pelurut dawai | (Kej) alat utk menanggalkan penebat drpd dawai supaya penyambungan dapat dibuat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelurut | alat utk melurut: ~ daun pandan atau mengkuang yg telah dijemur kering; ~ dawai (Kej) alat utk menanggalkan penebat drpd dawai supaya penyambungan dapat dibuat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelucut dawai | pelurut dawai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelucut | alat utk melucutkan sesuatu; ~ dawai pelurut dawai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lurut I | ; melurut 1. memegang dgn jari dan mengurut: ~ rambut yg basah; ~ daun nipah; 2. melucutkan dgn jari (cincin dll); 3. memicit dgn jari utk melicinkan (kertas dll); 4. menceraikan biji-bijian drpd tangkainya: ~ padi utk makanan burung; 5. ki memetik hingga habis (buah-buahan); 6. ark mengopek (mengelupaskan) daging drpd tulang: sungguhpun tiada bergigi, dilurutnya daging ayam rebusan itu, dikunyah-kunyah ditelan, tinggal tulang juga; 7. mengalir (air sungai dll): spt air ~ atau mengalir ke laut; 8. berguling (pd bidang yg landai dll): sebiji guli ~ ke bawah tempat yg curam; lurutan perihal melurut; ~ bukan jepitan diambil banyak sekali (tidak diambil satu per satu tetapi dilurut); pelurut alat utk melurut: ~ daun pandan atau mengkuang yg telah dijemur kering; ~ dawai (Kej) alat utk menanggalkan penebat drpd dawai supaya penyambungan dapat dibuat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lucut I | ; melucut terlepas drpd pegangan (genggaman dll), luncur; melucuti 1. mengambil senjata drpd genggaman, merampas: mereka sendiri mahu dilucuti senjatanya; 2. ki melenyapkan atau merosakkan (maruah, kemuliaan, dsb): dia berhati-hati berkata-kata supaya tidak menyakitkan pendengaran, melukai perasaan atau ~ kemuliaan orang lain; negara itu telah dilucuti taringnya; melucutkan 1. menanggalkan (pakaian, perhiasan, dll), melepaskan (tali, ikatan, dll), meluluskan (gelang, cincin, dll): dgn gopoh, ia ~ pakaiannya; ~ orang drpd bahaya maut; gelang emas di tangan dilucutkannya; 2. ki menarik balik, mencabut balik, memansuhkan; ~ jawatan memberhentikan (drpd jawatan), memecat; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan; terlucut terlepas (drpd pegangan, genggaman, ikatan, dll): kayu itu ~ drpd genggamannya; orang berhutang tidak ~ drpd tanggungannya selagi hutang belum dijelaskan; perlucutan pelucutan; pelucutan perihal (proses, tindakan dsb) melucuti atau melucutkan: ~ senjata; ~ jawatan; ~ jawatan tindakan menarik balik (menggugurkan, membatalkan dsb) jawatan ygsedang disandang oleh seseorang, pemecatan; ~ senjata a) tindakan merampas atau menghapuskan senjata drpd seseorang atau sesuatu kumpulan; b) tindakan mengecilkan atau mengurangkan kekuatan angkatan bersenjata oleh sesebuah negara; pelucut alat utk melucutkan sesuatu; ~ dawai pelurut dawai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |