warni; penonton yg sedang ~ medan permainan itu; 3. ki menghalangi (drpd kejahatan, bahaya, dll), melindungi, mendindingi; memagarkan 1. menggunakan sesuatu sbg pagar; 2. membuatkan pagar (pd), mendirikan (memasangkan) pagar pd; pemagaran proses (perbuatan, tindakan dsb) mendirikan (membuat atau memasang) pagar pd atau di sesuatu tempat (sempadan, kawasan dsb): kerja ~ dusun buah-buahannya itu baru sahaja selesai; pagaran pagar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memagar | 1. membuat pagar, memasang pagar: pohon-pohon mempelam dlm kebun itu dipagar berkeliling dgn besi; 2. menyerupai pagar; ~ diri menjaga diri; ~ diri bagai aur prb Mn menjaga dan memikirkan dirinya anak-beranak sahaja (tidak mempedulikan orang lain); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menempelkan | 1. melekatkan sesuatu pd: mereka ~ berita itu di pagar-pagar; 2. ki merapatkan (telinga utk mendengar dll), me-lekapkan: dia ~ telinganya ke dinding dan mendengar kalau-kalau ada orang di situ; 3. ki tetap kekal (perasaan dlm hati), melekat, bersebati: kepercayaanku pd agamaku makin ~ terus dlm hatiku; 4. menumpang (duduk dll), menebeng: dia ~ di rumah saudaranya; 5. berapat-rapat dgn (dgn maksud mencari keuntungan dll), menyobat: beliau sekarang mencuba ~ kpd Presiden; 6. memberi wang suap, menyogok, menyuap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memagarkan | 1. menggunakan sesuatu sbg pagar; 2. membuatkan pagar (pd), mendirikan (memasangkan) pagar pd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sua I | ; pagar ~ pagar yg menyekat dua ekor kerbau yg akan diadu; bersua 1. datang saling mendekati, saling berdekat-dekatan: itulah pertama kalinya mereka ~; 2. = tersua bertemu, berjumpa, terjerempak, terserempak: dlm perjalanan itu, ia ~ dgn seekor harimau; apabila ~ dgn masalah-masalah agama; 3. bertemu (dgn barang yg dicari dll): puas ia mencari tetapi tidak ~; 4. = tersua boleh didapati, terdapat, ada: tembakaunya tembakau cap ayam, daunnya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yg serupa ini; 5. = tersua berlaku atau terjadi, termakbul (permintaan dll), tepat (ramalan, telahan); ~ alurnya ki sesuai benar, cocok, padan; menyua 1. mempersemukakan (ayam yg akan dilagakan); 2. memberi sesuatu kpd, mengunjuk: dia ~ bakul yg berisi udang kpd Bedah; 3. menghulur (tangan); 4. menemui, menjumpai: apa yg disua itu ialah sesuatu yg luar biasa baginya; menyuakan 1. menyogokkan, memberikan, menyodorkan: Karim ~ sepiring kuih; 2. menghulurkan (tangan dll); mempersuakan menjadikan bersua (bertemu, berjumpa), mempertemukan, menyemukakan: apalagi sekarang bulan tabut, tiap-tiap orang bebas keluar, jadi di tabut kita persuakan; tersua bertemu dgn, terjumpa; persuaan pertemuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kubu | 1 pagar drpd kayu dll utk menahan serangan musuh dll. 2 tempat bertahan yg diberi berpagar dan dilengkapi senjata; benteng tempat menahan serangan musuh: Mereka membuat ~ di atas bukit itu. 3 tempat yg berpagar utk menangkap gajah. berkubu 1 bertahan dlm kubu: Tentera musuh ~ di tebing sungai itu. 2 menggunakan kubu: ~ gajah menangkap gajah dgn menggunakan kubu. berkubukan menggunakan sesuatu sbg kubu: ~ batang pisang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memagari | 1 menjadi (spt) pagar pd; mengelilingi sesuatu spt pagar: Pokok-pokok puding ~ kawasan rumahnya. 2 ki melindungi supaya tidak terkena bahaya dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memagari | 1 menjadi (spt) pagar pd; mengelilingi sesuatu spt pagar: <i>Pokok-pokok puding ~ kawasan rumahnya.i> 2 <i>ki i>melindungi supaya tidak terkena bahaya dll. | Kamus Pelajar |