Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.da.gang] | ڤداݢڠ

Definisi : benda (spt kandar) yg digunakan utk memikul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.da.gang] | ڤداݢڠ

Definisi : orang yg menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dgn negeri asing), orang yg berdagang, saudagar: kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan drpd me­rapati pantai negeri Jepun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.da.gang] | ڤداݢڠ

Definisi : orang yg melakukan perniagaan: Banyak ~ Arab yg datang ke Malaysia utk berdagang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pedagang


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
meladeni1. melayani, mem­pedulikan: sangatlah sibuk pedagang­-pedagang itu ~ pembeli; 2. membalas (me­nyahut, menerima, mengendahkan) ajakan (serangan dll): ia berasa dirinya terlalu agung utk ~ ejekan dan cemuhan itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
bahagian1 hasil drpd membahagi; pecahan drpd sesuatu yg dibahagikan: Pedagang-pedagang itu telah membahagikan hasil jualan mereka kpd tiga ~. 2 hak milik atau sesautu yg dibahagikan: Yg ini ~ awak, sementara yg itu, ~ saya. 3 cabang atau cawangan drpd sesuatu yg lebih besar: Ayah saya bekerja di ~ Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
laden(ladén) Jw; meladeni 1. melayani, mem­pedulikan: sangatlah sibuk pedagang­-pedagang itu ~ pembeli; 2. membalas (me­nyahut, menerima, mengendahkan) ajakan (serangan dll): ia berasa dirinya terlalu agung utk ~ ejekan dan cemuhan itu; ladenan layanan; peladenan perihal meladeni (melayani), pelayanan; peladen orang yg meladeni, pelayan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bahagian1. hasil drpd membahagi; pecahan drpd sesuatu yg dibahagikan: Pedagang-pedagang itu telah membahagikan hasil jualan mereka kpd tiga ~. 2. hak milik atau sesuatu yg dibahagikan: Yg ini ~ awak, sementara yg itu, ~ saya. 3. cabang atau cawangan drpd sesuatu yg lebih besar: Ayah saya bekerja di ~ Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamus Pelajar
kongsi1. persekutuan (pergabungan) yg me­ngandungi dua orang atau lebih yg bekerja­sama (dlm sesuatu usaha dsb); rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll); 2. persekutuan pedagang-pedagang syarikat: baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ; ~ gelap perkumpulan sulit (utk maksud atau kegiatan jahat); ~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang); berkongsi 1. bersekutu (bergabung) dlm se­suatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, ber­sepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); mengongsi menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; kongsian ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian; perkongsian 1. syarikat perniagaan yg di­jalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; pekongsi individu atau kumpulan yg ber­kongsi.Kamus Dewan Edisi Keempat
pedagang perantarapedagang yg menjual barang-barang drpd sau­dagar besar kpd saudagar kecil, pedagang yg berlaku sbg orang tengah;Kamus Dewan Edisi Keempat
pedagang kecilpedagang yg berdagang dgn modal yg kecil;Kamus Dewan Edisi Keempat
pedagang borongpedagang yg menjual dagangan se­cara borong kpd pekedai;Kamus Dewan Edisi Keempat
pedagangorang yg melakukan perniagaan: Banyak ~ Arab yg datang ke Malaysia utk berdagang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pedagangbenda (spt kandar) yg digunakan utk memikul.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas