melipatgandakan | menggandakan berkali-kali; menjadikan berlipat ganda: Pekebun-pekebun kecil telah dpt ~ hasil getah mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemasaran | perihal atau perbuatan memasarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) penjualan hasil-hasil pertanian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelegaan | perihal lega, ketenteraman hati (fikiran dll): rancangannya itu akan mendatangkan ~ kpd pekebun-pekebun kecil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lipat ganda | menjadi banyak; berganda. berlipat ganda bertambah-tambah; berganda-ganda. melipatgandakan menggandakan berkali-kali; menjadikan berlipat ganda: Pekebun-pekebun kecil telah dpt ~ hasil getah mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kempen | (kémpén) segala usaha (kegiatan dan tindakan) yg dirancangkan dan dilaksanakan dgn menggunakan penerangan (rayuan dll) utk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll): jabatan tersebut akan memperhebat ~nya utk menyedarkan pekebun-pekebun kecil tentang pentingnya penanaman semula getah; ~ pilihan raya kempen utk mendapatkan sokongan pengundi bagi calon (parti politik) yg bertanding dlm sesuatu pilihan raya; berkempen melancarkan (menjalankan) kempen: pegawai penerangan parti itu sedang giat ~ membidas dasar-dasar ekonomi parti yg memerintah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
RISDA | akronim bagi Rubber Industry Small Holders Development Authority (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ses | (sés) sj cukai khas yg dikenakan bagi maksud tertentu: ~ penyelidikan dikenakan kpd eksport getah; pekebun kecil memohon wang ~ tanam semula dikembalikan kpd mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekebun kecil | pengusaha kebun yg tidak luas, pengusaha ladang kecil (getah, kelapa sawit, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekebun kecil | orang yg berkebun atau yg mengusahakan kebun secara kecil-kecilan; pengusaha kebun kecil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lega | 1. tidak sempit (kawasan, ruang, dll), luas, lapang: rumah besar yg ~; 2. = ~ dada (hati) tenteram perasaan (fikiran dll), aman, senang: drpd kata-kata ibunya itu ~ sedikit rasa hatinya; 3. lapang (waktu), tidak sibuk: kalau ada masa yg ~ , jemputlah ke rumah; 4. agak pulih (drpd sakit), beransur sembuh; melegakan 1. menjadikan lega (tempat), melapangkan, meluaskan; 2. = ~ dada (perasaan) menenteramkan hati (fikiran dll): jururawat itulah sahaja yg dapat ~ perasaannya; 3. menjadikan berkurang (bkn rasa sakit dsb): ubat itu ternyata dapat ~ sakit sendi yg dihidapinya; terlega menjadi lega: kegusarannya ~ di kamar ini; kelegaan perihal lega, ketenteraman hati (fikiran dll): rancangannya itu akan mendatangkan ~ kpd pekebun-pekebun kecil; pelegaan perbuatan atau usaha utk melegakan (kesakitan, kerunsingan dsb): ~ sakit secara menyeluruh dilaporkan bagi 87% pesakit; pelega sesuatu (ubat dsb) yg melegakan (rasa sakit dsb): ubat ~ sakit perut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |