pemadaman | perbuatan memadamkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemadaman(blanking) | 1. Proses memadamkan paparan video. 2. Proses meninggalkan ruang dalam baris teks. | Kamus Komputer |
ingatan baca sahaja boleh atur cara boleh padam(erasable programmable read only memory) | Peranti ingatan baca sahaja yang corak bitnya boleh diaturcarakan dan boleh juga dipadamkan untuk membolehkan corak bit baru diaturcarakan. Pemadaman boleh dilakukan dengan mendedahkan cipnya kepada cahaya ultralembayung. Singkatan EPROM. | Kamus Komputer |
padam I | 1. tidak bernyala, tidak bersinar, tidak hidup (api, lampu, dll), mati: lampu-lampu rumah buruh ~ satu-satu; api yg meliuk-liuk lemah itu ~; 2. tenang semula (kemarahan, keinginan, semangat, dll), tidak bergelora lagi; tidak kunjung ~ tidak reda-reda (terus bergelora); 3. tidak berkecamuk lagi (pertempuran dll), reda, tenteram; 4. sudah hilang dahaga, hilang (hapus) atau luput sesuatu: rindunya tidak pernah ~; ~ nyawa (hayat) mati; di mana api ~, di sanalah puntung tercampak = ~ nyala tarik puntung prb di mana mati di situlah dikuburkan; memadamkan 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. menghilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; kepadaman 1. perihal padam: ~ lampu itu dgn sendirinya membuat aku berfikir tentang kematian; 2. mengalami sesuatu sebab padam; pemadaman perbuatan memadamkan; pemadam 1. = ~ api alat utk memadamkan api (kebakaran); 2. alat utk memadamkan tulisan di papan hitam dsb; getah ~ getah utk memadamkan tulisan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |