tubrukan | 1. pelanggaran (kereta dll), langgaran, tumbukan; 2. = bertubrukan berlanggaran, bertabrakan, bertumbukan: mobil ~ dan hancur, aku dapat celaka enteng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgar I | ; berlanggar berhantuk; berlaga: Sebuah bas telah ~ dgn sebuah van di Jalan Ampang pagi tadi. berlanggaran 1 berlanggar antara satu dgn yg lain: Kedua-dua kereta yg ~ itu telah rosak sama sekali. 2 bertentangan; bersalahan: Perbuatannya itu tidak ~ dgn adat resam kita di sini. berlanggar-langgaran serang-menyerang; saling menyerang. melanggar 1 merempuh; melanda: Keretanya yg terbabas telah ~ sebuah kedai runcit di tepi jalan. 2 menyerang; menyerbu: Askar-askar Belanda telah ~ kota Melaka. 3 menyalahi atau menentang undang-undang (peraturan, hukum dll): Dia telah dibuang kerja kerana ~ tatatertib bekerja. langgaran rempuhan. perlanggaran perihal berlanggar (bkn kenderaan, orang dsb): Dlm ~ itu, kedua-dua kenderaan yg terlibat telah musnah. pelanggaran 1 perbuatan atau hal melanggar; penyerangan; penyerbuan: ~ pihak musuh telah dpt dipatahkan. 2 perbuatan melanggar undang-undang (peraturan dll). pelanggar orang atau benda yg melanggar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelanggaran | 1 perbuatan atau hal melanggar; penyerangan; penyerbuan: ~ pihak musuh telah dpt dipatahkan. 2 perbuatan melanggar undang-undang (peraturan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelanggaran | 1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tubruk | Id 1. lompatan utk menerkam (menangkap dll), terpa; 2. langgar, tabrak, tumbuk; main ~ bp menangkap (menuduh, menerka, dll) dgn membabi buta; tabrak-~ berbagai-bagai jenis pelanggaran kereta dll; bertubrukan 1. saling berlanggar, berlanggaran; 2. ki tidak secocok, saling bertentangan; menubruk 1. melompat utk menangkap (menerkam dll), menerpa: ditubruknya orang tua yg sudah lama dirinduinya itu; 2. melanggar, menumbuk: perahu motor kami hampir terbalik kerana ~ pulau karang yg rendah; 3. bp menangkap (pencuri), memberkas: kepala perompak itu sudah ditubruk oleh polis; tertubruk, ketubruk Jk terlanggar (oleh kereta dll), tertumbuk; tubrukan 1. pelanggaran (kereta dll), langgaran, tumbukan; 2. = bertubrukan berlanggaran, bertabrakan, bertumbukan: mobil ~ dan hancur, aku dapat celaka enteng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langgar I | laga, rempuh, serang, tempuh; ~ adat = ~ bahasa biadap, tidak sopan; ~ jangan beragak menyerang dgn sungguh-sungguh; ~ lari perbuatan melanggar (di jalan raya) kenderaan lain, orang, dsb, tanpa menunggu atau membuat laporan polis; berlanggar, berlanggaran 1. berlaga (kereta dll), beradu, berhantuk: sebuah motokar telah ~ dgn sebuah lori di batu 10 jalan ke Pahang; 2. = berlanggar-langgaran saling menyerang: setelah bertemu dgn kelengkapan Mengkasar lalu berperang berlanggar-langgaran; 3. tidak mengikut (adat, resam, dll), berlawanan dgn, bertentangan dgn: kalau melakukan sesuatu, janganlah sampai berlanggaran dgn undang-undang; melanggar 1. merempuh, melanda, melanyak: seorang kanak-kanak telah mati dilanggar kereta api; 2. mendatangi (utk menguasai, memusnahkan, dsb), melanda, menyerang: bukannya musuh akan ~ melainkan adapun sebab beta memanggil orang besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu; Melaka pd masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yg juga sering ~ Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka; 3. tidak patuh pd (undang-undang dll), menyalahi, melawan, menentang: orang yg ~ undang-undang boleh didakwa di mahkamah; lalu lintas tidak mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar; ~ sumpah tidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong; melanggarkan melandakan, mengadukan, merempuhkan: maka gajah itu dilanggarkan baginda ke balairung; terlanggar 1. tersadung, terempuh, dirempuh: ia hampir tersungkur kerana ~ bungkusan kain baju; 2. melanggar (peraturan, undang-undang, dll): barang siapa yg memegang dia, tentu akan ~ pantangan; perlanggaran perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang; pelanggaran 1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah; pelanggar orang atau sesuatu (spt kereta dll) yg melanggar: apabila undang-undang itu dilanggar, maka si ~ akan dihukum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelanggaran | 1 perbuatan atau hal melanggar; penyerangan; penyerbuan: ~ pihak musuh telah dpt dipatahkan. | Kamus Pelajar |
pelanggaran | 1. perbuatan atau hal melanggar; penyerangan; penyerbuan:~ pihak musuh telah dpt dipatahkan. 2. perbuatan melanggar undang-undang (peraturan dll). | Kamus Pelajar |
perkosaan | 1 tindakan memperkosa negeri orang dll; pelanggaran. 2 tindakan memperkosa (perempuan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tumbukan | 1. sesuatu yg ditumbuk; 2. perihal menumbuk, pelanggaran, tubrukan; 3. perbuatan memukul dgn buku tangan: dgn meng-gunakan kecergasan dan ~ tangan kirinya yg berbahaya ia telah mengalahkan Zora Folley; | Kamus Dewan Edisi Keempat |