Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.wat] | ڤلاوت

Definisi : orang yg melawat, pengunjung: ~-~ Zoo Negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.wat] | ڤلاوت

Definisi : orang yg melawat: guru ~ guru yg memeriksa sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelawat


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menanggung1. membawa di atas bahu (ba­rang yg berat-berat), memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. meng­alami (kesusahan dll), menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki membawa, memegang, mena­ruh, menyimpan: dapatkah manda ~ rah­sia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg tertentu), mengurus, mem­­biayai, menyelenggarakan: mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi, mem­punyai: kita ~ hutang sampai anak dah ber­anak enam pun hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, men­jamin: kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg ~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung dia akan menang; 9. memberi perakuan akan meme­nuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani tanggung;Kamus Dewan Edisi Keempat
tanggung I1. = ditanggung dijamin (kebaik­annya dll), sudah tentu: pekerjaannya ~ baik; 2. bp = menanggung; ~ badan Sr mas kahwin yg belum dijelaskan ketika akad nikah (tetapi mesti diselesaikan ketika bercerai); menanggung 1. membawa di atas bahu (ba­rang yg berat-berat), memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. meng­alami (kesusahan dll), menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki membawa, memegang, mena­ruh, menyimpan: dapatkah manda ~ rah­sia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg tertentu), mengurus, mem­­biayai, menyelenggarakan: mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi, mem­punyai: kita ~ hutang sampai anak dah ber­anak enam pun hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, men­jamin: kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg ~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung dia akan menang; 9. memberi perakuan akan meme­nuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani tanggung; ~ budi menaruh budi; ~ dendam menyimpan dendam; ~ kasih berasa wajib membalas kasih (orang); ~ malu merasai malu; ~ ragam Mn mengalami bermacam-macam percubaan; ~ rahsia menyimpan rahsia; ~ rindu menaruh rindu; tanggung-menanggung 1. saling menang­gung (menjamin dll); 2. semua urusan me­nang­gung; menanggungkan, mempertanggungkan 1. memikulkan sesuatu beban (tanggungjawab dll) kpd, membebankan kpd: kerja-kerja yg ditanggungkan kpd baginda itu tersangat berat; 2. menyerahkan barang dll sbg cagaran (jaminan), mencagarkan, menggadaikan: dia terpaksa ~ hartanya utk membayar hutang; tertanggung dapat ditanggung, terderita, terjamin, terpikul; tidak ~ a) tidak terderita; b) tidak dijamin dll; tanggungan 1. sesuatu yg mesti ditanggung, kewajiban, tanggungjawab: hak dan ~ ahli-ahli pertubuhan; 2. jaminan: dgn ~ siapakah engkau mendapat pinjaman itu? 3. barang dll yg digunakan sbg jaminan hutang dll, cagar­an: apa ~mu utk berhutang itu? 4. pen­deritaan, beban: segala-galanya itu akan menambahkan lagi ~ rakyat; 5. orang yg mesti ditanggung (keselamatannya, nafkah­nya, dll): cukai ini berbeza dr seorang kese­orang mengikut banyak pendapatan orang itu dan ramai orang yg mesti menjadi ~nya; 6. akibat perbuatan yg mesti diper­tang­gungkan, risiko: kalau engkau kalah nanti, itu ~mu sendiri; ~ jiwa (kebakaran) Id insu­rans; 7. (Udg) kewajiban yg dikenakan terhadap seseorang di bawah undang-undang; ketanggungan sl apa yg ditanggung, tang­gungjawab, tanggungan: jikalau kita kalah, bukanlah jadi ~ kpd kita semuanya;berketanggungan bertanggungjawab, ber­kewajiban: marilah kita menuntut kpd pihak-pihak yg ~ dlm agama Islam;pertanggungan 1. tanggungan, tang­gung­jawab; 2. jaminan; 3. insurans; penanggungan 1. apa yg ditanggung, pen­deritaan, kesengsaraan: dia sangat mengam­bil berat terhadap kehidupan rakyat jelata dan ~ mereka; 2. perihal menanggung: ba­gai­manakah ~ hati seorang perempuan yg hidup sebatang kara; penanggung 1. orang yg menanggung (men­jamin), penjamin; 2. orang yg meme­gang polisi insurans; 3. orang yg menderita, penderita; 4. (Eko) organisasi atau orang yg dilantik utk menguruskan pembubaran sesebuah sya­rikat.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelawatorang yg melawat: guru ~ guru yg memeriksa sekolah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pelawatorang yg melawat, pengunjung: ~-~ Zoo Negara.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelawatorang yg melawat: guru ~ guru yg memeriksa sekolahKamus Pelajar
buku pelawatbuku yg mengandungi tandatangan pelawat ke sesuatu tempat;Kamus Dewan Edisi Keempat
pekerjaan1. sesuatu yg dikerjakan (dilaku­kan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikir­kan dgn lebih teliti);Kamus Dewan Edisi Keempat
guru1. orang yg mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh: ~ pelatih; ~ pelawat; 2. pemimpin agama Hindu; ~ bantu Id pembantu guru; ~ besar = ~ kepala = ~ ketua guru yg mengetuai sesuatu sekolah, pengetua sekolah; ~ latihan normal guru yg bukan lepasan maktab atau universiti; ~ lepasan maktab guru yg terlatih di maktab; ~ pelatih pelajar-pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; ~ pelawat pegawai pendidikan yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah (bangunan, pelajar, guru, dll), nazir sekolah; ~ penolong guru yg kanan selepas guru besar; ~ kencing berdiri, murid kencing berlari prb kelakuan murid mencontohi kelakuan guru (terutama dlm hal yg tidak baik); berguru 1. belajar: sepeninggalan Awang kerana ~ itu, Bacuk telah memujuk Dayang utk menggantikan tempat Awang; 2. berlaku (bertindak) spt guru; ~ kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi prb ilmu yg tidak sempurna dituntut tidak ada faedahnya; bergurukan menjadikan seseorang sbg guru: dia ~ al-Guwaini yg dikenal dgn gelaran Imam al-Haramain; keguruan hal yg berkaitan dgn ilmu menjadi guru, atau tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur; martabat profesion ~ harus dipertahankan; perguruan 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa; 4. hal yg berkaitan dgn berguru: gelanggang ~ mereka tidaklah begitu jauh; izinkanlah saya menamatkan ~ saya.Kamus Dewan Edisi Keempat
guru pelawatguru atau pegawai pelajaran yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
profesor pelawatprofesor yg diundang mengajar dsb di universiti lain (biasanya di luar negara) utk suatu tempoh masa tertentu;Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas