Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pamah 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pamah1. lembah, tanah yg rendah; 2. rendah (tanah): tanah yg ~; kawasan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
berliput1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh: kebanyakan tanah pamah di lembah sungai ~ tebal dgn tanah lanar; 2. ki terselindung, tersembunyi: kata raja kata ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
pelembahan1. tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai): di kebanyakan ~ sungai, tanahnya kaya dgn lanar; Merbok ialah sebuah pekan kecil di ~ Gunung Jerai, 2. ki jurang kehidupan, tempat yg paling rendah atau hina: kerana drpd pelembahan datangku, dan ke pelembahan aku mesti kembali; maka bebaslah mereka berge­lumang dlm ~ maksiat;Kamus Dewan Edisi Keempat
lembah1. tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai): di kebanyakan ~ sungai, tanahnya kaya dgn lanar; Merbok ialah sebuah pekan kecil di ~ Gunung Jerai, 2. ki jurang kehidupan, tempat yg paling rendah atau hina: kerana drpd pelembahan datangku, dan ke pelembahan aku mesti kembali; maka bebaslah mereka berge­lumang dlm ~ maksiat; ~ silikon kawasan tempat bertumpunya pelbagai industri yg berkaitan dgn teknologi maklumat; berlembah ada atau terdapat lembah (bkn tanah): kawasan itu rendah dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
melantai1. membuat (memasang) lantai; 2. rata (tanah dll) spt lantai, pamah, tidak tinggi rendah; sudah patah baru hendak ~ prb sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat.Kamus Dewan Edisi Keempat
lembang1 lekuk (ttg tanah, dahi dll). 2 menjadi lekuk atau dalam kerana dilalui air dll. melembang menyebabkan jadi lembang; melekukkan. lembangan tanah pamah yg rendah: ~ Murray-Darling mendapat hujan sedikit saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lembang I1. lekuk (tanah dll): tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya akan kepala baginda, menjadi ~ sama tengahnya; 2. menjadi dalam (tanah yg dilalui air dll); 3.= lembangan tanah pamah yg rendah, lembah; melembang menyebabkan jadi lembang, melekukkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
liput; berliput 1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh: kebanyakan tanah pamah di lembah sungai ~ tebal dgn tanah lanar; 2. ki terselindung, tersembunyi: kata raja kata ~; meliputi 1. menutupi, memenuhi: daratan kita sekarang pd suatu masa dahulu diliputi air; 2. ki menyeluruhi, melingkupi, menyelubungi: rancangan pembangunan yg menye­luruh ~ segenap daerah dan pelosok; wajah isterinya diliputi kemuraman; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll): di dlm nama-nama, ~ selebih­-lebih sifat drpd segala sifat kelebihan dan kesempurnaan; liputan 1. sesuatu yg meliputi (menyeliputi, memenuhi, menutupi) sesuatu: ~ salji di kemuncak gunung; 2. = ~ berita perihal membuat laporan tentang sesuatu peristiwa atau satu siri peristiwa (dlm jurnal, akhbar, dsb): dia ditugaskan membuat ~ dlm persidangan itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanah1 lapisan bumi yg di atas sekali (tempat orang mendirikan rumah, bercucuk tanam dll): Beliau telah membeli sebidang ~ seluas lima ekar di Sabak Bernam. 2 kawasan bumi yg bersempadan, yg diperintah oleh sebuah kerajaan atau yg diduduki oleh sesuatu bangsa: ~ Melayu; ~ Jawa. 3 warna dasar pd kain dll. ~ datar (pamah) tanah yg rata. ~ gambut tanah lembut yg bercampur dgn tumbuh-tumbuhan yg reput. ~ gembur tanah yg subur yg terdiri drpd campuran pasir, tanah liat dan bahan organik yg reput. ~ jajahan negeri (negara) yg dijajah oleh negara asing. ~ liat tanah yg lekat apabila basah dan menjadi keras apabila dipanaskan (biasanya digunakan utk membuat bata dll). ~ merah tanah liat yg di dlmnya terdapat zat besi dan biasanya digunakan utk membuat jalan. ~ pusaka tanah yg diwarisi turun-temurun. ~ rizab tanah simpanan atau tanah yg dikhaskan utk sesuatu tujuan atau utk sesuatu golongan. ~-tanih segala macam tanah. ~ tumpah darah tempat seseorang dilahirkan. ~ usang tanah yg tidak subur lagi. ~ wakaf tanah yg didermakan utk kegunaan orang ramai. bertanah mempunyai tanah; memiliki tanah: Orang-orang yg tidak ~ hendaklah diberi tanah hutan yg baru dibuka supaya mereka dpt bercucuk tanam, berkebun dan berladang. pertanahan hal-hal mengenai tanah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tambak I1. timbunan tanah dll utk menahan air, bendung, benteng, gili-gili; 2. jalan dll yg dibuat drpd timbunan tanah dll menyeberangi selat (tanah bencah dll): kalau hendak mem­buat jalan kereta api di tanah pamah pula, maka terpaksa dibuat ~ yg bertepi curam; 3. kolam di tepi laut (diberi berbatas) utk memelihara ikan, tebat; menambak 1. menimbunkan (melonggok­kan) tanah dll supaya tinggi: ia melihat tanah yg tinggi spt ditambak; 2. menimbun (lubang dll) dgn tanah dll, menimbus: jika jalan itu becak hendaklah ditambak supaya air hujan tidak bertakung; 3. menurap jalan dll dgn ta­nah, melepa, menampali; 4. membina tam­bak pd, membuat benteng pd, memben­tengi dgn tambak: mereka sedang ~ tebing sungai itu dgn tanah; 5. ki memberi (barang) banyak-banyak kpd, menghadiahkan banyak-banyak; 6. ki melepa ubat pd, membubuh ubat (pd luka dll); 7. ki menahan atau menyekat sesuatu (supaya jangan keluar dll), memben­dungi; ~ gunung menggarami laut prb mem­beri pertolongan kpd orang yg sekali-kali tidak perlu ditolong; penambak sesuatu yg dijadikan tambak (tanah, batu, dll): tanah itulah hendak di­buatnya ~ di seberang sini.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas