pangus II | ; memangus berbunyi spt bunyi ikan lumba-lumba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pangus I | sl cekap, tangkas: terlalu baik parasnya, sedap, manis, pantas, ~, tiada siapa taranya pd zaman itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantas pangus | sl cepat dan cekap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantas I | 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya; ~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; sepantas-pantas biar betapa pun pantasnya: ~ seseorang itu berlari, akhirnya dia akan kecundang juga oleh jaguh itu; memantaskan mencepatkan, melekaskan: langkahnya pun dipantaskan; kepantasan 1. kecepatan, kelajuan: kuda atau zirafah badannya ramping dan lurus, sesuai benar dgn ~ larinya; 2. kecekapan, ketangkasan: pd malamnya terdapat gelanggang manusia menunjukkan ~ pencak silatnya; pemantasan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantaskan, pencepatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |