palingan | yg dapat atau senang berpaling (dipalingkan); hati ~ Allah, mata ~ setan = neraca ~ bungkal, hati ~ Tuhan prb fikiran (pendirian dll) seseorang itu boleh beruba-hubah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dacing | sj alat penimbang (yg terdiri drpd batang yg berskala atau bersenggat, batu penimbang serta tempat meletak barang); anak (buah, batu) ~ logam pd dacing sbg pengimbang berat (ketika menimbang); lidah ~ jarum (pd dacing) yg menunjukkan keseimbangan timbangan; ~ palingan tangan, lidah palingan hati prb tidak sama antara cakap dgn niat; berdacing 1. sl bertimbang: sudah terkampung semuanya lada maka ~lah ke kapal; 2. menggunakan dacing (sbg alat penimbang barang); 3. mempunyai dacing; mendacing menimbang dgn dacing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teraju | 1. sj alat penimbang yg memakai dua buah piring yg digantungkan pd lengannya, neraca; 2. tali utk merentangkan (meregangkan) khemah, tali (rantai) utk menggantung lampu dll; 3. tali yg diikatkan pd rangka layang-layang (dr atas ke bawah); 4. ki kuasa tertinggi, pucuk pimpinan; ~ pemerintahan kuasa yg tertinggi dlm pemerintahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan (pimpinan yg tertinggi); ~ palingan tali, manusia palingan Tuhan prb perihal hati yg cenderung kpd kebaikan; ~ yg tak palingan prb hukuman yg adil (saksama); menerajui memegang teraju pimpinan, me- memimpin, mengetuai, mengendalikan: usia yg semuda itu dirasakan belum cukup utk ~ sebuah organisasi yg besar dan penting; empat orang yg telah ~ pimpinan pentadbiran Malaysia selama ini adalah orang-orang yg ~ pimpinan Barisan Nasional; peneraju orang yg memegang teraju pim-pinan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
neraca | 1. alat utk menimbang (yg lengannya sama panjang), sj dacing; 2. timbangan, dacing: alat yg digunakan utk mencari beratnya sesuatu benda itu dinamakan ~; ~ spring timbangan yg menggunakan spring; 3. Id catatan perbandingan wang masuk dan wang keluar (untung rugi dll) oleh sesuatu badan perniagaan dll, timbangan kira-kira; 4. perbandingan berat (kuat dll), pertimbangan: ~ kekuatan; ~ pembayaran Id perbandingan antara penerimaan dan pengeluaran wang (dlm perniagaan antarabangsa); ~ perdagangan Id perbandingan antara eksport dan import (oleh sesebuah negara); ~ palingan bungkal, hati palingan Tuhan prb fikiran atau pendirian seseorang itu boleh berubah-ubah; ~ yg palingan, bungkal yg piawai prb perihal hakim yg adil hukumannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paling II | ; berpaling 1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ia ~ ke arah pemuda itu; 2. ki beralih atau bertukar (perhatian, pandangan, dll): tiba masanya kita ~ kpd soal lain; 3. ki berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dll), berbelot, membelot; ~ haluan a) beralih (berubah) haluan; b) berubah (beralih) pandangan dll; ~ sembah sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); ~ tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll); roda yg ~, kuda sudah digerindin prb kelihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yg sebenarnya susah; tegak ~, duduk berkisar prb berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikatakan atau dijanjikan; memalingkan 1. mengarahkan muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ~ mukanya ke arah lain; 2. memusingkan arah (perahu dll): ~ perahunya; 3. mengubah arah pandangan (fikiran, dsb): tidak sedikit pun tindakan itu ~ mereka drpd agama mereka; ~ muka a) memusingkan (mengalihkan) muka ke kiri (ke kanan, ke belakang); b) sl tidak setia (suka), derhaka; ~ percakapan mengalihkan percakapan ke arah lain; palingan yg dapat atau senang berpaling (dipalingkan); hati ~ Allah, mata ~ setan = neraca ~ bungkal, hati ~ Tuhan prb fikiran (pendirian dll) seseorang itu boleh beruba-hubah; kepalingan (Lin) superlatif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |