paragraf | 1. bahagian sesuatu penulisan yg terdiri drpd sekumpulan beberapa ayat (bermula di baris baru dan biasanya bermula terkedalam drpd baris-baris berikutnya, perenggan; 2. Id tanda § (utk menandakan fasal baru). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perenggan | 1. batas, perhinggaan, sempadan: pergaulan bebas haruslah ada ~nya; ~ negeri sempadan negeri; 2. had, takat: apabila air pasang paras air di pantai ini naik ke ~ pinggang; 3. bahagian drpd muka atau bab dlm buku (rencana dll) yg terdiri drpd beberapa baris, paragraf: tiga ~ di atas menghuraikan latar belakang masalah ini; syarat-syarat yg diperlukan ada dinyatakan dlm ~ kedua bab pertama; berperenggankan berbataskan, bersempadankan; memerenggankan 1. mengehadkan, membataskan; 2. membahagikan sesuatu (mis teks) kpd beberapa perenggan; pemerengganan proses atau perbuatan memerenggankan sesuatu: penggunaan tanda baca dan ~ yg wajar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |