pemakanan | perihal makan; hal-hal mengenai makanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemakanan | 1. jenis-jenis makanan yg lazimnya dimakan atau ditentukan utk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll: masalah salah ~ dan kekurangan vita-min masih lagi berleluasa di dunia moden hari ini; ~ yg tidak seimbang; ~ semasa hamil; 2. perbuatan (proses) makan: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuh manusia melalui proses ~ dan peminuman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makrobiotik | (bkn makanan atau pemakanan) yg bersumberkan biji-bijian penuh dan sayursayuran yg ditanam tanpa menggunakan bahan kimia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dietetik | /diététik/ kajian saintifik diet dan pemakanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dietetik | (diététik) kajian saintifik tentang diet dan pemakanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peminuman | perbuatan (proses) meminumair dsb: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuhmanusia melalui proses pemakanan dan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasein | /kaséin/ ist protein yg terdapat di dlm susu, yg banyak digunakan dlm industri pemakanan, terutama utk membuat keju. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sporozoa | (Bio) kumpulan protozoa parasit yang membiak dgn menghasilkan spora dan biasanya tidak mempunyai organ gerak alih atau organ pemakanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minum | = meminum 1. meneguk atau menelan sesuatu yg cair (air, susu, dll); 2. Id menghisap (rokok, candu, dll): janganlah engkau ~ madat, kerana itu mendatangkan bebe-rapa celaka dan kebinasaan; ~ serasa duri, makan serasa lilin, tidur tak lena, mandi tak basah prb seseorang yg sangat bersusah hati; meminumkan 1. memberi minum kpd: se-orang menyediakan makanan dan seorang lagi ~ air kepadanya dgn sepuas-puasnya; 2. menyuruh (meminta supaya) minum; ~ kuda; terminum 1. minum dgn tidak sengaja, telahatau sudah diminum; 2. boleh (dapat) diminum;minuman barang cair yg boleh diminum; ~keras minuman yg memabukkan;peminuman perbuatan (proses) meminumair dsb: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuhmanusia melalui proses pemakanan dan ~; peminum orang yg suka (gemar, ketagih) meminum minuman keras. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makan | 1 = memakan mengunyah sesuatu dan kemudian menelannya; memasukkan sesuatu ke dlm mulut utk ditelan (dihisap, dikulum dll): Ketika saya sampai, dia sedang ~ nasi. ~ sirih; ~ ubat. 2 apa-apa yg diperlukan utk hidup; rezeki: mencari ~. 3 dpt masuk atau dpt melukai (bkn pisau, paku dll); lut: Beberapa kali pun ditikamkannya, tidak juga ~. 4 dpt berfungsi spt yg ditentukan: Brek keretanya tidak ~. ~ angin pergi bersiar-siar utk berehat-rehat dll. ~ angkat suka dipuji atau suka disanjung. ~ darah a. mengambil keuntungan yg terlalu banyak atau berlipat ganda spt menjual dgn harga yg tinggi atau mengenakan bunga yg tinggi atas pinjaman wang. b. rosak hati atau rosak diri kerana sedih. ~ diri merosakkan diri sendiri. ~ duit (wang) a. menerima rasuah. b. menggunakan wang yg diamanahkan utk faedah sendiri. ~ gaji bekerja utk mendapat wang gaji atau upah. ~ garam telah lama hidup dan banyak mempunyai pengalaman. ~ hati terlalu sangat berdukacita atau menderita. ~ pencen hidup dgn menerima pencen. ~ ransum makan beramai-ramai dlm masa yg ditentukan. ~ riba (bunga) mengenakan bunga yg tinggi atas pinjaman yg dikeluarkan. ~ sorong, = ~ suap menerima rasuah. ~ sumpah, = dimakan sumpah ditimpa bencana kerana tidak mematuhi sumpah. ~ tanah a. tersangat miskin. b. jatuh tersungkur ke tanah. ~ tanggung segala makanannya ditanggung oleh orang lain. ~ tidur hidup dgn tidak membuat apa-apa kerja. ~ tuan merosakkan tuannya sendiri (bkn senjata). memakan, = makan 1 memasukkan sesuatu ke dlm mulut serta dikunyah dan ditelan: Orang Islam diharamkan ~ daging babi. 2 menggunakan atau menghabiskan masa (wang, tenaga dll); mengambil: Pembinaan rumah itu telah ~ masa satu tahun. 3 membuat sesuatu menjadi rosak, haus dll: Mata pisaunya habis dimakan karat. termakan 1 dpt dimakan; habis dimakan: Padinya banyak sehingga tidak ~ oleh keluarganya. 2 memakan sesuatu dgn tidak sengaja: ~ racun. 3 ki dpt diterima akal: Kata-katanya itu ~ juga oleh para hadirin. ~ budi telah menerima pertolongan atau kebaikan seseorang. ~ bulan telah melangkaui atau melewati sesuatu tempoh (masa) yg ditentukan. makanan apa-apa (spt nasi, buah-buahan) yg boleh dimakan: Barang-barang ~ dpt dibeli dgn murah. ~ seimbang makanan yg mempunyai segala zat makanan (spt protein, vitamin) yg cukup yg diperlukan oleh badan atau utk kesihatan. pemakanan perihal makan; hal-hal mengenai makanan. pemakan 1 orang atau binatang yg memakan. 2 orang dll yg kuat makan atau yg suka makan: Adiknya yg sihat itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |