Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lu.ru] | ڤلورو

Definisi : bola-bola atau benda-benda tajam (drpd besi dll) yg ditembakkan dgn senjata api dll, anak bedil (meriam), pelor: ~ senapang; ~ baksut peluru utk menembak binatang besar dll; ~ berpandu = ~ terkendali peluru yg dapat dipandu dr jauh arahnya (utk mengenai sasa­ran); ~ hidup peluru drpd tembaga kuning campuran (bukan drpd getah atau plastik) yg boleh membunuh; ~ kapur peluru drpd plastik yg bukan utk membunuh, biasanya hanya utk tujuan latihan dsb; ~ penabur peluru ber­bentuk silinder yg mengandungi bebola logam yg kecil-kecil (kacang-kacang), yg ditembak­kan dgn senapang patah; ~ sesat peluru yg ditembakkan dr senapang, meriam dsb tidak mengenai sasarannya, tetapi tersasar ke tempat lain; kena (dimakan) ~ kena tembak, tertembak; umpan ~ = makanan ~ a) yg menjadi sasaran peluru musuh; b) askar upah­an; tak empang ~ di lalang = tiada terempang ~ oleh lalang prb orang yg lemah tidak dapat menegah kehendak orang yg berkuasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lu.ru] | ڤلورو

Definisi : 1 bola-bola atau benda-benda tajam yg ditembakkan dgn senjata api: ~ meriam. 2 sesuatu yg menyerupai atau yg berfungsi spt peluru 1. ~ hidup peluru yg boleh membunuh, dibuat drpd tembaga kuning campuran. ~ kapur peluru drpd plastik yg bukan utk membunuh, biasanya utk tujuan latihan dsb. ~ penabur peluru yg terdiri drpd bebola logam yg kecil-kecil, yg diisikan di dlm tabung berbentuk silinder (patrum) dan ditembakkan dgn senapang patah. ~ sesat peluru yg ditembakkan dr senapang, pistol dsb yg tidak mengenai sasaran tetapi tersasar ke tempat lain. berpeluru ada pelurunya. berpelurukan menggunakan sesuatu sbg peluru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluru (kata nama)
Bersinonim dengan anak bedil, pelor, mimis, penabur, kacang-kacang, belinjo, gotri.,

Puisi
 

Kututuh mari sebatang pisang,
     Habis menimba selara padi;
Kutembak dengan peluru petunang,
     Naga tak kena ular tak mati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti peluru dua setuangan.

Bermaksud :

Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pelanduk dua serupa, b. Salin [= sesalin] tak tumpah).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berpandumemakai penunjuk jalan; peluru ~ peluru yg boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya utk menuju ke arah sasarannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
kendaliJw 1. kekang; 2. tali kekang (kang); peluru ~ peluru berpandu; mengendalikan 1. mengenakan kekang: ~ kuda; 2. mengekang, menahan (hawa nafsu, kenaikan harga barang, dll), menguasai, mengawal (pasukan dsb): sungguh banyak sekali manusia yg lemah dan tidak dapat ~ dirinya utk menahan hawa nafsu; 3. mengu­rus(kan), mentadbir(kan), mengawal per­jalanan: engkau mesti mempelajari cara-cara ~ pertubuhan; beliau akan ~ syarikat tersebut bersama-sama dua orang lagi; terkendalikan dapat (berupaya) dikendalikan: persaingan yg tidak ~; kendalian 1. bahagian dlm sesuatu bidang kerja: kerja-kerja percetakan adalah ~ terakhir dlm proses penerbitan; 2. hasil per­buatan mengendalikan; pengendalian perihal mengendalikan (me­ngekang, menguasai, mengurus, dll); ~ harga pengawalan harga (supaya tidak dinaikkan dgn sesuka hati); pengendali pemimpin, pengurus, pentadbir.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersiungberbunyi siung (spt lebah terbang dll): di udara ~-siung peluru; peluru ~-siungan, me­riam dan bom tangan berdentuman mem­belah kesunyian.Kamus Dewan Edisi Keempat
penunangjampi atau ilmu yg memungkinkan seseorang dpt menembak dgn tepat: peluru ~ peluru berjampi yg tepat mengenai sasarannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersiung-siunganberbunyi siung (spt lebah terbang dll): di udara ~-siung peluru; peluru ~-siungan, me­riam dan bom tangan berdentuman mem­belah kesunyian.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersiung-siungberbunyi siung (spt lebah terbang dll): di udara ~-siung peluru; peluru ~-siungan, me­riam dan bom tangan berdentuman mem­belah kesunyian.Kamus Dewan Edisi Keempat
siung IIIbunyi spt bunyi lebah terbang (peluru melayang dll), dengung; bersiung, bersiung-siung, bersiung-siungan berbunyi siung (spt lebah terbang dll): di udara ~-siung peluru; peluru ~-siungan, me­riam dan bom tangan berdentuman mem­belah kesunyian.Kamus Dewan Edisi Keempat
petunang1 jampi yg dikenakan pd alat bunyi-bunyian supaya menimbulkan rasa kasih kpd orang yg mendengarnya. 2 = penunang jampi atau ilmu yg memungkinkan seseorang dpt menembak dgn tepat: peluru ~ peluru berjampi yg tepat mengenai sasarannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perancah Ikayu (buluh dll) yg dipasang sbg rangka utk tumpuan dll semasa mendirikan rumah (membuat tembok dll), aram-aram: ketika angkatan kami memanjat ~ itu utk masuk ke kota Melaka, kami dihujani oleh peluru-peluru.Kamus Dewan Edisi Keempat
petunang1 jampi yg dikenakan pd alat bunyi-bunyian supaya menimbulkan rasa kasih kpd orang yg mendengarnya. 2 = penunang jampi atau ilmu yg memungkinkan seseorang dpt menembak dgn tepat: peluru ~ peluru berjampi yg tepat mengenai sasarannya.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas