pancingan | sesuatu yg digunakan utk memancing (memikat dll), provokasi: rancangan itu sbg satu ~ undi pilihan raya; ini semua hanya ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancing | alat utk menangkap ikan dsb yg terdiri drpd joran, tali yg hujungnya berkait tajam, dan umpan, kail; makan ~ terlekat pd mata kail, kena tangkap dgn kail (bkn ikan dll); ~ kacar pancing yg tidak memakai mata (utk menangkap sotong dll); ~ tunda pancing yg ditarik pd belakang perahu; main ~ sj permainan daun terup (kartu); umpan habis ~ putus, punca terlepas drpd tangan prb perbuatan atau usaha yg sia-sia, malahan rugi pula; memancing 1. menangkap ikan dll (dgn pancing); mengail: aku hendak ~, apa umpannya Andeh? 2. ki melakukan sesuatu dgn tujuan utk mendapat (mengetahui dll) apa yg dihajati, mengumpan (memikat dll): usul ini semata-mata utk ~ undi; menatap dgn pandangan seakan-akan ~ reaksiku; ~ rahsia mencari (mengetahui) rahsia; ~ di air keruh prb mencari keuntungan sewaktu keadaan kacau dll; niat hati hendak ~ ikan, tak mahu membuang umpan prb perihal orang yg mahu untung sahaja tetapi tidak mahu rugi; pancing-memancing ki saling menarik hati, memujuk atau memikat seseorang supaya masuk ke dlm kumpulan berkenaan, biasanya dgn menawarkan pelbagai ganjaran yg menarik dan lumayan: kini soal ~ pemain-pemain dgn menjanjikan ganjaran dan habuan yg lumayan menjadi topik utama; terpancing kena pancing, terkail; niat hati hendak memancing temenung, sudah ~ ikan setoka prb lain yg dikehendaki, lain yg didapat (kemuliaan yg dihajati kehinaan yg diperoleh); pancingan sesuatu yg digunakan utk memancing (memikat dll), provokasi: rancangan itu sbg satu ~ undi pilihan raya; ini semua hanya ~; kepancingan penyakit sakit di kerongkong sewaktu menelan, kail-kail; pemancing orang yg memancing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |