sementaraan | sl selama, selagi: telah sampai di Pahang, duduklah ia memerintah negeri Pahang, ~ belum beraja; marilah cucuku yg kedua ini kududukkan sai-sainya semen-taraan aku lagi hayat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sementara | 1. utk beberapa ketika sahaja (tidak lama), tidak kekal: utk ~; bantuan ~; 2. = sementaraan sl selama, selagi: telah sampai di Pahang, duduklah ia memerintah negeri Pahang, ~ belum beraja; marilah cucuku yg kedua ini kududukkan sai-sainya semen-taraan aku lagi hayat; 3. sedang (berlakunya sesuatu dll): pengetahuan orang pd masa itu semuanya berdasarkan kepercayaan, ~ keper-cayaan mereka memang tidak mengenali apa-apa batas pun; 4. = ~ itu pd ketika itu, dlm pd itu: ~ itu kapal belayar juga, makin lama makin laju; 5. di samping: ~ bertindak sbg Timbalan Perdana Menteri, beliau juga dapat menambah pengalamannya; ingat ~ belum kena, jimat ~ belum habis prb hendak-lah sentiasa berwaspada dan hati-hati (supaya jangan terlewat dll); kesementaraan perihal (sifat) sementara, keadaan (sifat) tidak kekal: kesedaran ter-hadap kenyataan bahawa ~ hidupnya akibat peperangan, tidak mungkin dia menyimpan harta. sementelah = sementelahan sl lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi: sudah tidak sabar lagi dia mencari, ~nya hari sudah mulai malam; aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Semelai | penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di Pahang Tengah (Tasik Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak) dan sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan (Sungai Lui dan Ulu Muar). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Pahang II | negeri di tenggara Semenanjung, keluasan 35 965 km2, Kuantan sbg ibu negeri, Darul Makmur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pahang I | (Sunda) ark sj bau yg tidak sedap (spt bau daun pohon buah nona); pahit ~ pahit getir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pahit pahang | kesulitan atau kesusahan yg bermacam-macam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pahit pahang | pahit getir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Darul Makmur | Pahang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Sg. | kep Sungai: ~ Pahang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sultan | raja yg memerintah: ~ Pahang. kesultanan 1 kawasan yg diperintah oleh sultan; negeri. 2 istana sultan. 3 kekuasaan memerintah bagi seseorang sultan; pemerintahan seseorang sultan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |