pembawaan | 1 perbuatan (hal, cara dsb) membawa atau membawakan. 2 sifat (tabiat dsb) seseorang sejak lahir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembawaan | 1. = bawaan sifat semula jadi: susah hendak mengubah ~ semula jadi; 2. perihal membawa: ~ barang-barang itu dilakukan pd malam hari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembawaan | 1. perbuatan (hal, cara dsb) membawa atau membawakan. 2. sifat (tabiat dsb) seseorang sejak lahir. | Kamus Pelajar |
pengangkutan | pembawaan (barang-barang dll) dr satu tempat ke tempat lain: ~ barang-barang itu harus didahulukan; ~ awam sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harta bawaan (pembawa, pembawaan) | harta yg dibawa pd ketika berkahwin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naluri | tabiat yg menjadi pembawaan; dorongan hati yg menggerakkan seseorang utk berbuat sesuatu: Sekalian binatang mempunyai ~ utk makan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
oleh-oleh | (oléh-oléh) pembawaan drpd berpergian, buah tangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lagak | 1. gaya atau pembawaan (yg menunjukkan keangkuhan, kesombongan, dll), tingkah laku dan tutur kata (yg menunjukkan kesombongan: ~nya spt orang kaya; 2. gaya, tingkah laku: ia menangis ~ anak yg dipukuli ibunya; ~ bahasa gaya bahasa (kata dan pengucapannya); ~ lagam ark, ~ lagu pembawaan dan tutur bahasa; berlagak 1. berperasaan besar diri, bersikap angkuh: orang Wan Umar telah ~ sombong dgn kemewahan wang yg didapati drpd Kapitan Cina; ~ spt orang besar; 2. melakukan diri spt, berlaku spt: dia ~ tidak tahu; ~ bodoh; melagak 1. membuat diri spt, berlagak: Rashid sewaktu-waktu masih ~ spt Jepun; 2. membuat orang lain berasa takut, menakutnakuti, menggertak: pegawai itu tiada lain hanya hendak ~ orang miskin itu; melagakkan memperlihatkan kesombongan, menyombongkan: tiada sesuatu yg hendak dilagakkan; pelagak 1. orang yg suka berlagak; 2. ark barang pakaian utk berhias. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabii | mengikut sifat (keadaan, pembawaan dll) yg asli atau yg semula jadi. | Kamus Pelajar |
naluri | tabiat yg menjadi pembawaan; dorongan hati yg menggerakkan seseorang utk berbuat sesuatu: Sekalian binatang mempunyai ~ utk makan. | Kamus Pelajar |