Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lin.du.ngan] | ڤليندوڠن

Definisi : ark bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lin.du.ngan] | ڤليندوڠن

Definisi : 1 perbuatan (hal dsb) melindungi atau melindungkan. 2 tempat yg terlindung; tandas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pelindungan1 perbuatan (hal dsb) melindungi atau melindungkan. 2 tempat yg terlindung; tandas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pelindunganark bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
penaunganperbuatan atau hal menaungi; pelindungan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penaunganperbuatan atau hal menaungi; pelindungan.Kamus Pelajar
naung, = naungan 1 tempat teduh atau tempat yg terlindung drpd panas (di bawah pokok dll): Dia duduk di bawah ~ pohon yg rimbun. 2 ki jagaan; kawalan; lindungan: Pd awal kurun yg kedua puluh dahulu, banyak negeri di Asia dan di Afrika yg terletak di bawah ~ Inggeris. bernaung 1 berlindung di bawah pokok dll; berteduh: Kami ~ di bawah pokok ceri kerana hari terlalu panas. 2 ki berlindung pd kerajaan lain; meminta perlindungan drpd negara lain; menjadi daerah naungan: Kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris. menaungi 1 menjadi sbg naungan kpd; melindungi; memayungi: Pohon-pohon ketapang ~ tapak semaian kami. 2 ki memberikan naungan (perlindungan) kpd negara dll: Kerajaan Inggeris telah ~ negeri-negeri Melayu selama lebih drpd lima puluh tahun. pernaungan perbuatan atau hal bernaung. penaungan perbuatan atau hal menaungi; pelindungan. penaung orang yg memberikan perlindungan (bantuan, galakan dll); pelindung: Isteri Perdana Menteri telah dilantik menjadi ~ Persatuan Wanita Malaysia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
naung= naungan 1 tempat teduh atau tempat yg terlindung drpd panas (spt di bawah pokok dll): Dia duduk di bawah ~ pohon yg rimbun. 2ki jagaan; kawalan; lindungan: Pd awal kurun yg kedua puluh dahulu banyak negeri di Asia dan di Afrika yg terletak di bawah ~ Inggeris. bernaung 1 berlindung di bawah pokok dll; berteduh: Kami ~ di bawah pokok ceri kerana hari terlalu panas. 2 ki berlindung pd kerajaan lain; meminta perlindungan dr negara lain; menjadi daerah naungan: Kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris. menaungi 1 menjadi sbg naungan kpd; melindungi; memayungi: Pohon-pohon ketapang ~ tapak semaian kami. 2 ki memberikan naungan (perlindungan) kpd negara dll:Kerajaan Inggeris telah ~ negeri-negeri Melayu selama lebih drpd lima puluh tahun. pernaungan perbuatan atau hal bernaung. penaungan perbuatan atau hal menaungi; pelindungan. penaung orang yg memberikan perlindungan (bantuan, galakan dll); pelindung: Isteri Perdana Menteri telah dilantik menjadi ~ Persatuan Wanita Malaysia.Kamus Pelajar
lindung; berlindung 1 berada di sesuatu tempat supaya tidak kelihatan; berselindung; bersembunyi: Ia pergi ~ di balik sebatang pohon. 2 memohon pertolongan orang lain; bernaung: Semasa perang, banyak askar yg ~ diri di rumah-rumah peladang. 3 tidak terang-terang; tidak ketara; berselindung: Mereka cuma menentang secara ~. melindungi 1 menjadi tutup (sekat dsb) pd sesuatu supaya tidak kelihatan atau tidak terkena sesuatu: Sekaki payung sutera ~ tubuhnya drpd panas matahari. 2 memberikan naungan atau pertolongan kpd: Moga-moga Allah akan ~ kita drpd bencana lapar. 3 ki menutup sesuatu supaya tidak diketahui orang lain (ttg perasaan dll): Perangainya yg lemah lembut itu hanya utk ~ kejahatannya saja. melindungkan meletakkan sesuatu supaya tidak kelihatan; menyorokkan: ~ mukanya dgn topi. terlindung 1 tertutup oleh sesuatu hingga tidak kelihatan atau tidak terkena sesuatu; tersembunyi; tersorok. 2 tidak terkena apa-apa bahaya atau bencana; terselamat: Dia telah ~ drpd bencana itu dgn kehendak Allah jua. lindungan apa-apa yg terlindung oleh; yg dilindungi: Manusia ~ Tuhan. kelindungan kena lindung (hingga tidak kelihatan, tidak kena panas dsb). perlindungan 1 perbuatan atau hal berlindung. 2 bantuan; pertolongan: Orang-orang kaya patut memberikan ~ kpd orang-orang susah. 3 tempat bersembunyi atau tempat berlindung: Apabila semboyan berbunyi, kami berlari mencari lubang ~. pelindungan 1 perbuatan (hal dsb) melindungi atau melindungkan. 2 tempat yg terlindung; tandas. pelindung 1 orang yg memberikan pertolongan atau perlindungan; penaung. 2 alat atau benda (spt atap) yg melindungi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lindung I; berlindung 1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd orang), ber­sembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak ber­selindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang­-terangan hanya secara ~ sahaja; berlindungkan sl menyelamatkan atau menaungkan (diri), melindungkan: maka Sultan Zainal Abidin pun larilah berperahu kecil lalu ia ke Melaka, ~ dirinya pd Sultan Mansor Shah; melindungi 1. menudung supaya tidak kelihatan (jangan terkena sesuatu dll): pondok saya tidak nampak dr sini kerana dilindungi belukar; 2. memberi pertolongan (bantuan dll), membela, memberi naungan: mahkamah bertanggungjawab ~ masyarakat drpd malapetaka jenayah; beberapa ekor kambing biasanya dipelihara bersama­-sama biri-biri utk ~ biri-biri drpd serangan binatang buas; 3. tidak memperlihatkan (secara terang-terangan) atau mendedahkan sesuatu, menyelimuti kebenaran (kejahatan dll), menyelubungi: mereka sangat bijak ~ hasrat yg hendak disampaikan; lindung-melindungi saling melindungi; melindungkan 1. menaruh sesuatu supaya jangan kelihatan, menyembunyikan, me­nyorokkan: dilindungkannya benda itu di balik semak-semak itu; maka puteri itu pun ~ dirinya di balik pohon kelapa; tiap-tiap orang yg menggunakan perkataan spt ini semata-mata utk ~ perasaan dan fikiran masing-masing; 2. menggunakan utk melin­dungi: jerami itu dilindungkan pd semaian; memperlindungkan menaungkan, memberi pertolongan kpd, menyelamatkan: ia terpaksa berkhidmat ~ Tanah Brunei drpd serangan musuh; terlindung 1. tersorok, tersembunyi: per­buatan yg tidak ikhlas dan jujur ini tidak akan ~ selama-lamanya; 2. dapat diselamat­kan (drpd bahaya dll), terselamat; lindungan 1. yg terlindung oleh, yg dilindungi: manusia ~ Tuhan; 2. = perlindungan; kelindungan 1. terlindung atau tertutup (tidak kelihatan, terkena sesuatu, dll); 2. ark kelampauan (melampaui, melanggar adat, dll); perlindungan 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan,dll): pemerintahan Ghassan sentiasa men­dapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; pelindungan ark bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~; pelindung 1. sesuatu (atap, dinding, dll) yg melindungi: atap yg tugasnya sbg ~ dr hujan dan panas, tidak memenuhi syaratnya; 2. orang yg memberi perlindungan (bantuan, pertolongan, dll): laki-laki yg sedang ter­kurung di rumahnya itu ialah ~nya, bukan musuhnya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas