Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
papar (adjektif)
Bersinonim dengan papak, pepat, dempak, repang, rata, tidak runcing;,
Kata Terbitan : memaparkan, terpapar, pemaparan, paparan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
paparan digital(digital display)1. Paparan yang menggunakan nombor untuk mempamerkan sesuatu nilai. Paparan ini berlawanan dengan paparan analog yang menggunakan pembahagian skala atau penunjuk lain. 2. Paparan yang dapat mempamerkan data atau gambar melalui kaedah pemprosesan isyarat digital.Kamus Komputer
papar; memaparkan membuka atau menunjukkan supaya dpt dilihat dsb; mendedahkan; membentangkan. terpapar 1 terbentang; tergambar: Perhatikan bentuk yg ~ pd skrin itu. 2 (telah, sudah) dipaparkan: Kisah yg menggemparkan masyarakat itu ~ di akhbar. paparan 1 maklumat, spt teks, gambar, simbol yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: ~ yg terdapat pd komputer itu sangat menarik. 2 sesuatu kejadian, penjelasan, kenyataan dsb yg dipaparkan di televisyen, akhbar dsb: ~ penderitaan dua beranak itu telah mendapat simpati orang ramai. ~ hablur cecair ist peranti paparan yg terdiri drpd dua keping bahan pengutub yg melapisi larutan suatu jenis hablur cecair, biasanya terdapat pd komputer riba, mesin kira, dsb. pemaparan perbuatan atau tindakan memaparkan sesuatu (gambar, kisah dsb). pemapar 1 alat, unsur dsb yg memaparkan sesuatu: Telefon bimbit itu mempunyai unit ~ grafik berwarna utk penggunaan yg menarik. 2 orang atau pihak yg memaparkan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
paparan surih(trace display)1. Paparan nombor baris suruhan yang dikerjakan oleh atur cara pada pengawas video yang disurih. Ini membolehkan aliran pelaksanaan atur cara diteliti untuk mencari sebarang kesilapan logik atur cara. 2. Kandungan semua daftar dan kedudukan ingatan terpilih yang dipaparkan selepas pelaksanaan suruhan dalam atur cara yang sedang disurih.Kamus Komputer
papar II; memaparkan 1. mempamerkan (menyatakan, menghuraikan, menunjukkan dsb) supaya dapat dilihat, difahami, diketahui dsb, mendedahkan, membentangkan: dipa-parkannya segala isi hatinya; ~ satu kejadian yg berlaku pd zaman Jepun; 2. memper­lihatkan teks, data, grafik dsb pd skrin kom­puter dsb; terpapar (telah) dipaparkan, terbentang, ter­gambar, tertera: di dlm rajah ini ada ~ dua jenis skala; hal seumpama itu sering ~ dlm akhbar dan majalah; paparan 1. sesuatu (penjelasan, kenyataan, huraian dsb) yg dipaparkan: ~ kesengsaraan mangsa perang itu di media massa pernah membuat lidahnya kelu buat seketika; ~ kes ini menunjukkan seolah-olah usaha kerajaan selama ini utk mengurangkan kadar jenayah belum mencukupi; 2. maklumat spt teks, perkataan, grafik, simbol, gambar dsb yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: telefon itu menawarkan ~ grafik yg besar; pemaparan perihal (perbuatan, proses, usaha dsb) memaparkan: ~ teksnya tidak begitu bagus; media massa terlalu banyak memberi ruang kpd ~ hidup cara Barat; pemapar alat (unsur dsb) yg memaparkan sesuatu: telefon bimbit itu mempunyai unit ~ grafik berwarna utk penggunaan yg menarik.Kamus Dewan Edisi Keempat
spektrum(spéktrum) 1. paparan cahaya yg berwarna-warni (spt warna pelangi) yg terjadi apabila sinar cahaya diuraikan menerusi kaca prisma; 2. julat atau lingkungan sesuatu per­kara tertentu: proses pendidikan hendaklah berakarkan ilmu pengetahuan dan teknologi dlm apa juga ~; perkembangan bahasa kanak-kanak berbeza-beza dlm satu ~ yg luas; ~ garis spektrum pemancaran atau pe­nyerapan yg terdiri drpd garis-garis (setiap garis terbit akibat perbezaan aras tenaga elektron); ~ jalur spektrum yg terdiri drpd satu siri jalur sinaran yg dipancarkan atau diserap; ~ jisim spektrum yg terhasil drpd spektrometer atau spektrograf; ~ pemanca­ran spektrum yg terhasil akibat pemancaran sinaran elektromagnet drpd sesuatu jisim; ~ penyerapan spektrum yg terhasil drpd penye­rapan sinaran elektromagnet oleh sesuatu jirim.Kamus Dewan Edisi Keempat
gambar(picture)1. Paparan bukan teks pada skrin pengawas video. 2. Bentuk maklumat yang dipaparkan secara grafik atau imej foto. 3. Imej yang diterima oleh deria penglihatan.Kamus Komputer
mutu paparan(display quality)1. Mutu unit paparan komputer yang ditentukan daripada mutu imej yang dipaparkan. 2. Mutu objek atau dokumen yang mencapai tahap yang membolehkannya dipaparkan kepada umum.Kamus Komputer
penumpuan(focusing)1. Proses menajamkan paparan pada unit paparan yang kabur. 2. Proses menumpu suatu bahagian yang terdapat dalam struktur.Kamus Komputer
kelipan(blinking)1. Kecacatan unit paparan yang menyebabkan imej paparan berkelip-kelip. 2. Ciri grafik komputer yang membolehkan objek atau teks dikelip-kelipkan. 3. Ciri kursor yang berkelip-kelip untuk menarik perhatian pengguna pada kedudukannya.Kamus Komputer
paparan1 maklumat, spt teks, gambar, simbol yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: ~ yg terdapat pd komputer itu sangat menarik. 2 sesuatu kejadian, penjelasan, kenyataan dsb yg dipaparkan di televisyen, akhbar dsb: ~ penderitaan dua beranak itu telah mendapat simpati orang ramai. ~ hablur cecair ist peranti paparan yg terdiri drpd dua keping bahan pengutub yg melapisi larutan suatu jenis hablur cecair, biasanya terdapat pd komputer riba, mesin kira, dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456

Kembali ke atas