pemangsa | binatang yg memakan binatang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemangsa | binatang yg memakan binatang lain: harimau termasuk salah seekor bina-tang jenis ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
burung pemangsa | burung yg makan binatang lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
falkon | sj burung pemangsa drpd famili Falconidae yg terbang pantas dan boleh dilatih utk memburu burung dan haiwan kecil lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasar | Ar sj burung pemangsa dan pemakan bangkai, burung reng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lang I | sj burung pemangsa dlm famili Accipitridae; ~ barat = ~ kepala putih, Circus aeruginosus; ~ belalang burung rajawali, Microhierax caerulescens; ~ berjambul, Spilornis cheela; ~ gunung, Spizaetus nipalensis; ~ hitam, Ictinaetus malayensis; ~ ikan, Heliaeetus leucoryphus; ~ jambul = ~ malam, Machaerhamphus alcinus; ~ kanguk, Icthyophaga spp.; ~ laut = ~ putih = ~ siput, Heliaeetus leucogaster; ~ lebah, Pernis apivorus; ~ merah = ~ tembikar, Haliastur indus; ~ rintik, Bustatur indicus; ~ sewah = ~ tikus, Elanus caerulens; ~ sikap, Accipiter trivirgatus; ~ tiram, Pandion haliaetus; burung ~ ling sj burung, Anthracoceros malabaricus; ~ menerap buaya prb pemuda yg merenggut bunga drpd sanggul seorang gadis; ~ pungguk ~ berikan, tidur siang berjaga malam prb orang jahat (pencuri) yg tidur siang dan berjaga malam; di tempat tiada ~, kata belalang, akulah ~ = tak ~ si pungguk menjadi ~ prb di tempat tiada orang yg pandai si bodoh mengaku dirinya cerdik; pantang ~ dgn ayam lambat-laun disambar juga prb dikatakan bkn sesuatu yg tidak baik apabila diperdekatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kondor II | sj burung pemangsa yg besar yg gemar memakan bangkai binatang, terdapat terutamanya di Amerika Selatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepatung | beberapa jenis serangga pemangsa yg mempunyai badan yg panjang, mata yg besar dan dua pasang kepak yg mengembang apabila hinggap; sibur-sibur, Anax junius; Plathemis lybia dll. | Kamus Pelajar |
dakwat | 1. cecair berwarna (merah, hitam, dsb) yg digunakan utk menulis, tinta; ~ emas tinta berwarna emas; 2. cecair berwarna hitam yg dikeluarkan oleh sotong, kurita, dll (utk menyembunyikannya drpd pemangsa); bagai ~ dgn kertas prb tidak pernah bercerai (spt suami isteri yg saling mencintai); berdakwat 1. ada atau berisi dakwat: pen saya tidak ~; 2. dilumuri dakwat; alang-alang ~ biarlah hitam prb berbuat sesuatu jangan alang kepalang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
burung I | 1. binatang berbulu, berkaki dua, bersayap (biasanya dapat terbang), unggas: ~ berkik; ~ dara; ~ gereja; ~ hantu; 2. ki kemaluan laki-laki (biasanya dipakai utk kanak-kanak); ~ bedil Kl pelatuk (alat penjentik peluru); ~ beo Id a) tiung; b) orang yg bercakap menurut kata orang; ~ pemangsa burung yg makan binatang lain; (bagai) ~ serindit dikatakan kpd orang yg memakai pakaian yg sangat hijau; ~ timang Kl anak kesayangan; ~ gagak itu jikalau dimandikan dgn air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih warnanya prb orang yg sudah bertabiat jahat tidak dapat dibaiki lagi; ~ terbang dipipiskan lada prb belum tentu lagi diperoleh sesuatu, sudah direka-reka akan gunanya; ~ yg liar jangan dilepaskan, khabar yg mustahil jangan didengarkan prb jangan dipercayai khabar yg tidak diketahui dgn sah kebenarannya; dengarkan cerita ~, anak di pangku dilepaskan prb meninggalkan urusan sendiri utk mengurus hal orang lain; harapkan ~ terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan prb kerana mengharapkan keuntungan besar yg tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; ibarat ~, mata lepas badan terkurung prb walaupun terpelihara baik, tetapi tidak mempunyai kebebasan; ibarat ~, mulut manis jangan dipakai prb kata yg manis-manis selalu mengandungi semu (orang yg bodoh lekas terpengaruh olehnya); kuat ~ kerana sayap prb tiap-tiap orang mempunyai kekuatannya sendiri; laksana ~ diam dlm sangkar prb hal seseorang yg tiada bebas; membadai ~ atas langit, merendah diharap jangan prb janganlah mengharap-harap benda yg susah didapat itu; satu sangkar dua ~ prb dua orang perempuan memperebutkan seorang laki-laki; umpama ~, tumpang beramai kawan yg banyak prb orang dagang itu tiadalah tetap hatinya di negeri orang;burung-burungan burung buatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |