rapat bukit | sj tumbuhan (pokok yg kayunya boleh dibuat rumah), rengas, kayu paruh-paruh, Melanochyla angustifolia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rapat III | ; ~ bukit sj tumbuhan (pokok yg kayunya boleh dibuat rumah), rengas, kayu paruh-paruh, Melanochyla angustifolia; kayu ~ sj tumbuhan (pokok menjalar yg kulitnya dibuat ubat), akar serapat putih, akar gerip putih, Parameria bata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudu I | 1. paruh yg lebar (paruh itik dll); 2. alat (drpd tempurung, tembikar, logam, dll) utk mencedok gulai dll, camca, senduk, alat pencedok (drpd daun pisang dll); 3. = ~ hati tulang hulu hati (tulang dada yg di bawah sekali); menyudu 1. mematuk dgn sudu (itik dll): bunyi hirupannya macam bunyi itik ~; 2. mencedok dgn sudu; tersudu sudah disudu, dapat disudu; sudah tidak ~ oleh angsa, baharu diberikan kpd itik prb barang yg tiada berguna kpd orang kaya (mulia) itu barulah diperoleh orang miskin (hina). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gagak | 1. sj burung dendang berbulu hitam berkilat dan berbunyi garuk; ~ paruh besar, Corvus macrorhynchos; ~ hutan = ~ paruh rampai, Corvus enca; 2. = ~ gunung sj burung, Cissa chinensis; 3. = ~ paruh emas sj burung, Urocissa flavirostris; ~ bersuara murai prb seorang yg hodoh rupanya tetapi mempunyai suara merdu dan budi bahasa yg baik; ~ lalu punggur rebah prb orang yg ingin menunjukkan kuasanya (berlaku tidak adil kpd yg lemah); ketika ~ putih bangau hitam prb pd zaman dahulukala; selama hitam ~, selama air mengalir jua prb kekal abadi (selama-lamanya); spt burung ~ pulang ke benua prb walaupun sudah merantau tidak berubah keadaannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paruh II | ; separuh salah satu bahagian drpd sesuatu yg dibahagi dua; setengah: ~ drpd hartanya dibagikan kpd anaknya. ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir ke peringkat akhir (bkn pertandingan bola sepak, badminton dsb). ~ mahir belum cukup mahir atau belum terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan atau tugas khusus. ~ mati hampir hendak mati; setengah mati. ~ sedar tidak sedar sepenuhnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
paruh I | mulut atau muncung yg keras spt yg terdapat pd burung dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
paruh II | ; separuh 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; memaruh membahagi (membelah) dua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paruh I | bahagian mulut pd haiwan jenis burung yg terdiri drpd rahang yg mengunjur yg diliputi selaput belulang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paruh II; separuh | salah satu bahagian drpd sesuatu yg telah dibahagi dua; setengah: ~ drpd hartanya dibagikan kpd anaknya. ~ mati hampir hendak mati; setengah mati. | Kamus Pelajar |
paruh I | mulut atau muncung yg keras spt yg terdapat pd burung dll. | Kamus Pelajar |