pembatal | sesuatu yg membatalkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembatal | (sesuatu) yg membatalkan; kuasa ~ kuasa yg membatalkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembatal | sesuatu yg membatalkan. | Kamus Pelajar |
kuasa pembatal | kuasa atau hak menolak (membatalkan) sesuatu keputusan (yg telah dicapai oleh pihak lain) atau undang-undang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampukan pembatal(override interrupt) | Sampukan yang mempunyai keutamaan yang lebih tinggi dan boleh membatalkan sampukan yang sedang dilayan. Biasanya sampukan ini tidak boleh dicacatkan atau ditahan. | Kamus Komputer |
hak veto | hak membatalkan sesuatu keputusan, kuasa pembatal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hak membatalkan | hak utk membatalkan (memansuhkan) keputusan yg telah dicapai dgn suara terbanyak, kuasa pembatal, kuasa veto; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batal | 1. tidak sah, tidak berlaku lagi, mansuh: sah ~ terserah pd lembaga; kerana dia tersentuh suaminya, air sembahyangnya ~; 2. tidak jadi, gagal, tidak berhasil: niatnya hendak pulang ~ kerana kematian anaknya; 3. tidak sah diperlakukan, tidak laku lagi (bkn cek, tiket, dsb);membatalkan 1. menyatakan tidak sah (berlaku lagi): Parlimen berhak ~ undangundang; 2. meniadakan, menggagalkan, mengurungkan: Amerika Syarikat ~ bantuannya kpd negara-negara yg prokomunis;terbatal dibatalkan: perjanjian itu dianggap tidak sah atau ~ jika syarat-syarat yg ditetapkan tidak dipatuhi;pembatalan perihal (tindakan, perbuatan, dsb) membatalkan: Parlimen menyetujui ~ undang-undang itu; pembatal (sesuatu) yg membatalkan; kuasa ~ kuasa yg membatalkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batal | 1 tidak diakui sah; tidak berlaku lagi: Jika orang yg sedang berpuasa menghisap rokok, maka ~lah puasanya. 2 tidak jadi diteruskan; tidak berhasil; gagal: Cita-citanya hendak mendaki Gunung Tahan ~ kerana musim tengkujuh. membatalkan 1 menyebabkan jadi batal: Ali, cuba awak sebut perkara-perkara yg ~ puasa. 2 menyatakan tidak sah atau tidak berlaku lagi; memansuhkan: Hanya parlimen saja yg boleh ~ sesuatu undang-undang. 3 menyatakan tidak jadi diteruskan; membuat supaya tidak jadi: Amerika telah ~ bantuannya kpd negara-negara yg bermusuh dgnnya. terbatal sudah batal atau dibatalkan: Kontrak itu ~ jika syarat-syaratnya tidak dipatuhi. pembatalan hal atau perbuatan membatalkan. pembatal sesuatu yg membatalkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hak | 1. (yg) benar, kebenaran: katakanlah yg ~ walau pahit sekalipun; ajaran-ajaran yg ~ ajaran-ajaran yg benar; ilmu ~ taala ilmu kebenaran (ilmu mengenai sifat Tuhan); 2. kuasa atas sesuatu atau utk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dll): tiap-tiap anak ada ~ atas harta pusaka peninggalan bapanya; ia mempunyai ~ mempertahankan dirinya drpd serangan dan cacian; 3. milik, kepunyaan: ~ orang jangan diambil; setelah ayahnya meninggal segala harta itu menjadi ~nya; 4. yg (mana satu): awak mahu ~ itukah atau ~ ini?; berilah saya ~ merah itu; ~ amendmen hak mencadangkan pemindaan undang-undang; ~ asasi hak yg dasar atau pokok (spt hak bebas mengeluarkan pendapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dll); ~ cipta hak penguasaan yg dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian drpd hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll); ~ dipilih hak utk dipilih (dlm pilihan raya) utk menjadi wakil rakyat (ahli Parlimen); ~ istimewa hak yg diberi kpd kaum (golongan) tertentu sahaja; ~ kuasa hak utk menguasai (menentukan nasib dll); ~ kuasa ibu pertalian kekeluargaan dan pembahagian harta menurut nisab perempuan; ~ luar semangat hantu yg masuk ke dlm tubuh seseorang; ~ membatalkan hak utk membatalkan (memansuhkan) keputusan yg telah dicapai dgn suara terbanyak, kuasa pembatal, kuasa veto; ~ mengundi hak utk mengundi kerana memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ mutlak hak yg penuh ke atas sesuatu (hak yg tidak terbatas, bersyarat, atau berkecuali); ~ pengarang hak cipta; ~ pilih Id hak utk memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ politik hak mencampuri hal-hal dan urusan-urusan politik (spt giat dlm parti politik, menjadi calon dlm pilihan raya, dll); ~ pusaka harta yg dipusakai turun-temurun; ~ sivil hak warganegara utk mendapat layanan sama rata, mis utk mengundi atau mendapat pekerjaan; ~ teradjudikasi (Udg) hak yg telah diiktiraf dlm prosiding kehakiman dan pentadbiran; ~ veto hak membatalkan sesuatu keputusan, kuasa pembatal; kalau tiada ~ sendiri, anak mata terdiri-diri prb kalau kita tidak berwang tidaklah dapat memiliki atau menikmati sesuatu dan terpaksalah merasa hampa sahaja; berhak mempunyai hak, mempunyai kuasa (atas sesuatu): seseorang anak ~ mewarisi harta peninggalan ayahnya; sifat Siddiq inilah yg menjamin bahawa hak dikembalikan kpd yg ~; mengehakkan memberi hak kpd, menentukan hak atas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |