pemarasan | perihal (proses, perbuatan dsb) memaras. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paras II | 1. rata, tidak tinggi rendah; 2. aras, had: berendam sehingga ~ lutut; ~ raksa pd jangka suhu ini sentiasa menunjukkan suhu yg tertinggi; separas 1. sama paras (dgn), sama rata (dgn), sampai ke: tingginya ~ bahu Karim; ia mengangkat senapangnya ke atas, ~ pinggang; 2. sama banyak (dgn), seimbang (dgn): sedapat-dapatnya biarlah ~ dgn kemampuannya; perbadanan ini mengaku akan menebus balik dgn bayaran ~; memaras menjadikan rata, memotong supaya rata: bahagian atas timun itu telah diparas; ~ janggut mencukur janggut rata-rata; parasan permukaan: bahagian-bahagiannya timbul dr ~ air; pemarasan perihal (proses, perbuatan dsb) memaras. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggul I | 1. pangkal pokok kayu yg masih tertinggal dlm tanah (setelah ditebang): ia duduk di atas sebuah ~ kayu; ~ punggur pangkal batang kayu yg sudah mati; 2. batang padi (lalang dll) yg tertinggal setelah dituai atau disabit: ~ padi; 3. pancang, tongkat (utk menambatkan perahu dll); ~ kayu ditarah pelicin, (dia) elok juga, jangankan manusia = ~ itu kalau dipakai, elok juga prb perempuan yg buruk itu akan cantik juga kelihatannya apabila diberi pakaian yg elok; ~ terbakar di tengah huma prb rupa seseorang yg sangat hitam; berunding dgn ~ prb perihal menanyai dan memberi nasihat kpd seseorang yg hanya mendiamkan diri (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan); bertunggul ada tunggulnya; ~ pemarasan prb pekerjaan yg tidak sempurna; penunggul kayu yg agak berat tempat menambatkan kerbau dll (supaya jangan pergi jauh); ~ gobek kayu utk mengeluarkan sirih dlm gobek; kayu ~ tonggak pd empang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |