radio | 1. pemancaran (penghantaran, pengiriman, siaran) bunyi dll menerusi udara: baginda akan berucap kpd rakyat melalui ~; 2. = pemancar ~ tempat memancarkan bunyi dll menerusi udara, tetuang udara: warta berita dr ~ Malaysia; Jepun dgn perantaraan ~nya beberapa kali memberitakan kapal itu tenggelam; 3. = pesawat ~ = peti ~ alat perkakas utk menerima (menangkap) siaran menerusi udara: dr ~nya terdengar lagu-lagu instrumental yg lembut; kereta ~ kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ transistor radio kecil yg mudah dibawa ke mana-mana; meradiokan menghebahkan (mengumumkan, menyiarkan) melalui radio. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
radio | 1 siaran bunyi dll menerusi udara: Sambil duduk-duduk minum kopi, beliau mendengar ~. 2 = pemancar ~ pesawat yg digunakan utk memancarkan bunyi melalui udara: Kami mendengar berita itu dr ~ Republik Indonesia, Jakarta. 3 = peti (pesawat) ~ alat utk menerima bunyi yg dipancarkan melalui udara: ~nya rosak. ~ transistor radio yg menggunakan transistor atau yg dilengkapi transistor. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemancar radio | tempat memancarkan bunyi dll menerusi udara, tetuang udara: warta berita dr ~ Malaysia; Jepun dgn perantaraan ~nya beberapa kali memberitakan kapal itu tenggelam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemancar radio | pesawat yg digunakan utk memancarkan bunyi melalui udara: Kami mendengar berita itu dr ~ Republik Indonesia, Jakarta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
radio | 1 siaran bunyi dll menerusi udara: Sambil duduk-duduk minum kopi, beliau mendengar ~. 2 = pemancar ~ pesawat yg digunakan utk memancarkan bunyi melalui udara: Kami mendengar berita itu dr ~ Republik Indonesia, Jakarta. 3 = peti (pesawat) ~ alat utk menerima bunyi yg dipancarkan melalui udara: ~nya rosak. ~ transistor radio yg menggunakan transistor atau yg dilengkapi transistor. | Kamus Pelajar |
pemancar | 1. yg memancarkan: alat ~; stesen ~; 2. alat yg memancarkan (bunyi, cahaya, dll): ~ air; ~ radio. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tetuang | sj alat bunyi-bunyian (dibuat drpd buluh, tanduk, dll) yg ditiup utk memberi isyarat dll; ~ udara ark alat pemancar radio; ® tuang-tuang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantul | ; memantul 1 berbalik kembali apabila dilontarkan ke benda-benda keras; mengambul; menganjal. 2 berbalik tanpa menembusi sesuatu objek atau permukaan (bkn cahaya, bunyi dsb). 3 ki melonjak semula (bkn harga saham dsb): Pasaran ~ dan mencecah paras selesa. memantulkan menyebabkan sesuatu memantul: Gelombang radio dihantar ke bulan oleh alat pemancar dan dipantulkan semula ke bumi. pantulan 1 gerakan memantul: ~ bola. 2 gerak balas yg menganjal terhadap rangsangan. pemantulan proses, perbuatan dsb memantul atau memantulkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pancar | keturunan, anak cucu: ~ drpd anak cucu bagindalah segala raja-raja di Pasai itu turun-temurun; ~ gas Id pancutan gas, jet (yg menggerakkan kapal terbang): pesawat terbang ~ gas; sepancar ki seketurunan, sejenis, seasal: bahasa Melayu ialah bahasa yg mesra dan ~ dgn kejadian dirinya; berpancaran keluar ke sana sini (berbagai-bagai hala), berpancutan: air ~ dr paip rosak itu; memancar 1. keluar memancut dgn deras (bkn air dsb); 2. mengeluarkan cahaya terang, bersinar terang: matahari belum kelihatan ~; sebuah lampu suluh kelihatan ~ cerah; memancarkan 1. memancutkan atau memancurkan deras-deras (air, minyak, dll): di sana sini mata air ~ air yg jernih; 2. mengeluarkan sinar (cahaya): bulan mulai mengambang di langit sebelah timur dan ~ cahayanya yg gemilang; 3. mengirim atau menyiarkan (haba, bunyi, cahaya, dll), mengeluarkan (sesuatu): bunyi hanya boleh dipancarkan melalui jirim; nyanyian yg dipancarkan oleh Radio Malaysia; 4. melahirkan, memperanakkan, menurunkan (keturunan); terpancar 1. keluar memancar (memancur, memancut), dipancarkan: maka air susu Minuram Dewi pun ~; cahaya itu harus ~ balik dr muka benda itu; 2. ki terbit: dr mulut dia ~ kalimat itu; harapan yg ~ dlm hati; 3. terlahir, keluar (anak); pancaran 1. yg dipancarkan atau terpancar (cahaya, haba, bunyi, air, dll), yg dikeluarkan (diterbitkan dsb): ~ cahaya dr lampu menyinari mukanya; ~ air paip air yg memancarkan (mengeluarkan) air; 2. siaran; ~ radio siaran radio; 3. gambaran, bayangan: sastera ialah ~ kehidupan; 4. keturunan; pemancaran perihal memancarkan: ~ bunyi atau gambaran; pemancar 1. yg memancarkan: alat ~; stesen ~; 2. alat yg memancarkan (bunyi, cahaya, dll): ~ air; ~ radio. | Kamus Dewan Edisi Keempat |