pembahagian | 1 hal (cara, perbuatan dsb) membahagi atau membahagikan: Dasar Ekonomi Baru mementingkan ~ pendapatan dan peluang yg sama antara kaum. 2 hitungan membahagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembahagian | perihal membahagi(kan): dlm ~ itu Si Tenggang tidak ketinggalan drpd mendapat habuannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembahagian data(data division) | Proses yang dilakukan untuk membahagi-bahagikan data yang terkumpul. | Kamus Komputer |
pembahagian | 1. hal (cara, perbuatan dsb) membahagi atau membahagikan: Dasar Ekonomi Baru mementingkan ~ pendapatan dan peluang yg sama antara kaum. 2 .hitungan membahagi. | Kamus Pelajar |
stratifikasi | pembahagian masyarakat kpd beberapa lapisan atau kelas yg berlainan, susun lapis masyarakat, pembahagian kpd atau pembentukan strata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
stratifikasi sosial | pembahagian masyarakat kpd beberapa lapisan atau kelas yg berlainan, susun lapis masyarakat, pembahagian kpd atau pembentukan strata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengagihan | perbuatan dsb mengagihkan, pembahagian: harta yg diketepikan oleh pemilik itu dipegang dlm bentuk amanah bagi ~ berterusan kpd penerima; ~ kuasa pembahagian dan penentuan (bidang kuasa) kpd golongan-golongan tertentu dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rezeki | Ar 1. segala sesuatu yg dikurniakan oleh Allah utk keperluan rohani dan jasmani, mis makanan, ilmu dsb; ada nyawa (umur) ada ~ selama masih hidup tentu mendapat makanan; itu bukan ~ saya itu bukan utk saya (makanan dll); memberi ~ a) memberi makanan (nafkah); b) membawa keuntungan (kemujuran); 2. ki pendapatan, penghasilan, pencarian (wang dll utk sara hidup); kehilangan ~ kehilangan mata pencarian; mencari ~ mencari makan, mencari penghidupan (dgn berusaha dll); mendapat ~ a) mendapat makanan (penghidupan dll); b) mendapat untung (laba), mujur; putus ~ kehilangan pencarian; 3. peluang utk beroleh makanan dll, keuntungan, perolehan; bukan ~ bukan habuan (untung) seseorang; dekat ~nya cepat (mudah) mendapat untung; jauh ~nya sulit (susah) mencari untung; kalau ada ~ kalau ada wang (habuan, kemudahan, untung); mudah-mudahan dimurahkan ~nya mudah-mudahan banyak (mudah) mendapat keuntungan dll; naik ~nya semakin bertambah keuntungannya; orang makan gaji, umur panjang ~ beragakkan Mn orang makan gaji, umur panjang tetapi perolehannya terhad; pembahagian ~ pembahagian keuntungan dll; perebutan ~ perebutan keuntungan dll; ~ batin sesuatu yg berfaedah utk batin, makanan rohani (jiwa); ~ harimau ki sewaktu ada makanan banyak dan berjenis-jenis; ~ jangan ditolak untung jangan dibuang (dibiarkan terlepas); ~ mahal susah mencari penghidupan, jarang mendapat keuntungan; ~ mata sesuatu yg sedap dipandang; ~nya meninggi mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ merendah semua yg diusahakannya itu menguntungkannya; ~ murah selalu mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ yg halal pendapatan dll yg halal (bukan dgn penipuan dll); ~ elang tak akan dapat (dimakan) oleh musang (burung pipit) prb semua orang ada kemujurannya masing-masing, keuntungan seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain; merezekikan memberikan rezeki: mereka tidak direzekikan dgn gugur syahid di medan jihad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
trikotomi | pembahagian kpd tiga kategori. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dikotomi | pembahagian (pemisahan) antara dua kumpulan (kelompok dll) dlm sesuatu hal yg saling bertentangan: dasar tadi menyebabkan kita selalu berfikir secara ~; ~ ini tidak terbatas kpd dunia sastera dan budaya, malah menyebar ke seluruh lapangan kehidupan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |