maksimum | (yg) paling banyak atau paling tinggi jumlahnya dll: Gaji ~nya seribu lima ratus ringgit sebulan. memaksimumkan menjadikan maksimum: Usaha utk ~ keluaran telah dijalankan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selebih-lebihnya | paling banyak (ramai): anggota jawatankuasa sekurang-kurangnya tujuh orang dan ~ dua belas orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbanyak | paling banyak, terlampau banyak: parti itu mempunyai suara yg ~ dlm parlimen; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mod | ist 1 nilai atau nombor yg paling banyak kali wujud dlm sesuatu siri pemerhatian atau data statistik. 2 salah satu pilihan kaedah atau cara pengendalian pemprosesan sistem komputer. ~ capaian mod tertentu drpd pelbagai kaedah capaian ingatan yg boleh dilakukan dlm sistem komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mod | ist nilai atau nombor yg paling banyak kali wujud dlm sesuatu siri pemerhatian atau data statistik. | Kamus Pelajar |
ululazmi | Ar yg memiliki keteguhan hati (iaitu gelaran yg diberikan kpd Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW kerana paling banyak mengalami penderitaan dan ujian dlm berdakwah, namun begitu mereka telah menghadapinya dgn penuh ketabahan dan kesabaran). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ozonosfera | (ozonosféra) (Geog) lapisan atmosfera bumi, tempat yg terletak di antara 15 – 30 km di atas permukaan bumi, tempat terdapat ozon dlm jumlah yg paling banyak dan mampu menyerap sinaran ultraungu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paling-paling | 1. teramat sangat; 2. sehabis-habisnya, sehabis banyaknya, sebanyak-banyaknya, setinggi-tingginya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
habis-habis | 1 hingga habis semuanya; sepenuhnya: Rombongan itu hendak merundingkan kemerdekaan negara mereka ~. 2 habis banyak; sebanyak-banyaknya; paling-paling: Buah itu tidak banyak, ~, sepuluh biji. Usahlah bimbang, ~, dia hanya boleh melarang kita saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
paling I | 1. (yg) teramat, (yg) amat sangat, (yg) ter ...: badan yg ~ berkuasa di negeri ini; mawar yg ~ indah; 2. = sepaling yg satu; paling-paling 1. teramat sangat; 2. sehabis-habisnya, sehabis banyaknya, sebanyak-banyaknya, setinggi-tingginya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |