Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ketua angkatan tentera di bawah panglima agung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panglima
Rujuk :pimpin, pemimpin,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
panglima perang kanan (kiri)panglima perang yg di bawah panglima besar;Kamus Dewan Edisi Keempat
jeneralpegawai tertinggi dlm tentera, perwira tertinggi, panglima perang.Kamus Dewan Edisi Keempat
panglima perangketua angkatan tentera di bawah panglima agung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
senapati(sénapati) sl imam perang, ketua tentera, panglima perang.Kamus Dewan Edisi Keempat
panglima1. sl hulubalang, ketua pasukan: ia menyuruh ~ berbaju rantai serta dgn beberapa orang pergi mengamuk kenaikan baginda; 2. ketua atau pemimpin angkatan tentera: Jeneral Suharto, ~ angkatan darat mengambil alih kekuasaan-kekuasaan politik; ~ Agung (Besar) panglima tertinggi yg meme­rintah sesuatu angkatan tentera (drpd berbagai­-bagai pasukan); ~ gajah sl ketua yg menye­lenggarakan urusan gajah; P~ Mangku Negara (P.M.N.) bintang ke­hormatan kelas dua (pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya Puan Sri); ~ pangkalan ark syahbandar; ~ perang kanan (kiri) panglima perang yg di bawah panglima besar; misai bertaring bagai ~, sebulan sekali tak bunuh orang prb rupa sahaja hebat (garang) tetapi penakut.Kamus Dewan Edisi Keempat
panglima1 orang yg gagah berani serta pandai bermain senjata; hulubalang. 2 orang yg menjadi ketua atau pemimpin sesuatu pasukan tentera; ketua askar. ~ agung (besar) ketua askar tertinggi yg memimpin sesuatu angkatan tentera. ~ Mangku Negara nama bintang kehormatan kelas dua dan pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya bergelar Puan Sri. ~ perang ketua angkatan tentera di bawah panglima agung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
panglima1 orang yg gagah berani serta pandai bermain senjata; hulubalang. 2 orang yg menjadi ketua atau pemimpin sesuatu pasukan tentera; ketua askar. ~ agung (besar) ketua askar tertinggi yg memimpin sesuatu angkatan tentera. ~ Mangku Negara nama bintang kehormatan kelas dua dan pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya bergelar Puan Sri. ~ perang ketua angkatan tentera di bawah panglima agung.Kamus Pelajar
rantai1. sj tali drpd cincin-cincin logam yg berkaitan: ~ emas; ~ leher; ~ basikal rantai yg menghubungkan pendayung basikal dgn roda belakang (utk menjalankannya); orang ~ orang hukuman yg dikenakan rantai; 2. = rantaian untaian, deretan, rangkaian, ren­tetan, deretan memanjang, leretan: konfron­tasi, putusnya hubungan diplomatik dgn Filipina, Indonesia, dll merupakan ~ drpd beberapa peristiwa penting dlm sejarah Malaysia; 3. ikatan, kaitan, pertalian: ~ kasih dan tulus mesra; 4. ki sesuatu yg mengikat (tidak bebas): dgn pinjaman yg murah bunganya dan lanjut masa pembayarannya, terselamatlah penduduk-penduduk luar ban­­dar drpd ~ orang tengah; 5. ukuran panjang yg panjangnya 22 ela atau 20.117 meter: rumahnya terletak kira-kira empat ~ dr situ; ~ kangkang rantai yg dikenakan pd kaki orang salah, belenggu; berantai 1. memakai rantai: masakan orang laki-laki ~ leher; maka ditambat seekor anjing, diberinya ~ emas; 2. = berantai-rantai be­rangkai-rangkai (berangkaian), ber­turut-turut, bersambung-sambung: peristiwa sejarah yg ~ ini diikuti pula oleh peristiwa perang Naning; lari ~ lari berganti-ganti (bersambung-sambung); reaksi ~ reaksi yg berangkai-rang­kai (bersambung-sambung); merantai 1. mengikat dgn rantai, mem­belenggu: panglima Hitam dirantai lalu ditolak tersungkur ke lantai; 2. ki meng­hambat, menyekat: kau sudah tidak rindu akan kampungmu sebab hatimu telah di­rantai kota; rantaian untaian, rangkaian, rentetan, run­tunan; orang ~ orang rantai; perantaian orang hukuman yg dirantai, orang rantai.Kamus Dewan Edisi Keempat
rosak1. tidak sempurna lagi, sudah tidak baik, sudah bercerai-cerai (tidak tersusun, pecah-pecah, dll): banyak rumah yg ~ dipukul ribut; 2. ki bercalar-calar, kemik (tin dll), luka-luka; banyak pemain kita yg ~ banyak yg luka-luka; 3. ki buruk, busuk (buah-buahan, daging, dll), hancur: buah-buahan itu banyak yg ~; mayat yg sudah ~ sudah busuk dll; 4. ki tidak dapat berjalan lagi (motokar, enjin, dll): kereta saya ~ lagi pagi ini; 5. ki tidak ber­aturan lagi (bahasa, adat, dll): bahasa (adat, perangai, dll) yg sudah ~; 6. ki tidak utuh lagi (perkahwinan), terganggu (ingatan dll): perkahwinannya sudah ~ sejak lama dulu; seorang panglima yg telah ~ ingat­annya; 7. ki kacau-bilau, kucar-kacir (negeri dll): jika sungguh laki-laki, janganlah berperang di dlm negeri, ~ isi negeri; 8. ki tidak baik, jahat (nama); ~ binasa rosak sama sekali; ~ hatinya a) amat menderita sedih; b) buruk perangainya; ~ moralnya buruk tingkah lakunya; ~ namanya mendapat nama buruk; ~ perkahwinannya perkahwinannya gagal; ~ badan kerana penyakit, ~ bangsa kerana laku prb kelakuan yg jahat itu memburukkan bangsa yg mulia spt penyakit menghilangkan rupa yg elok; berosak; ~ diri bersusah-susah (beria-ia) memikirkan sesuatu, menyeksa diri; ~ hati a) menanggung sedih, bersusah hati; b) buruk perangainya (akhlaknya, kelakuannya); merosak mempunyai sifat dll yg meng­aki­bat­kan rosak: pengaruh yg ~; kecaman yg ~; merosaki selalu menjadikan rosak: binatang pe­­liharaan yg suka ~ tanamannya; merosakkan menyebabkan rosak: ~ badan; ~ hati; ~ jiwa; ~ nama; ~ bahasa Melayu; So­­crates dihukum mati kerana dituduh ~ fikiran pemuda; kerosakan 1. perihal rosak: semua ~ ini boleh dibaiki dgn senang; angin membawa ~ yg banyak; 2. menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dll): tanaman banyak yg ~ akibat hujan lebat; perosakan perihal merosakkan; perosak ark 1. alat utk merosakkan; 2. orang dll yg merosakkan; binatang (haiwan) ~ binatang yg merosakkan tanaman dll; kapal ~ kapal perang kecil yg dapat bergerak cepat; ~ keamanan orang yg mengganggu ke­aman­an, pengacau.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas