Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu yg membaik biak: walau bagaimanapun, keadaan semula jadi telah lama memainkan peranannya sbg ~ tumbuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembaik biak


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pembaik biaksesuatu yg membaik biak: walau bagaimanapun, keadaan semula jadi telah lama memainkan peranannya sbg ~ tumbuhan.Kamus Dewan Edisi Keempat
baik biak; membaik biak memperbanyak (tanaman, haiwan) serta memperbaiki mutunya; pembaikbiakan perihal (usaha dsb) membaik biak: teknik baru boleh dimajukan utk memperoleh hasil yg lebih tinggi bagi tiap-tiap satu hektar tanah melebihi proses ~ tumbuhan; pembaik biak sesuatu yg membaik biak: walau bagaimanapun, keadaan semula jadi telah lama memainkan peranannya sbg ~ tumbuhan.Kamus Dewan Edisi Keempat
baik1. tidak jahat kelakuannya: Embung kanak-kanak yg ~ dan rajin belajar. 2. tidak ada cacatnya; bagus; elok: Jangan dibuang dodol itu kerana masih ~ dan boleh dimakan. 3. pulih drpd sakit; sembuh: Lukanya sudah ~. 4. tidak sakit; sihat: Kami sekeluarga ~ belaka. 5. kata utk menyatakan bersetuju atau sanggup berbuat sesuatu; ya: “Ali, tolong ambil buku itu!” “~, mak”. baik-baik 1. terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat:orang ~. 2. dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3. hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. berbaik 1. berlaku baik (terhadap seseorang); tidak bermusuhan: Aku tidak ingin ~ dgn orang yg suka membuat fitnah spt dia. 2. berdamai kembali (setelah berkelahi):Jangan turut campur dlm hal anak-anak, hari ini mereka berkelahi, esok lusa ~ kembali. berbaik-baik saling berlaku baik (antara beberapa orang): Kita hendaklah hidup ~ antara satu dgn yg lain. membaiki membetulkan apa-apa yg rosak, salah dsb: Pekerja-pekerja dr Jabatan Kerja Raya sedang ~ jambatan yg roboh. membaikkan membuat supaya baik kembali (bkn kesihatan);menyembuhkan: Ubat ini dpt ~ penyakit anda. memperbaik membuat supaya menjadi lebih baik (bagus, rapi dsb): Setiap orang harus berusaha ~ nasibnya. memperbaiki berbuat baik kpd; melakukan selayaknya kpd: Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. kebaikan 1. perbuatan yg baik; sifat-sifat yg baik: Atas ~ dan kemurahan hatimu, aku mengucapkan terima kasih. 2. faedah; guna: Pihak pemerintah telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan utk ~ rakyat. perbaikan 1. hasil memperbaik: ~ kesihatan rakyat; ~ gaji. 2. hal atau keadaan berbaik kembali: Perselisihan antara kedua-dua pihak itu akhirnya mencapai ~ juga. pembaikan hal atau perbuatan membaiki atau membaikkan: Kerja-kerja ~ jalan raya yg rosak itu memerlukan biaya yg banyak. sebaik 1. sama baiknya: Rumah yg kita lihat tadi tidak ~ yg ini. 2. pd ketika; baru saja; demi: Semua bendera dikibarkan separuh tiang ~ berita kemangkatan baginda diterima. sebaiknya semestinya; sepatutnya: ~, kita berbincang dulu sebelum bertindak. pembaik orang yg kerjanya membaiki sesuatu: Bapa saya bekerja sbg ~ kereta di Syarikat Volvo di Jalan Syed Putra. baik biak; membaik biak ist meninggikan mutu dan membanyakkan hasil (ttg tanaman dan binatang ternakan). baik pulih; membaik pulih memeriksa dgn teliti utk membaiki atau utk memulihkan keadaan sesuatu alat (terutamanya kenderaan, jentera dsb).Kamus Pelajar

Kembali ke atas