palit | , = pemalit apa-apa (spt gincu, bedak) yg digunakan utk disapukan pd bibir, badan dsb: ~ bibir. berpalit sudah dicalit dgn; bercalit. memalit 1 menyapu atau melumas pd; mencalit: ~ bibir dgn gincu. 2 mengusik sesuatu dgn hujung jari; mencolek: ~ sambal. memalitkan menyapukan sesuatu pd; mencolekkan sesuatu pd: Dia ~ celak ke alisnya. terpalit 1 terkena atau tersapu sesuatu ke badan; tercalit: Dia meraba-raba mukanya kalau-kalau ~ lumpur. 2 ki turut terlibat atau terseret sama; turut mendapat nama buruk dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
palit I | sesuatu yg digunakan utk mengecat atau mewarnai (bibir, kening, dll); si ~ gila sl sj ubat guna-guna (pengasih); memalit mencalitkan (menyapukan) sesuatu (gincu dll) pd: kakinya disapu belaking, tubuhnya dipalit belacan; memalitkan mencalitkan (sesuatu) pd: ~ lipstik ke bibir; kemudiannya ia ~ perenjis yg basah ke atas dahi; terpalit 1. tercalit, tersapu: Tuan Sutan meraba-raba mukanya kalau-kalau ada lumpur ~; 2. ki terkait atau terlibat sama (dlm hal orang), terbabit; seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis ~ prb seorang yg membuat jahat (salah) semuanya mendapat nama buruk dll; palitan hasil memalit; berpalitan diliputi dgn palitan: tubuhnya ~ lumpur, begitu juga baju dan seluarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palit, = pemalit | apa-apa (spt gincu dll) yg digunakan utk disapukan ke badan; benda yg disapukan ke badan: ~ bibir. berpalit sudah dicalit dgn; bercalit. memalit 1 menyapu atau melumas pd; mencalit: ~ bibir dgn gincu. 2 mengusik sesuatu dgn hujung jari; mencolek: ~ sambal. memalitkan menyapukan sesuatu pd; mencolekkan sesuatu pd: Dia ~ celak ke alisnya. terpalit 1 terkena atau tersapu sesuatu ke badan; tercalit: Dia meraba-raba mukanya kalau-kalau ~ lumpur. 2 ki turut terlibat atau terseret sama; turut mendapat nama buruk dll. | Kamus Pelajar |
palit II | IB jatuh rugi (perniagaan dll), bankrap, muflis; memalitkan mengisytiharkan atau menyatakan palit (bankrap). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
conteng (conténg) | coreng, coret, calit, palit; berconteng-conteng bercoreng-coreng (dgn cat, arang, dll), bercalit-calit, berpalit-palit: papan hitam itu dilihatnya penuh ~ dgn kapur; menconteng mencoreng (dgn cat, arang, kapur, dll), mencalit, memalit: adik saya suka sangat ~ buku saya; ~ arang di muka prb memberi malu (aib); mencontengkan mencorengkan, memalitkan: ia asyik ~ cat di papan itu; terconteng 1. sudah diconteng, tercoreng; 2. ki mendapat malu (aib); contengan hasil menconteng: kertas yg putih bersih itu menjadi comot dgn ~; penconteng orang yg menconteng atau mencontengkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
si palit gila | sl sj ubat guna-guna (pengasih); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berselumu | 1. berlumur (berpalit) dgn kotoran; 2. berbulu (tepi kain yg tidak berjahit). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selekeh | (selékéh) 1. kotoran, palit, noda: gambar itu tidaklah ubahnya spt satu ~ warna-warna yg bercampur aduk; 2. kotor, tidak senonoh (pakaian dll), dipenuhi kotor: dia membetulkan gincunya yg agak ~ sedikit; berselekeh penuh dgn kotoran (cemar, noda), berpalit (dgn benda-benda kotor), tidak se-nonoh (pakaian): pakaian mereka ~, dan rambut panjang tidak berbela; menyelekehi mengenakan kotoran (noda), mengotori. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lumus | kotor atau terpalit-palit oleh lumpur (darah dll), berlumur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memalitkan | mengisytiharkan atau menyatakan palit (bankrap). | Kamus Dewan Edisi Keempat |