Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
parah1 terlalu sangat (sakitnya dll); teruk benar (kecederaannya): Dlm kemalangan itu seorang gadis Cina telah luka ~. 2 susah atau sukar benar keadaannya: Keadaan kewangannya ~ benar.Kamus Pelajar
penorehan~ parah penorehan pokok getah dgn tujuan utk mendapatkan pengeluaran susu yg maksimum (cara ini akan merosakkan pokok getah).Kamus Pelajar
toreh /toréh/; menoreh~ parah penorehan pokok getah dgn tujuan utk mendapatkan pengeluaran susu yg maksimum (cara ini akan merosakkan pokok getah).Kamus Pelajar
tergilistergelek atau digelek dgn parah.Kamus Pelajar
gilismenggilis menggelek atau menindih dgn benda yg bulat, berat serta bergerak (spt roda kereta api dll): Orang yg digilis kereta api itu meninggal di situ juga. tergilis tergelek atau digelek dgn parah.Kamus Pelajar
berat1. kuat tekanannya apabila diangkat; tidak mudah diangkat atau dibawa: Peti ini tidak terangkat olehnya kerana terlalu ~. 2. besarnya atau kuatnya tekanan sesuatu benda apabila ditimbang: Jalan ini hanya dpt dilalui oleh kenderaan yg ~nya tidak melebihi dua tan. 3. tidak mudah melakukannya; susah: Hitungan semacam ini terlalu ~ bagi kanak-kanak sekolah rendah. 4. terlalu teruk; parah: Penyakitnya setiap hari bertambah ~. 5. lebih besar ukurannya drpd yg biasa: senjata ~ senjata yg besar-besar spt meriam dsb. ~ badan a. malas bergerak atau malas berusaha. b. sedang hamil (bkn wanita). ~ ekor malas bekerja. ~ hati a. tidak sampai hati atau enggan berbuat sesuatu. b. cenderung memikirkan sesuatu; keras sangkaan. ~ lidah (mulut) kurang ramah; pendiam. ~ tangan malas bekerja. ~ telinga kurang jelas pendengarannya. memberati menjadikan berat (oleh sesuatu); menjadi sbg beban tambahan kpd:Soal rumah tangga ~ fikirannya.Urusan-urusan di luar pejabat ~ tanggungannya. memberatkan 1. menyebabkan menjadi berat; menaruh sesuatu sehingga menjadi berat: Ia ~ tali kailnya dgn timah. 2. menjadikan sesuatu tuduhan lebih kuat; menguatkan tuduhan: Saksi pihak pendakwa ~ tuduhan terhadapnya dgn memberikan beberapa keterangan. 3. menganggap lebih penting; mementingkan: Ia ~ soal parti drpd urusan rumah tangganya. memperberat menjadikan lebih berat; menambah berat. keberatan 1. sesuatu yg menyukarkan: Membaiki rumah itu tidaklah menjadi ~ bagi mereka. 2. berasa susah atau berat hendak melakukan sesuatu: Saya tidak ~ menemani saudara ke tempat itu. pemberatan perbuatan atau hal memberati atau memberatkan. pemberat benda yg digunakan utk memberati atau memberatkan.Kamus Pelajar

Kembali ke atas