panel | 1. kumpulan orang yg membincangkan sesuatu tajuk, biasanya berkaitan dgn politik, ekonomi, dll di hadapan para pendengar atau penonton; 2. kumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk melakukan tugas tertentu: beliau dilantik menjadi ketua ~ jurulatih sepenuh masa; 3. kepingan kayu atau papan yg disambung-sambung dan digunakan utk menghias dinding. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panel | 1. Bahagian konsol komputer yang mempunyai bahagian paparan dan peranti input untuk membolehkan operator komputer berinteraksi dengan sistem. 2. Barisan orang yang bertugas menilai cadangan projek. | Kamus Komputer |
lampu aktiviti(activity light) | 1. Lampu kecil atau LED, biasanya berwarna kuning atau merah, pada panel hadapan atau rak belakang komputer untuk menunjukkan keaktifan pemproses. 2. Lampu kecil atau LED berwarna kuning atau merah pada panel hadapan pemacu cakera untuk menunjukkan keaktifan pengawal pemacu cakera ketika membaca atau menulis data pada cakera. | Kamus Komputer |
paparan(display) | 1. Perwakilan data secara fizikal pada skrin atau pada salinan keras. 2. Lampu atau peranti penunjuk pada panel konsol sistem. | Kamus Komputer |
skrin | 1 tabir yg dpt digerak-gerakkan utk melindungi sesuatu dsb. 2 permukaan yg rata pd televisyen dll tempat gambar dpt dilihat. ~ rata ist monitor komputer, televisyen dsb yg berbentuk panel nipis, mempunyai permukaan yg rata, dan ringan. ~ sentuh ist skrin komputer yg membolehkan pengguna membuat arahan kpd komputer dgn cara menyentuh skrin tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
papan I | 1. keping kayu yg nipis atau lebar; kilang ~ kilang utk membuat papan drpd kayu; rumah ~ rumah yg dindingnya drpd papan; 2. keping (penjodoh bilangan bagi petai, mercun, dll); ~ bam papan tumpuan kemudi atau tiang pd perahu (kapal); ~ batu papan drpd sj batu (utk menulis), batu tulis; ~ berapit papan di atas apit lempang; ~ canai papan utk mencanai; ~ catur papan utk permainan catur; ~ cuki papan utk permainan cuki; ~ dam papan utk bermain dam (tempat digerakkan buah dam); ~ dondang papan buaian (ayunan); ~ gentian sj papan yg dibuat drpd gentian selulosa (yg dipadatkan dgn menggunakan haba dan tekanan); ~ hitam = ~ tulis papan yg biasanya bercat hitam tempat menulis dgn kapur; ~ iklan papan besar tempat dipaparkan sesuatu iklan; ~ jongkang-jongket papan permainan kanak-kanak yg boleh turun naik; ~ karom papan dgn empat penjurunya berlubang (dan dibubuh jaring kecil) digunakan utk bermain karom; ~ kedua (Eko) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat sederhana dgn modal berbayarnya antara RM5 juta hingga RM20 juta; ~ kekunci alat yg mempunyai set kekunci yg digunakan utk memasukkan data ke dlm komputer; ~ kenyataan papan tempat ditulis atau ditampal kenyataan (larangan, pengumuman, dll); ~ keranda papan utk membuat keranda; ~ lantai papan yg digunakan utk membuat lantai; ~ lapis papan yg merupakan satuan drpd kepingan nipis papan; ~ lukis(an) papan tempat kertas disemat (direntangkan dll) supaya senang melukis; ~ nada (Muz) alat yg mempunyai set kekunci yg mengeluarkan nada berbeza apabila ditekan, mis pd piano, organ dsb; ~ notis papan kenyataan; ~ pembasuh papan tempat membasuh kain; ~ pemuka bahagian di dlm kereta dsb di bawah cermin depan yg menghadap pemandu, tempat terdapatnya pelbagai alat kawalan, suis, meter dsb; ~ serpai papan panel yg dihasilkan drpd gabungan serpihan bahan-bahan lain yg diikat dgn resin atau bahan pengikat lain; ~ tanda papan nama sesuatu tempat (kawasan); ~ utama (Eko) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat besar yg modal berbayarnya melebihi RM20 juta; sepapan sekeping: ~ petai; memapan mengenakan (memasang) papan utk lantai rumah dll; perut ~ Id perut keras; belayar sambil ~ prb melakukan dua pekerjaan (perkara) sekali gus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |