pegangan | 1 tempat berpegang: Kalau tongkatnya hilang, tentulah orang buta itu meraba-raba mencari ~. 2 sesuatu yg dijadikan dasar (prinsip); pedoman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pegangan | 1. sesuatu yg dipegang: kerana terburu-buru habis bertaburan ~nya; 2. bahagian sesuatu benda tempat dipegang (tangkai, hulu, dll); 3. pekerjaan (daerah dll) yg dipegang: dan Tun Talanai anak Bendahara Paduka, ~nya Suir; 4. sesuatu yg dijadikan dasar utk menentukan sesuatu, pedoman, pendirian: ada beberapa perkara yg harus diingat dan dijadikan ~; buku ~ buku pedoman; hilang ~ hilang kepercayaan; 5. perbuatan memegang: dicubanya melepaskan diri drpd ~ orang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pegangan | 1 tempat berpegang: Kalau tongkatnya hilang tentulah orang buta itu meraba-raba mencari ~. 2 sesuatu yg dijadikan dasar (prinsip); pedoman. | Kamus Pelajar |
iman | 1 pegangan teguh di hati terhadap adanya Allah dan mematuhi segala hukum-Nya: membawa ~ memeluk agama Islam. 2 pegangan teguh di hati utk menjauhkan diri drpd sebarang kejahatan; ketetapan hati; kekuatan batin: Dia berdoa supaya Allah menetapkan ~nya dlm masa menghadapi sebarang godaan syaitan. kurang ~ tidak teguh pendiriannya; mudah terpengaruh. beriman patuh pd larangan dan suruhan Allah; berpegang pd ajaran agama; mempunyai iman: Orang-orang yg ~ akan selamat di dunia dan di akhirat. mengimani yakin dan percaya pd: ~ Allah dgn sungguh-sungguh. keimanan keteguhan hati; keyakinan: ~ adalah penting dlm menghadapi cabaran hidup ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
iman | 1. pegangan teguh di hati terhadap adanya Allah dan mematuhi segala hukum-Nya:membawa ~ memeluk agama Islam. 2. Pegangan teguh di hati utk menjauhkan diri drpd sebarang kejahatan; ketetapan hati; kekuatan batin:Dia berdoa supaya Allah menetapkan ~nya dlm masa menghadapi sebarang godaan syaitan. kurang ~ tidak teguh pendiriannya; mudah terpengaruh. beriman patuh pd larangan dan suruhan Allah; berpegang pd ajaran agama; mempunyai iman: Orang-orang yg ~ akan selamat di dunia dan di akhirat. mengimani yakin dan percaya pd:~ Allah dgn sungguh-sungguh. keimanan keteguhan hati; keyakinan: ~ adalah penting dlm menghadapi cabaran hidup ini. | Kamus Pelajar |
pendirian | 1. pegangan (bkn fahaman, pendapat, dll) utk menimbang atau menilai sesuatu: menjaga keselamatan hendaklah dijadikan ~ bukannya hanya kerana taat kpd peraturan; 2. perihal mendirikan sesuatu: ketika mengikir, tentukan ~ yg betul alat yg hendak dikikir itu; 3. pembinaan, pembangunan: ~ bangunan itu dibiayai oleh kerajaan negeri; 4. dasar (sikap, keputusan, dsb) yg dijadikan pegangan utk memandang atau menilai sesuatu hal: Malaysia tetap dgn ~nya ingin menjadikan rantau ASEAN ini kawasan aman, bebas, dan berkecuali; 5. ark bangunan, binaan; 6. ark lembaga, perbadanan, pertubuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lucut | ; melucut terlepas drpd pegangan, genggaman dll. melucuti 1 menyebabkan seseorang dibuka pakaiannya, perhiasannya dsb (oleh orang lain); menanggali: Pesakit itu telah dilucuti pakaian yg ada pd tubuhnya dan diganti dgn pakaian yg bersih. 2 menyebabkan seseorang diambil atau dirampas senjatanya dll: Pemberontak-pemberontak yg ditawan itu telah dilucuti senjatanya. 3 menyebabkan seseorang ditarik kembali kuasanya (pangkatnya dll). melucutkan 1 menanggalkan (pakaian, perhiasan dll); melepaskan (tali, ikatan dll): Ahmad ~ pakaiannya sebelum terjun ke dlm sungai. 2 menarik balik (pangkat, kuasa dll); menghentikan: ~ jawatan menghentikan seseorang drpd sesuatu jawatan; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan. terlucut terlepas drpd pegangan, genggaman dll: Bakul yg dipegangnya itu ~ dr tangannya. pelucutan perbuatan melucuti atau melucutkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lucut I | ; melucut terlepas drpd pegangan (genggaman dll), luncur; melucuti 1. mengambil senjata drpd genggaman, merampas: mereka sendiri mahu dilucuti senjatanya; 2. ki melenyapkan atau merosakkan (maruah, kemuliaan, dsb): dia berhati-hati berkata-kata supaya tidak menyakitkan pendengaran, melukai perasaan atau ~ kemuliaan orang lain; negara itu telah dilucuti taringnya; melucutkan 1. menanggalkan (pakaian, perhiasan, dll), melepaskan (tali, ikatan, dll), meluluskan (gelang, cincin, dll): dgn gopoh, ia ~ pakaiannya; ~ orang drpd bahaya maut; gelang emas di tangan dilucutkannya; 2. ki menarik balik, mencabut balik, memansuhkan; ~ jawatan memberhentikan (drpd jawatan), memecat; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan; terlucut terlepas (drpd pegangan, genggaman, ikatan, dll): kayu itu ~ drpd genggamannya; orang berhutang tidak ~ drpd tanggungannya selagi hutang belum dijelaskan; perlucutan pelucutan; pelucutan perihal (proses, tindakan dsb) melucuti atau melucutkan: ~ senjata; ~ jawatan; ~ jawatan tindakan menarik balik (menggugurkan, membatalkan dsb) jawatan ygsedang disandang oleh seseorang, pemecatan; ~ senjata a) tindakan merampas atau menghapuskan senjata drpd seseorang atau sesuatu kumpulan; b) tindakan mengecilkan atau mengurangkan kekuatan angkatan bersenjata oleh sesebuah negara; pelucut alat utk melucutkan sesuatu; ~ dawai pelurut dawai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
faham | 1. = fahaman pengetahuan dlm fikiran mengenai sesuatu, pengertian: ~nya mengenai soal-soal politik negara agak cetek; 2. fikiran atau anggapan dsb yg menjadi pegangan seseorang, pendapat: ~ mereka saling bercanggah; 3. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: aku tidak ~ macam mana perkara itu mahu diselesaikan; 4. kepercayaan (pegangan) individu atau masyarakat tentang sesuatu: ~ komunisme; ~ kapitalis faham yg menganjurkan supaya faktor pengeluaran berada di tangan orang perseorangan, kapitalisme; ~ kapitalis laissez-faire faham yg menganjurkan kegiatan ekonomi yg bebas sepenuhnya (tanpa campur tangan kerajaan); ~ sosialis faham yg menganjurkan pemilikan dan pengusahaan bersama faktor-faktor pengeluaran (biasanya oleh kerajaan); ~ sosialis Marx faham sosialis yg disebarkan oleh Karl Marx; ~ taakul faham yg menganggap pemikiran yg dapat diterima, yg merupakan asas ilmu pengetahuan (kepercayaan dll); ~nya bagai getah cair prb Mn tidak tetap pendirian; angan lalu ~ tertumbuk prb Mn kemahuan ada tetapi tidak berdaya;sefaham, sefahaman 1. sependapat, sekeyakinan: mereka sehaluan dan sefahaman; 2. setuju (dgn); bersefahaman bersatu faham (pendapat, keyakinan), bermuafakat, bersetuju: setiap pasangan suami isteri harus ~ dan berkasih-kasihan antara satu sama lain; kesefahaman keadaan sefaham: pembentukan sifat toleransi, kerjasama, dan ~;persefahaman perihal bersefahaman, permuafakatan, persetujuan: dgn perundingan begini, mungkin dapat dicapai ~;berfaham 1. = berfahaman mempunyai faham (pendapat, keyakinan, dll): rakyat tempat itu lebih ~ kedaerahan drpd ~ kenegaraan; 2. bijaksana, berbudi, berakal: ia sangat ~ dan sangat disegani oleh masyarakat;memahami 1. tahu dan mengerti benar akan sesuatu: dia dapat ~ setiap pelajaran yg diajarkan oleh gurunya dgn baik; 2. menyelami perasaan seseorang: ibunya amat ~nya; 3. memandang, menganggap: dia ~ lawatan para menteri kerajaan pusat ke Singapura sbg suatu kebengisan;memahamkan 1. memberitahu (supaya difahami): Mingguan Malaysia difahamkan bahawa sidang penting itu akan turut mengkaji segala masalah; 2. mengecamkan (supaya difahami): lihat peta ini dan perhatikan serta fahamkan;kefahaman keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yg dipelajari (dibaca dsb): oleh itu, ujian keberkesanan pengajaran guru yg sebenarnya ialah ~ pelajar;ketidakfahaman perihal tidak memahami (sesuatu), kegagalan memahami: itu menunjukkan ~ mereka terhadap media itu sendiri;pemahaman perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanah pegangan pajak | tanah (ladang, estet) yg dipajakkan kpd seseorang (syarikat dsb) utk jangka masa tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |