Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pantas (adjektif)
1. Bersinonim dengan tangkas: cepat, kencang, laju, deras, lekas, ligat, lancar, cergas, giat, gesit, bangat, segera, pesat, jeraus, gancang, sigap, seput, sebat,
Berantonim dengan lembap

2. Bersinonim dengan cekap: mahir, cerdas, cekatan, lancar, fasih, gancang, akas, langkas, jeraus, cakap,
Berantonim dengan lembam

Kata Terbitan : memantaskan, kepantasan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyelinapkan1. memasukkan pantas-pantas, meresapkan; 2. menghilangkan (me-nyembunyikan, menyorokkan, dll) diri dgn pantas: Kohlar ~ dirinya hilang di belakang diplomat negara berkecuali ter­sebut;Kamus Dewan Edisi Keempat
campin1. pantas, tangkas, handal: pemain bola yg ~; 2. cekap, bijak, mahir, pandai: seorang peguam yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
selinap I; menyelinap 1. bergerak dgn pantas (utk menyembunyikan diri), menyorok, menyusup: tiga orang gerila berjalan kaki menuju persawahan dan akhirnya ~ ke hutan tebal; mereka melompat keluar dan ~ ke dlm lubang perlindungan; 2. bergerak dgn laju dan tidak kedengaran (spt ular dll), melantas, meluncur: kereta-kereta besar dan kecil ~ masuk ke pekarangan lapangan terbang itu; 3. meresap (menyerap) masuk: hawa malam yg sejuk ~ ke segala tulang sumsum; 4. timbul atau mendatang (fikiran, ingatan, dll): dan sekarang ketakutan yg lain pula ~ di dlm kalbunya; 5. menghilangkan diri dgn segera, menyembunyikan diri: be-rangkatlah Raja Maulana ke muara dgn sembunyi-sembunyi ~-nyelinap dlm gelap-gelita; menyelinapkan 1. memasukkan pantas-pantas, meresapkan; 2. menghilangkan (me-nyembunyikan, menyorokkan, dll) diri dgn pantas: Kohlar ~ dirinya hilang di belakang diplomat negara berkecuali ter­sebut; penyelinapan proses atau perbuatan me­nye­linap(kan); penyelinap orang yg menyelinap.Kamus Dewan Edisi Keempat
pantas1 dpt bergerak atau berlaku dgn cepat; lekas; laju: Mereka terus juga berkayuh dgn ~ menuju ke seberang. 2 dpt berbuat sesuatu dgn mahir; cekap: Kakak saya lebih ~ memasak drpd mengemas rumah. 3 layak; patut: Gaji yg tidak seberapa itu tidak ~ baginya sbg seorang yg mempunyai kepakaran. 4 sesuai; sepadan: Baju yg sangat terang warnanya tidak ~ dipakai oleh orang yg sudah berumur. memantaskan menjadikan pantas; mencepatkan: Aminah ~ langkahnya ketika hampir dgn garisan penamat. kepantasan 1 hal cepat membuat sesuatu; kecepatan; kelajuan: Tina dpt menaip dgn ~ 40 patah perkataan seminit. 2 keadaan pantas: ~nya membuat kerja sukar ditandingi. 3 perihal mahir melakukan sesuatu; kemahiran; kecekapan: Amin menunjukkan ~nya menari di tempat yg licin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
laju I1. pantas (pergerakan dll), cepat: kapal belayar juga, makin lama makin ~; 2. cepatnya sesuatu gerakan (dlm ilmu fizik); ~ mula Id kecepatan gerakan yg mula-mula; ~ rambat Id kecepatan yg berjangkit; bersilaju, berlaju-lajuan berdahulu-dahu­luan (perahu, kapal, dll), berlumba-lumba; melaju bergerak atau meluncur dgn laju: kapal angkasa itu terus ~ ke Musytari; melajukan 1. menjadikan laju (basikal, motokar, dll), mencepatkan: pemandu kereta itu ~ kereta sedikit demi sedikit; 2. ki men­cepatkan atau melancarkan sesuatu perun­dingan dll; memperlaju menjadikan lebih laju; kelajuan lajunya sesuatu gerakan dll, ke­cepatan; pelajuan 1. perihal mencepatkan gerakan (benda, waktu, dll); 2. kadar bertambahnya kelajuan sesuatu dlm tempoh atau masa tertentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
selinap I; menyelinap 1 menghindarkan diri dgn pantas; menyembunyikan diri; bergerak dgn laju tetapi tidak kedengaran: Kereta yg besar-besar ~ masuk ke pekarangan rumahnya. 2 ma­suk meresap; masuk terus: Segala ajaran gurunya ~ ke dlm hati sanubarinya. menyelinapkan memasukkan (mere­sapkan, menyembunyikan dsb) sesuatu dgn pantas atau dgn sembunyi-sembunyi: Mereka ~ barang yg dicopet itu dgn pantas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pesat I1. sangat cepat, pantas: air sungai itu mengalir dgn ~nya; 2. berkembang dgn cepat, maju dgn cepat: mereka mendapat kemajuan ~; perusahaan yg ~; memesatkan 1. menjadikan pesat (pantas, cepat); 2. memperkembangkan (memajukan) dgn cepat, melaksanakan (menggerakkan dsb) dgn pesat atau lebih pesat: keinginan hendak mengeluarkan bahan makanan yg cukup telah membuat kerajaan ~ lagi usaha-usaha mencari benih-benih tanaman yg terpilih; usaha-usaha dan langkah-langkah yg membantu ~ perkembangan bahasa Melayu; kepesatan perihal pesat, kemajuan yg pesat: ~ penubuhan dan pembinaan syarikatsyarikat perusahaan dan kilang akan meringankan masalah pengangguran; pemesatan perihal (perbuatan, tindakan dsb) memesatkan: melalui ~ kegiatan dan kesedaran, pengguna menjadi lebih peka terhadap pergerakan harga barang.Kamus Dewan Edisi Keempat
cepat1. laju, deras, kencang, pantas (bkn ge­rakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah; ~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; secepat; ~ kilat sangat cepat (spt kilat); ~ mungkin seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin; cepat-cepat dgn pantas sekali, dgn sangat cepat: Mak Limah ~ mengesat air matanya dgn hujung lengan baju kurungnya yg lusuh; mereka ~ mengenakan pakaian masing-masing kerana sudah lewat utk pergi ke sekolah; secepat-cepatnya secepat mungkin, selekas mungkin, selekas-lekasnya; bercepat-cepat, bersecepat, bersicepat 1. berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat; 2. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa: tak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang; mencepat menjadi cepat; mencepatkan 1. melakukan (mengerjakan dll) dgn cepat, menderaskan, mengencangkan: aku pun ~ langkahku; 2. menyegerakan, melekaskan, menyebabkan berlaku lebih dahulu, memajukan waktu: rumah yg ~ mereka kaya; mempercepat menjadikan lebih cepat; cepatan kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu, pecutan; kecepatan 1. cepatnya sesuatu perjalanan (gerakan dll), kelajuan: ~ putaran jentera itu dikendurkan; ia menjalankan keretanya dgn ~ 50 km sejam; 2. Jk terlalu cepat; pencepatan perihal mencepatkan; pencepat alat utk mencepatkan atau mem­percepat gerakan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pantas IIJw 1. patut, baik, layak: beberapa mingguan dan harian memberikan honorarium yg ~; katanya tak ~ aku memanggil tukang lawak masuk ke rumah; 2. kena benar (dgn), sesuai (dgn), sepadan (dgn): gaun itu ~ dgn potongan tubuhnya; 3. tampan, segak: kita harus berpakaian yg ~; sebarang kelakuannya ~ manis semuanya; 4. patutlah, padanlah, sudah selayaknya: ~ Sopian mengatakan ia punya adik yg bodoh sekali; ~ tiap-tiap pegawai yg pulang ke negeri Belanda kaya-kaya belaka; sepantasnya selayaknya, sepatutnya: “Tidak tuan,” jawabku dgn suara rendah sambil memandang spt orang yg berdosa, hal mana ~ bagi orang yg sudah berkahwin; memantas mengemasi (menghiasi dll) supaya pantas (elok dll), mematut; pemantas perhiasan dll yg dipakai supaya pantas (elok dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
pantas1 dpt bergerak atau berlaku dgn cepat; lekas; laju: Mereka terus juga berkayuh dgn ~ nya menuju ke seberang. 2 dpt berbuat sesuatu dgn mahir; cekap: Kakak saya lebih ~ memasak drpd mengemas rumah. 3 layak; patut: Gigi yg tdak seberapa itu tidak ~ baginya sbg seorang yg mempunyai kepakaran. 4 sesuai; sepadan: Baju yg sangat terang warnanya tidak ~ dipakai oleh orang yg sudah berumur. memantaskan menjadikan pantas; mencepatkan: Aminah ~ langkahnya ketika hampir dgn garisan penamat. kepantasan 1 hal cepat membuat sesuatu; kecepatan; kelajuan: Tina dpt menaip dgn ~ 40 patah perkataan seminit. 2 keadaan pantas: ~nya membuat kerja sukar ditandingi. 3 perihal mahir melakukan sesuatu; kemahiran; kecekapan: Amin menunjukkan ~nya menari di tempat yg licin. Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas