tabiat | 1. budi pekerti, pekerti, perangai, watak: baginda tiadalah sekali-kali mendengarkan nasihat, kelakuan dia sahaja diperbuatnya, tambahan pula tiadalah sekali-kali menurut ~ ayahanda baginda dahulu; 2. perbuatan yg selalu dilakukan, kelakuan, tingkah laku: memang ~ku membaca dlm hati sahaja;bertabiat 1. berperangai, berkelakuan: mengapakah dia ~ spt itu? 2. bersifat, beresmi: spirogira ~ spt tumbuh-tumbuhan hijau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekerti | 1 = budi ~ cara berlaku terhadap orang lain; tingkah laku; perangai: Iman yg sempurna dan ~ yg baik itulah yg kekal. 2 perbuatan yg kurang baik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pekerti | 1 = budi ~ cara berlaku terhadap orang lain; tingkah laku; perangai: Iman yg sempurna dan ~ yg baik itulah yg kekal. 2 perbuatan yg kurang baik. | Kamus Pelajar |
adat (budi pekerti) timur | adat (budi pekerti) bangsa Asia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hemah | (hémah) budi pekerti: dia seorang pemuda yg cukup baik, tinggi ~nya dan bersih tutur katanya; ~ yg tinggi budi pekerti yg mulia; berhemah = ~ tinggi mempunyai budi pekerti yg mulia: dia jujur dan ~ tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hemah | /hémah/ budi pekerti (yg mulia); tingkah laku (yg baik): Banyak orang yg tertarik oleh keikhlasan dan ~nya. berhemah berbudi pekerti (yg mulia): Orang itu ~ dan disegani. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pekerti | 1. = budi ~ perangai, kelakuan, tabiat: iman yg sempurna dan ~ yg baik itulah yg kekal; 2. perbuatan (kurang baik): ia pun sangat marah mendengar ~ anaknya; berpekerti mempunyai pekerti: dia cuba membentuk sebuah masyarakat yg bersopan dan ~ mulia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hemah | /hémah/ budi pekerti (yg mulia); tingkah laku (yg baik): Banyak orang yg tertarik oleh keikhlasan dan ~ nya. berhemah berbudi pekerti (yg mulia): Orang itu ~ dan disegani. | Kamus Pelajar |
watak | 1. sifat (seseorang) yg zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): kesopanan dan ketenangan mereka menggambarkan ~ orang yg berpendidikan; 2. tokoh atau pelaku dlm karya sastera atau seni (spt novel, cerpen dan drama, dsb): penulis itu memberikan personaliti kpd tiaptiap ~nya; berwatak mempunyai watak, berbudi pekerti, berkeperibadian: dia sendiri memang sudah ~ seniman; berwatakkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg watak: nama Parameswara tidak pernah disebut dlm Sejarah Melayu, tetapi yg disebut ialah Raja Iskandar Syah yg tentunya ~ Islam; memperwatakkan membentuk watak (seseorang pelaku dlm cerita), menggambarkan (memaparkan dsb) watak: ketaralah bahawa kejadian-kejadian dlm drama “Tamu di Bukit Kenny” tertumpu kpd fikiran, kelakuan, dan tindakan Si Pegawai yg diperwatakkan sbg manusia yg agak baik; perwatakan 1. watak (seseorang) keseluruhannya, keseluruhan watak: ~ Panji Semirang pd keseluruhannya tidak lari drpd sifat asasinya sbg seorang perempuan; 2. pembentukan watak, penggambaran (pemaparan dsb) watak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bestari | 1. cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik; muda ~ muda dan baik budi pekertinya (berpengetahuan dll); 2. beroperasi dgn berbantukan komputer, teknologi maklumat dsb (bkn sistem, sekolah dsb): sekolah ~; membestarikan menyebabkan atau menjadikan bestari: pelbagai langkah sudah diambil utk mencapai sasaran itu termasuk ~ sistem yg berkaitan dgn pengurusan; kebestarian perihal memiliki ciri-ciri bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ sesuatu bangsa yg tidak pernah dikalahkan oleh bangsa lain; pembestarian perihal (proses, perbuatan dsb) membestarikan: ~ konsep persekolahan itu amat penting kerana perkembangan pesat dlm sains dan teknologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |