pelepasan | 1 perbuatan atau hal melepaskan; perihal dikecualikan drpd sesuatu (cukai dll): ~ cukai pendapatan. 2 dubur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelepasan | 1. perihal melepaskan: maka juara pun memadan ayamlah lalu dilepaskan dgn yg dipadan itu dua tiga ~ juga, Raja Chulan tiada menang; 2. pembuangan, pemecatan; 3. Mn dubur: lubang ~; 4. perihal dikecualikan drpd sesuatu (spt membayar cukai dsb): ~ cukai pendapatan; 5. jalan keluar utk lari atau bebas drpd sesuatu: tidak mungkin Amir Hamzah, melalui karyanya, mencari ~ drpd realiti yg menekan keinginan dan kehidupannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kentut | 1. angin yg keluar menerusi pelepasan (jubur); 2. = berkentut mengeluarkan angin menerusi pelepasan; mengentutkan mengeluarkan kentut (dgn sengaja); terkentut berkentut dgn tidak sengaja (kerana tidak dapat ditahan lagi) atau dgn tiba-tiba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
talak | talak pelepasan ikatan nikah dgn ucapan talak, cerai, dsb oleh suami: dgn mudah ia menjatuhkan ~ kpd isterinya; ~ bain talak yg tidak boleh dirujuk kembali; ~ dua talak rajii yg dijatuhkan dua kali secara berasingan atau dgn lafaz talak dua; ~ rajii talak yg masih boleh dirujuk kembali (pd talak pertama atau kedua) dgn syarat isteri yg dicerai itu masih dlm idah; ~ satu talak rajii yg dijatuhkan kali pertama atau dgn lafaz talak satu; ~ tiga talak yg dijatuhkan tiga kali secara berasingan, atau dgn lafaz talak tiga, yg tidak boleh dirujuk kembali;mentalak menceraikan isteri: isterinya itu ditalaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jubur | kemaluan sebelah belakang; pelepasan; dubur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkentut | mengeluarkan angin menerusi pelepasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jubur | kemaluan sebelah belakang; pelepasan; dubur. | Kamus Pelajar |
bawasir | bengkak pd urat-urat di hujung pelepasan; puru sembilik dlm dubur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
usus | tali perut (dr perut hingga ke pelepasan), perut muda; panjang ~ bp, ki sabar; ~ besar bahagian tali perut yg menyalurkan sisa-sisa makanan utk dikeluarkan (sbg najis), perut tua; ~ buntu bahagian tali perut (pd tempat pertemuan usus besar dan usus kecil) yg berbentuk pundi-pundi atau kantung; ~ kecil bahagian tali perut (di antara perut dgn usus besar) yg menghadamkan makanan dan menyerapkan zat-zat makanan ke dlm badan, perut muda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bawasir | bengkak pd urat-urat di hujung pelepasan; puru sembilik dlm dubur. | Kamus Pelajar |