Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lias] | ڤلياس

Definisi : sl mantera yg menjadikan seseorang kebal (terelak drpd bahaya): azimat ~ perang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lias] | ڤلياس

Definisi : jampi yg menyebabkan seseorang tidak dpt dikenai senjata musuh atau terjauh drpd bahaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelias


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
peliasjampi yg menyebabkan seseorang tidak dpt dikenai senjata musuh atau terjauh drpd bahaya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
peliassl mantera yg menjadikan seseorang kebal (terelak drpd bahaya): azimat ~ perang.Kamus Dewan Edisi Keempat
peliasjampi yg menyebabkan seseorang menjadi kebal atau terjauh drpd bahaya.Kamus Pelajar
baju peliasark baju belah yg berazimat;Kamus Dewan Edisi Keempat
kelias®pelias.Kamus Dewan Edisi Keempat
sanggul Fatimahsj azimat pelias;Kamus Dewan Edisi Keempat
sanggulgelung atau simpul rambut perempuan, kundai; jenis-jenisnya: ~ ayam mengeram, ~ bulat, ~ kelung, ~ lintang, ~ miring, dll; ~ Fatimah sj azimat pelias; hang tak kurang ~, aku tak kurang tenggek prb hilang yg satu masih ada lagi gantinya yg lain (laki-laki dan perempuan); terlintang oleh ~ prb suami yg selalu menurut kata isterinya; bersanggul 1. memakai sanggul: rambutnya ~ lintang sangkut; 2. sedang mengenakan sanggul; menyanggul, menyanggulkan mengena­kan (memasang) sanggul: maka disanggulnya rambut yg terurai.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengumat-ngamitkanmenggerak-gerak­kan bibir (spt orang bercakap dgn tidak menge­luarkan suara): mulutnya dikumat-kamitkan bagaikan membaca doa pelias mengelak drpd ular bisa;Kamus Dewan Edisi Keempat
bajupakaian utk menutup badan; ~ alang baju kurung yg berlengan pendek; ~ anggerka ark baju dalam cara India; ~ antakesuma = ~ layang sl baju utk terbang; ~ antari = ~ lantari ark baju spt baju anggerka (cara Arab); ~ ayat = ~ pelias ark baju belah yg berazimat; ~ bajang = ~ bersayap ark baju belah yg menyerupai ekor burung layang-layang; ~ basterop Id baju yg tidak ada kolar dan lengan; ~ belah bakung ark baju yg berlengan pendek (berbelah di bahu); ~ belah benian = ~ bunian sj baju belah; ~ belah Bentan = ~ Bentan = ~ Mintan ark baju belah yg pergelangan lengannya berbelah; ~ besi baju drpd besi (dipakai dlm peperangan); ~ beskat = ~ weskot baju yg dipakai di bawah baju kot; ~ bidadar ark baju kot pengantin baru; ~ bakdung ark baju yg berbutang di belakang; ~ Cina baju potongan Cina; ~ dalam anak baju; ~ hujan sj baju labuh drpd bahan kalis air, mis plastik yg dipakai utk melindungi seseorang drpd dibasahi air hujan; ~ jas Id kot; ~ (kanji) perak = ~ kanji perap = ~ kain jiperak ark anak baju; ~ Johor a) baju Melayu yg tidak berkolar; b) baju kurung; ~ kebaya baju perempuan, yg pendek dan berbelah di bahagian dada; ~ kemeja baju potongan Eropah; ~ kepuk baju yg berleher tinggi; ~ kuntum sj baju potongan Melayu; ~ kurung baju yg tidak berbelah dada; ~ kutang anak baju (perempuan); ~ maskat ark baju dalam yg diikatkan di belakang; ~ Melayu baju laki-laki potongan Melayu; ~ monyet Id sj baju anak-anak (baju dan seluar bersambung); ~ panas a) = ~ sejuk b) anak baju; ~ pendapan = ~ pendepan = ~ pendipun = ~ mendipun = ~ jipun ark baju Sumatera yg dihiasi bunga drpd emas perada; ~ pesak sebelah ark baju belah yg dadanya dua lapis; ~ pokok ark baju belah yg tidak berlengan; ~ rantai sj baju besi drpd rantai kecil-kecil; ~ sejuk = ~ panas baju yg dipakai utk memanaskan badan; ~ seroja = ~ teratai ark baju Sumatera yg berbunga benang emas; ~ sikap sj baju Jawa berlengan panjang; ~ songsong barat sl baju antakesuma; ~ tapung sj baju Bugis; ~ Teluk Belanga baju Melayu; ~ toro ark baju Jawa yg dipakai oleh pelayan; ~ indah dr balai, tiba di rumah menyarungkan prb hukum yg telah putus dan tidak boleh dibanding lagi; bagai memakai ~ sempit prb perbuatan yg tidak sesuai dgn keadaan diri; mengukur ~ di badan sendiri prb kejahatan kita jangan dijadikan pengukur kejahatan orang lain (atau darjat kita jangan disamakan dgn darjat orang lain); mencabik ~ di dada prb meceritakan aib sendiri;berbaju memakai baju;membajui mengenakan (memakai) baju kpd: ~ boneka.Kamus Dewan Edisi Keempat
kumat-kamitbergerak-gerak bibir (spt orang membaca doa dgn tidak bersuara, bercakap sendirian, dsb: bibirnya ~ mengucap berulang kali; berkumat-kamit kumat-kamit: Pak Utih mengangguk sambil mulutnya ~ menyebut nama Tuhan; mengumat-ngamitkan menggerak-gerak­kan bibir (spt orang bercakap dgn tidak menge­luarkan suara): mulutnya dikumat-kamitkan bagaikan membaca doa pelias mengelak drpd ular bisa; terkumat-kamit tergerak-gerak bibir: mulut Ramlan ~ membaca isi surat itu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas