pagar I | 1. sesuatu yg dibuat utk membatasi (menyekat, mendinding) kawasan rumah (kebun dll): ~ besi; ~ buluh; ~ dawai (kawat); turus ~ tiang pagar; 2. sesuatu yg serupa pagar; ~ bulan lingkungan di sekeliling bulan, kandang bulan; ~ desa orang yg membantu penjaga keamanan desa di Jawa Barat; ~ duri pagar drpd dawai berduri; ~ hidup pagar drpd pokok-pokok kecil; ~ musang (sasak, tenggalung) pagar pd buritan perahu; ~ sua pagar yg menyekat dua ekor kerbau yg akan diadu; ~ makan padi (tanaman) prb orang yg dipercayai utk menjaga sesuatu, dia pula yg mengkhianati kita; bagai melompati ~ tiga hasta, akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi prb keadaan atau pertolongan yg tidak kurang tetapi tidak pula mencukupi (serba tanggung); berpagar mempunyai sesuatu sbg pagar: kebun yg tidak ~; berpagarkan mempunyai sesuatu sbg pagar: jalan itu ~ pohon ru; memagar 1. membuat pagar, memasang pagar: pohon-pohon mempelam dlm kebun itu dipagar berkeliling dgn besi; 2. menyerupai pagar; ~ diri menjaga diri; ~ diri bagai aur prb Mn menjaga dan memikirkan dirinya anak-beranak sahaja (tidak mempedulikan orang lain); memagari 1. membuat atau mendirikan pagar pd (di sekeliling): kebun itu dipagari dgn kawat berduri; 2. berada (terletak, berdiri, dsb) di sekeliling atau melingkari sesuatu, mengelilingi, melingkungi: tasik-tasiknya dipagari oleh pohon-pohon rendang serta rumpun-rumpun bunga yg berwarna-warni; penonton yg sedang ~ medan permainan itu; 3. ki menghalangi (drpd kejahatan, bahaya, dll), melindungi, mendindingi; memagarkan 1. menggunakan sesuatu sbg pagar; 2. membuatkan pagar (pd), mendirikan (memasangkan) pagar pd; pemagaran proses (perbuatan, tindakan dsb) mendirikan (membuat atau memasang) pagar pd atau di sesuatu tempat (sempadan, kawasan dsb): kerja ~ dusun buah-buahannya itu baru sahaja selesai; pagaran pagar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanam | cucuk ~ perihal tanam-menanam (bertani); musim ~ musim menanam padi; bertanam 1. sedang bercucuk tanam, membuat pekerjaan pertanian: kehidupan mereka itu memukat dan ~ padi; 2. sl mengebumikan, menguburkan mayat: di bawah gereja itulah tempat orang Hollanda ~ orang mati; ~ cacar bersuntik; berkotek (berketuk) di luar sangkar, ~ di luar pagar prb sesudah perkara selesai barulah terdengar keterangan atau aduan; menanam 1. menaruh (mencucuk, menabur, dll) benih ke dlm tanah supaya tumbuh: bendang ialah tempat ~ padi; 2. menaruh sesuatu dlm lubang dan dikambusi dgn tanah, menimbuni sesuatu yg di dlm lubang dgn tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dll): ia menyumpah orang yg ~ barang letupan itu; maka baginda pun mangkatlah, maka ditanam orang hampir masjid; 3. = menanamkan menyebarkan sesuatu ajaran (fahaman dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah menanamkan semula benih-benih kebangsaan yg telah patah; 4. memasukkan wang (modal) dlm sesuatu perusahaan dll, memodali, melabur: ia telah ~ modal sebanyak RM600; 5. menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan): pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini; 6. memasukkan benih penyakit ke dlm badan (utk mencegah drpd dihinggapi penyakit), menyuntikkan, membiakkan (benih penyakit dll); 7. mempunyai niat, berhajat (utk berbuat sesuatu), berniat: ~ niat utk naik haji; 8. mengangkat atau menempatkan (sbg wakil, pegawai, dll); 9. Pl, bp masuk ke dlm lumpur (ikan), membenamkan diri (dlm lumpur): puas aku mencari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya; ~ budi berbuat kebajikan (kebaikan) kpd; ~ modal mengeluarkan modal utk sesuatu perusahaan, melabur; ~ semula menanam pokok baru utk mengganti yg tua (getah); bagaimana ditanam, begitulah dituai prb tiap-tiap kejahatan itu, kejahatan jugalah akan balasannya; tanam-menanam perihal menanam tumbuh-tumbuhan dll; menanami menanam sesuatu di: di atas pulau itu ditanami pelbagai kayu-kayuan, buah-buahan dan bunga-bungaan; tertanam 1. sudah ditanam (ditanamkan), termasuk ke dlm, terbenam: baru ia bertumpu hendak melompat maka ~ ke bumi hingga lehernya; 2. ki tersemat di hati: apabila ~nya iman dan terlaksananya usaha utk mendirikan masyarakat...; tanaman 1. tumbuh-tumbuhan yg biasa ditanam (spt ubi, keladi, dll), apa yg ditanam: sebahagian drpd hasil ~nya dijual; ~ kontan tanaman yg diusahakan dlm sesuatu kawasan tanaman utk mendapatkan hasilnya sementara menantikan hasil tanaman kekalnya; ~ penutup (Bio) tumbuhan (lazimnya drpd jenis rumput rampai) yg ditanam utk menghalang berlakunya hakisan serta mengekalkan kelembapan dan kesuburan; 2. sesuatu yg tertanam, pendaman;tanam-tanaman berbagai-bagai jenis tanaman; petanaman tempat menanam tumbuh-tumbuhan; penanaman perihal menanam (menanamkan): petani-petani dlm mukim tersebut bersetuju memulakan ~ padi jenis baru itu; ~ modal perihal menanam modal, pelaburan; penanam orang yg menanam (menanamkan); ~ padi pesawah; ~ modal orang yg mengeluarkan modal (wang dll) utk menjalankan perniagaan dll, pemodal, pelabur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batas | 1 bahagian sawah yg ditambak mengelilingi sesuatu petak utk menakung air dan juga sbg tempat berjalan: Ketika orang ramai sibuk menanam padi, kami bermain berlari-larian di atas ~. 2 bahagian kebun yg ditambak dan digemburkan tempat pokok-pokok ditanam. Di belakang rumah Ahmad, ada empat baris ~ tempat ia menanam terung, lada, kacang dan bayam. 3 garis atau tempat yg menjadi sempadan sesuatu kawasan: Sungai Endau ini menjadi ~ negeri Pahang dgn negeri Johor. berbatas ada batasnya; mempunyai batas. berbataskan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg batas; bersempadankan. membatasi 1 menentukan atau menandai batas sesuatu: Ia ~ kawasan rumahnya dgn pagar berduri. 2 memisahkan antara satu dgn yg lain; mengantarai: Sungai Bernam ~ negeri Perak dgn negeri Selangor. 3 menetapkan banyaknya (jumlahnya); mengehadkan: Kerajaan telah ~ jumlah kereta yg diimport. terbatas tidak boleh lebih drpd yg telah ditetapkan; tidak bebas; terhad: Wang perbelanjaan saya ~ pd RM100/- tiap-tiap bulan. batasan 1 batas; sempadan. 2 had; sekatan. berbatasan 1 ada atau mempunyai batasan. 2 mempunyai batas (sempadan) yg sama: Rumah saya ~ dgn rumahnya. perbatasan batas sempadan: Sepasukan tentera telah dihantar ke ~ Malaysia-Thailand. pembatasan perbuatan atau hal membatasi. pembatas sesuatu yg menjadi batas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
batas | 1. bahagian sawah yg ditambak mengelilingi sesuatu petak utk menakung air dan juga tempat berjalan: Ketika orang ramai sibuk menanam padi, kami bermain berlari-larian di atas ~. 2. bahagian kebun yg ditambak dan digemburkan tempat pokok-pokok ditanam. Di belakang rumah Ahmad, ada empat baris ~ tempat ia menanam terung, lada, kacang dan bayam. 3. garis atau tempat yg menjadi sempadan sesuatu kawasan: Sungai Endau ini menjadi ~ negeri Pahang dgn negeri Johor. berbatas ada batasnya; mempunyai batas. berbataskan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg batas; bersempadankan. membatasi 1. menentukan atau menandai batas sesuatu:Ia ~ kawasan rumahnya dgn pagar berduri. 2. memisahkan antara satu dgn yg lain; mengantarai: Sungai Bernam ~ negeri Perak dgn negeri Selangor. 3. menetapkan banyaknya (jumlahnya); mengehadkan:Kerajaan telah ~ jumlah kereta yg diimport. terbatas tidak boleh lebih drpd yg telah ditetapkan; tidak bebas; terhad: Wang perbelanjaan saya ~ pd RM10/- tiap-tiap bulan. batasan 1. batas; sempadan. 2. had; sekatan. berbatasan 1. ada atau mempunyai batasan. 2. mempunyai batas (sempadan) yg sama: Rumah saya ~ dgn rumahnya. perbatasan batas sempadan: Sepasukan tentera telah dihantar ke ~ Malaysia-Thailand. pembatasan perbuatan atau hal membatasi. pembatas sesuatu yg menjadi batas. | Kamus Pelajar |