pedas | 1 (be)rasa spt rasa cili: Dia memang suka makan benda yg ~-~. 2 bersifat menyakiti hati (bkn perkataan yg diucapkan); keras atau tajam (bkn teguran atau kritik): Mereka telah mendapat celaan yg ~ drpd orang ramai. kepedasan 1 berasa (sangat) pedas: Dia ~ setelah memakan sambal yg dihidangkan itu. 2 keadaan atau hal pedas: ~ cili itu telah membuat air matanya meleleh. kepedas-pedasan agak pedas; pedas sedikit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pedas | 1 (be)rasa spt rasa cili: Dia memang suka makan benda yg ~-~. 2 menyakiti hati (bkn perkataan yg diucapkan); keras atau tajam (bkn teguran atau kritik): Mereka telah mendapat celaan yg ~ drpd orang ramai. kepedasan 1 berasa (sangat) pedas: Air matanya meleleh kerana ~ . 2 keadaan atau hal pedas. kepedas-pedasan agak pedas; pedas sedikit. | Kamus Pelajar |
pedas | 1. rasa spt rasa lada (cili dll): kuahnya terlalu ~; ia lebih suka makan yg ~-~; rendang ~ sj lauk yg pedas; 2. tajam atau keras (teguran, komen, dll), menyakiti hati (kata-kata dll): pemimpin-pemimpin itu mendapat kecaman ~ drpd surat-surat khabar; kata-kata yg tajam dan ~; bercakap ~ mengeluarkan kata-kata yg tajam; belum tahu dipedas lada prb belum ada pengalaman; supaya tahu akan ~ lada, supaya tahu akan masin garam prb supaya tahu akan susah hidup; memedaskan menjadikan pedas; katanya ~ hati menyakiti hati; kepedasan terasa sangat pedas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepedasan | 1 berasa (sangat) pedas: Dia ~ setelah memakan sambal yg dihidangkan itu. 2 keadaan atau hal pedas: ~ cili itu telah membuat air matanya meleleh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepedasan | 1 berasa (sangat) pedas: Air matanya meleleh kerana ~ . 2 keadaan atau hal pedas. | Kamus Pelajar |
tajam I | 1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujungnya, lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (mendengar, merasai, dll) dgn cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg orang gunung, Rijnhaard dapat menggesek biola spt bapanya itu; 4. mudah menangkap atau mengerti (akal, fikiran), pintar, cerdik: ~ juga otak budak sekolah menengah ini; 5. kelihatan garang atau galak (pandangan, air muka): ia memerhati dgn pandangan yg ~; 6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai: walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~ itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; 9. kuat, berpengaruh: budi bahasa yg baik ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara: ketidaksamaan taraf sosioekonomi akan memperlihatkan perbezaan yg ~ antara sektor; ~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas dapat mendengar; berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut manusia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb, kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb, Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana percakapan yg manis sengketa hilang; menajam menjadi tajam: keningnya berkerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu; menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur; mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendirinya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan mendalam pasti berfungsi ~ pemikiran; ~ sanding ki membesarkan perselisihan; adakah duri dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b) musuh tidak perlu diberi pertolongan; ketajaman hal atau sifat tajam: ia bertambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu; penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adas | 1. = ~ landi = ~ pedas sj tumbuhan (herba), Foeniculum vulgare; 2. = ~ cina = ~ manis sj tumbuhan (herba), Anethum graveolens. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ha | ( a) 1. = ~ kecil = ~ pedas huruf keenam abjad Arab (mempunyai nilai lapan); 2. huruf ketujuh abjad Jawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lada | 1. sj tumbuhan herba (buahnya pedas dan biasanya dicampur dgn rempah); ~ benggala lada yg berbentuk bulat berwarna merah atau hijau yg mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sbg salad atau sayur; ~ berekor sj tumbuhan (herba), kemukus, Piper cubeba; ~ hitam lada yg kulitnya tidak dibuang, Piper nigrum; ~ payung sj tumbuhan (herba), cabai jawa, Piper retrofactum; ~ rimba sj tumbuhan (herba), akar kalung gajah (ular), sirih murai, Piper ribesioides; ~ sulah = ~ putih lada yg telah dikeringkan dan dibuang kulitnya, merica, Piper nigrum; 2. sj tumbuhan (herba dan buahnya), cabai, lombok; ~ api = ~ kecil = ~ kerawit = ~ melaka Kd = ~ padi Id sj tumbuhan (herba), cabai burung, cabai rawit, Capsicum frutescens; ~ besar = ~ congcang = ~ merah sj tumbuhan (herba), cabai seberang, cabai selasih, Capsicum annuum; ~ kering cabai merah yg telah dikeringkan, cili kering, cabai kering; 3. sj tumbuhan (pokok renek); ~ api (padi, kutuk) ki orang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ pahit sj tumbuhan, melada pahit, embalau, Brucea amarissima; kayu ~ sj tumbuhan, akar berangan, Dalbergia parviflora; 4. bp menggosokkan cili pd mulut dsb seseorang (kerana terlalu marah terhadap apa yg telah dicakapkannya dsb), cabai, cili: jangan lancang sangat engkau bercakap nanti aku ~ mulut, baru kau tahu; belum tahu dipedas ~ prb belum banyak pengalaman (masih mentah); burung terbang dipipiskan ~ prb sudah bersedia utk mengharapkan hasil yg belum diperoleh; kecil-kecil ~ api, besar-besar limau abung prb biar kecil tetapi berani drpd besar tetapi penakut; siapa makan ~ dialah berasa pedas prb orang yg bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya; berlada dibubuh lada (cabai, cili), bercabai, bercili: kuah ~; meladai membubuh lada pd (gulai dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dikit | ; sedikit tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar, dll), tidak seberapa: berilah kami ~ kuih itu; ~ pedas agak pedas; ~ hari lagi tidak lama lagi; ~ sebanyak lebih kurang; ~ hujan banyak yg basah prb kecelakaan yg kecil membawa akibat yg besar (pengetahuan sedikit tetapi bercakap besar); ~ kerja banyak berantun prb perihal kemalasan seseorang (orang yg tidak mahu berusaha membuat sesuatu); sedikitnya 1. = sedikit-dikitnya, sedikit-sedikitnya sekurang-kurangnya, yg paling kurang; 2. jumlahnya yg sedikit; banyak ~ banyaknya, jumlahnya (banyak atau sedikit); sedikit-sedikit 1. setiap kali sedikit; ~ lama-lama jadi bukit prb sabar dan tekun mengerjakan sesuatu, akhirnya berjaya juga; 2. walaupun sedikit; menyedikit berkurang (sedikit-sedikit); berdikit-dikit 1. sedikit demi sedikit: wangnya telah dikumpulkan secara ~; 2. berhemat, berhati-hati (bkn wang dll): mereka boleh hidup sederhana dgn ~; mendikit-dikitkan, menyedikitkan, mengecilkan (mengurangkan) belanja dll, menjadikan sedikit: mereka hendak ~ belanja supaya dapat menyimpan wang; mempersedikit menjadikan lebih sedikit; tersedikit yg paling sedikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |