pemadat | orang yg suka menghisap madat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemadat | orang yg biasa (ketagih) menghisapmadat: orang yg ~ itu semuanya kurus kering. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghentak | alat pemadat tanah, antan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengudut | 1. penghisap rokok, pemadat; 2. = udutan sj paip utk menghisap candu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
madat | candu yg sudah dimasak. pemadat orang yg suka menghisap madat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
udut | ; mengudut menghisap rokok (candu dll): sambil ~ rokok, Kalisang meneruskan ceritanya; pengudut 1. penghisap rokok, pemadat; 2. = udutan sj paip utk menghisap candu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suruhan tanpa pengendalian(no operation instruction) | 1. Suruhan mesin yang sengaja digunakan untuk memberitahu pemproses untuk tidak membuat sebarang kerja berguna dan terus mengerjakan suruhan mengikut suruhan ini. Suruhan ini digunakan sebagai pemadat atur cara untuk menempah tempat bagi suruhan tambahan kemudiannya. 2. Sejenis suruhan semu yang digunakan untuk memisahkan rutin atau modul dalam atur cara. | Kamus Komputer |
madat I | 1. candu yg belum dimasak; minum ~ menghisap madat; rumah ~ tempat orang membeli dan menghisap madat; 2. segala jenis dadah (spt ganja, morfin, heroin, candu, dsb) yg disalahgunakan oleh penagihnya; bermadat menghisap madat; pemadatan 1. perihal menghisap madat; 2. Jk biasa melakukan sesuatu yg tidak sopan (kurang baik dll);pemadat orang yg biasa (ketagih) menghisapmadat: orang yg ~ itu semuanya kurus kering. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hentak | ; menghentak 1. memijak dgn kuat-kuat, merentak, menginjak (menumbuk dll) dgn keras: anak itu ~ lantai kerana tidak dapat wang; 2. menikam, menjolok, menusuk, meradak (dgn lembing dll): anjingnya luka dihentak orang; 3. = menghentak-hentak berdenyut-denyut (hati dll): hatinya ~ menunggu keputusan peperiksaan; menghentakkan, menghentak-hentakkan memijakkan, menumbukkan, merentakkan: ia ~ kasut tumit tingginya di atas lantai simen; ~ diri menjatuhkan diri; ~ kaki merentakkan kaki; hentakan hasil perbuatan menghentak atau menghentakkan: ia meninggalkan ruang itu dgn ~ kaki; penghentak alat pemadat tanah, antan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |