pelimau | Kl berlimau pd hari tamat belajar bersilat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelimau | ark rumah tempat mandi berlimau (biasanya utk raja-raja bersiram). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mandi pelimau | sj upacara mandi utk kedua-dua pengantin sesudah bersanding; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
limau | sj tumbuhan (pokok atau pokok renek dan buahnya); ~ abung = ~ bali sj tumbuhan (pokok), Citrus maxima; ~ besar sj tumbuhan (pokok), Citrus grandis; ~ cuwit sj tumbuhan (pokok), Citrus microcarpa; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), a) Citrus macroptera; b) Atalantia spinosa; c) Gelonium glomeratum; ~ hijau sj tumbuhan (pokok), Citrus suhuiens; ~ kapas sj tumbuhan (pokok), Citrus aurantifolia; ~ kaya (kelinket, kerinket, kerisik) sj tumbuhan (pokok), Triphasia trifolia; ~ kesturi sj tumbuhan (pokok), Citrus microcarpa; ~ kesturi bukit (pagar) sj tumbuhan (pokok), Citrus swinglei; ~ kiah (kikir, kingkip, kingkit) sj tumbuhan (pokok), Triphasia trifolia; ~ kopek sj tumbuhan (pokok), Citrus suhuiensis; ~ langir air yg dicampur dgn kulit limau (purut) dan bunga-bungaan utk berlangir; ~ lelang (lilang) sj tumbuhan (pokok), Paramignya angulata; ~ manis sj tumbuhan (pokok), Citrus nobilis, Citrus suhuiensis; ~ mata kerbau = ~ nipis (kapas, susu), a) Citrus medica; b) Citrus aurantifolia; ~ purut sj tumbuhan (pokok), Citrus hystrix; ~ masak sebelah, perahu karam sekerat prb hukuman atau aturan yg tidak adil (memilih-milih orang kerana kedudukan atau kekayaan); mengajar ~ berduri prb mengajar orang yg telah pandai; spt ~ masak seulas prb mempunyai kelebihan drpd orang lain; berlimau mandi dgn air yg telah dicampur dgn kulit limau dan bunga-bungaan: sudah lalu bersiram, langsung ~, berbedak, cukup kasai yg tujuh; melimaui 1. menyirami (memandikan) dgn air limau; 2. ki mencerca orang lain; pelimau ark rumah tempat mandi berlimau (biasanya utk raja-raja bersiram). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mandi I | 1. = bermandi mencuci (membasuh) tubuh dgn air: badan engkau kotor, pergilah ~ dahulu; 2. berenang-renang di laut utk bersuka-suka: banyak orang yg pergi ke Port Dickson utk ~ di laut; pakaian ~ baju atau seluar utk berenang; 3. ki dipenuhi (peluh dll), mempunyai melimpah-limpah (wang dll): badannya ~ peluh; baginda sentiasa ~ air mata; orang kampung pd masa itu ~ wang; ~ air perantan Sr sj upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan; ~ angin a) sentiasa kena angin; b) menyembur dgn kuasa angin (air, cat, dll); ~ bakal (gubah, kubat) membasuh mayat yg baru sahaja meninggal; ~ balai mandi utk menghalau hantu; ~ basuh lantai upacara mandi 40 hari selepas bersalin; ~ bunga mandi dgn air yg dicampurkan dgn pelbagai jenis bunga dan dijampi, yg dipercayai dapat mengubati sesuatu penyakit atau dapat menolong anak dara yg sudah lanjut usia mendapat jodohnya; ~ bunting (wiladah) upacara mandi sewaktu hamil tujuh bulan; ~ damai = ~ suatu mempelai upacara mandi utk keduadua pengantin sesudah selesai nikah dan berdamai-damai; ~ darah a) berlumuran darah; b) pertumpahan darah (sewaktu berlaku perkelahian dll); ~ embun membiarkan diri kena embun; ~ haid mandi sesudah datang bulan (perempuan); ~ junub (janabat, hadas luas) mandi utk bersuci diri (selepas bersetubuh, haid, nifas dsb); ~ kerbau ki mandi dgn tidak membersihkan badan; ~ lenggang perut upacara mandi semasa hamil tujuh bulan, melenggang perut; ~ lulur rawatan tradisional utk membersihkan badan dan menghaluskan kulit dgn melumurkan lulur pd badan; ~-manda bermacam-macam cara (upacara) mandi; ~ mayat membasuh mayat dgn air; ~ nifas mandi selepas berhenti nifas; ~ ombak basah kena ombak; ~ pelimau sj upacara mandi utk kedua-dua pengantin sesudah bersanding; ~ peluh basah dgn peluh; ~ safar upacara mandi utk menolak bala (pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini bertentangan dgn hukum Islam); ~ sampat Pr, Ph upacara mandi utk kedua-dua mempelai pd hari ketiga sesudah nikah; ~ sudah membasuh mayat kali yg terakhir (ketika hendak dikafan); ~ tian upacara mandi sesudah hamil tujuh bulan; ~ wajib mandi utk bersuci drpd hadas besar; ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm kebuk atau bilik yg dipenuhi wap utk menyegarkan badan dsb; bagai ~ dlm cupak prb sesuatu (pertolongan dll) yg tidak mencukupi; alang-alang (mati-mati) ~ biar basah prb kalau membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh jalan; bermandikan penuh dgn; ~ cahaya penuh dgn cahaya (terang-benderang); ~ wang mempunyai wang yg banyak; memandikan 1. membersihkan tubuh sese-orang (sesuatu) dgn air, memberi mandi: Aminah sedang sibuk ~ anak-anaknya; 2. mencuci (mayat) dgn air: jika hamba mati, tuan ham-balah ~ hamba; 3. mencelupkan (menyelamkan sesuatu ke dlm barang cair); 4. ki banyak mendapat (menerima) sesuatu, mencurahkan (dlm erti ki): anak-anak ini mahu dimandikan dgn kasih sayang ibunya; di-mandikan dgn air segeluk prb diberi pertolongan (puji-pujian) yg tidak bererti; mempermandikan 1. sl memandikan (dgn); 2. Id menyiram dgn air suci (sewaktu memeluk agama Kristian), membaptiskan; permandian 1. tempat mandi; 2. Id upacara mempermandikan, pembaptisan; pemandi orang yg memandikan: yg makruh-nya, menyentuh tubuh badan si mati (mayat) oleh orang yg bukan ~nya kerana badan si mati itu adalah aurat kpd orang yg hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |