pemacu lalai(default drive) | Pemacu cakera yang akan digunakan oleh sistem jika pengguna tidak mengkhususkan pemacu yang perlu digunakan. | Kamus Komputer |
nama pemacu(drive name) | Nama yang diberikan kepada pemacu cakera komputer untuk membezakan pemacu dan juga untuk memudahkan pencapaiannya. | Kamus Komputer |
pemacu destinasi(destination drive) | Pemacu cakera yang akan menerima salinan data daripada proses penyalinan yang dilakukan terhadap cakera yang berada di pemacu sumber. | Kamus Komputer |
peranti pencuci kepala(head-cleaning device) | Peranti pembersihan yang digunakan untuk mencuci kepala baca/tulis pada pemacu cakera atau pemacu pita. | Kamus Komputer |
pemacu cakera | bahagian pd komputer tempat cakera dimasukkan utk membolehkan maklumat pd cakera tsb dibaca atau utk membolehkan maklumat disimpan pd cakera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemacu | 1 perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: Jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dlmnya. 2 faktor, unsur dsb yg memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb: Hasrat kerajaan adalah utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara. ~ cakera bahagian pd komputer tempat cakera dimasukkan utk membolehkan maklumat pd cakera tsb dibaca atau utk membolehkan maklumat disimpan pd cakera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemacu cakera | peranti perisian ingatan komputer yg digunakan utk menyimpan dan mendapatkan kembali data pd cakera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemacu | 1. faktor (unsur dsb) yg memacu (memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb): hasrat kerajaan utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara; syarikat itu diiktiraf sbg kuasa ~ yg membawa banyak kemajuan teknologi; 2. (Komp) perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dalamnya; ~ cakera peranti perisian ingatan komputer yg digunakan utk menyimpan dan mendapatkan kembali data pd cakera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemacu perkakasan(hardware driver) | 1. Atur cara yang digunakan untuk mengawal perkakasan. 2. Perkakasan yang digunakan untuk mengawal atau memberi kuasa kepada litar atau modul lain. | Kamus Komputer |
pemacu perisian(software driver) | 1. Atur cara yang bertugas untuk mengawal dan menukarkan data pemprosesan dalam bentuk yang sesuai untuk kegunaan peranti sokongan. Peralatan yang berbeza-beza memerlukan pacuan yang berasingan. 2. Perisian yang digunakan untuk menggerakkan perisian lain. | Kamus Komputer |