pemakan | 1 orang atau binatang yg memakan. 2 orang dll yg kuat makan atau yg suka makan: Adiknya yg sihat itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemakan upah | orang yg mengambil upah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemakan gaji | orang yg makan gaji; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemakan bawang | ki orang yg pemarah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemakan | 1. orang (binatang dll) yg memakan: binatang ini termasuk jenis binatang ~ daging; 2. apa yg digunakan utk jodoh makanan: lauk ~ nasi; kapur ~ sirih; se~ sirih sama lamanya dgn orang makan sirih; 3. orang yg suka makan: Ali memang ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
xilofaj | (Bio) serangga pemakan kayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakun | sj binatang kecil pemakan daging yg bermuncung panjang dan bulu ekornya kembang berbelang putih dan hitam, biasanya terdapat di kawasan hutan Amerika Utara dan Selatan, Procyon lotor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasar | Ar sj burung pemangsa dan pemakan bangkai, burung reng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lauk | 1. daging atau ikan (lwn sayur) yg dimakan dgn nasi, pemakan nasi drpd daging atau ikan: sedap benar ~ hari itu; ~-pauk bermacam-macam lauk; 2. Br ikan hidup; enak ~ dikunyah-kunyah, enak kata diperkatakan prb nasihat yg baik perlu diulang-ulang menyebutnya; lagi ~ lagi nasi prb makin kaya makin banyak sahabat; memberi ~ kpd orang membantai prb menolong orang yg tidak perlu ditolong; mencencang ~ tengah alat prb menceritakan cacat cela sendiri pd banyak orang; sebusuk-busuk ~ kalau dibasuh enak juga prb sebesar-besar perselisihan dapat diperdamaikan; berlauk ada lauk utk dimakan dgn nasi: tersangatlah susah hati Mak Andeh, teristimewa pula makan pun tiada ~ oleh ia pun di dlm pantang lagi; berlaukkan menggunakan sbg lauk: kami makan tadi ~ ikan sepat siam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencandu | ketagih (suka, gemar) akan sesuatu: apabila sudah termula, payah hendak meninggalkan ~ rokok ini; sejak orang ~ merantau ini, hidup berfamili cara dahulu menjadi rosak binasa; spt orang pemakan ~, dgn ~ sampai mati prb sesuatu kebiasaan itu payah hendak dihentikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |