pelarangan | sesuatu yg dilarang, larangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengharaman | tindakan atau ketetapan mengharamkan (melarang, menegah, menolak), pelarangan, penegahan: ~ minuman keras adalah atas sebab-sebab moral dan kesihatan; beberapa buah negara mencadangkan ~ senjata-senjata atom. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
larang I | ; melarang menahan drpd melakukan sesuatu, tidak membenarkan (mengizinkan), menegah: bagaimanakah sesuatu undang-undang yg ~ penggunaan tenaga kanak-kanak dapat dijalankan? melarangkan menjadikan terlarang: Seri Rama ~ pekerjaan itu kpd kakandanya; terlarang tidak boleh dikerjakan, tidak dibenarkan, tertegah: perbuatan ~ di sisi agama hendaklah dijauhkan; larangan 1. sesuatu yg dilarang atau terlarang: bagindalah yg meletakkan kekuningan ~; seluruh kawasan hutan di keliling kampung itu adalah kawasan ~ belaka; 2. perintah melarang (sesuatu perbuatan), tegahan: ~ keluar rumah itu berlaku mulai hari Khamis ini; berlarangan mempunyai larangan, ada larangannya, terlarang: ~ saya menyebut namanya; pelarangan sesuatu yg dilarang, larangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haram | 1. hukum tegahan (dlm Islam) yg dijanjikan ganjaran pahala bagi orang yg mematuhinya dan dosa bagi orang yg mengingkarinya: babi ~ dimakan oleh orang Islam; tidak peduli halal ~ tidak mengendahkan hukum; 2. ditegah (terlarang) oleh undang-undang, tidak sah (di sisi undang-undang): dia ditangkap kerana masuk secara ~ ke negeri ini; kumpulan ~; rumah ~ rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan atau milik orang lain tanpa kebenaran, rumah kilat; tanah ~ tanah yg diduduki atau dikerjakan tidak dgn izin kerajaan (tuannya); 3. suci, tidak boleh dikerjakan hal-hal yg tidak menentu; Tanah H~ Mekah dan Madinah; Masjidil~ masjid Mekah; 4. bp sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul: ~, aku tidak tahu-menahu langsung mengenai perkara itu; 5. bp sedikit pun, langsung (tidak), sama sekali (tidak): ia lari terus, ~ tidak menoleh ke belakang; sehingga hampir waktu senja, jejak babi tunggal tidak juga ditemui, malah berbau pun ~; 6. bp tidak ada, tiada (satu antara yg banyak): ~ seorang pun di antara pengunjung kamar itu tahu bahawa mereka sedang dikepung; ~ jadah (zadah) a) (kata makian) anak yg tidak sah (lahir di luar nikah); b) (kata makian secara am) celaka: lori ~ jadah itu bukan kenal jenis makhluk; mengharamkan memandang (menganggap, menyatakan) haram (tidak halal), melarang, menegah: agama Islam ~ penganut-penganutnya minum arak, berjudi dan melakukan beberapa perbuatan lain; 2. tidak membenarkan (mengizinkan, meluluskan, dsb), menetapkan (mengisytiharkan) sbg melanggar undang-undang, menegah: kerajaan telah ~ penerbitan buku itu; 3. berteguh hati (berazam) utk tidak melakukan sesuatu: dia ~ dirinya drpd memasuki tempat yg terkutuk itu lagi; pengharaman tindakan atau ketetapan mengharamkan (melarang, menegah, menolak), pelarangan, penegahan: ~ minuman keras adalah atas sebab-sebab moral dan kesihatan; beberapa buah negara mencadangkan ~ senjata-senjata atom. | Kamus Dewan Edisi Keempat |