pembayar | 1 orang yg membayar atau membayarkan. 2 wang dsb utk membayar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembayar | 1. orang yg membayar: pemerintahlah ~ segala wang belanja selama aku belajar; ~ cukai; 2. wang (harta dll) yg digunakan utk membayar: wang ~ hutang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembayar | 1. orang yg membayar atau membayarkan. 2. wang dsb utk membayar. | Kamus Pelajar |
cukai tak langsung | cukai yg dibayar oleh pembayar cukai melalui pembelian barang atau perkhidmatan (mis cukai jualan, cukai eksais, cukai import, cukai eksport, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cukai langsung | cukai yg dikenakan terus kpd pembayar cukai yg akan menjelaskannya kpd kerajaan (mis cukai pendapatan dan cukai laba harta tanah); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wang kembali | wang baki kerana bayaran yg berlebihan (yg harus dipulangkan kpd pembayar), wang kelebihan: Encik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alah I | kalah, tewas: tidak diketahui siapa yg ~ dan siapa yg menang; ~ bisa tegal (kerana) biasa prb segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa; ~ limau oleh benalu prb orang yg lama terdesak oleh orang yg baru; ~ mahu bertimbang enggan, cungkil merih akan pembayar prb dikatakan kpd orang yg tidak menepati janji hingga bergaduh; ~ membeli menang memakai prb tidak apalah mahal sedikit harganya, asal barang itu kuat (tahan dsb); ~ menang tak tahu, bersorak boleh prb dikatakan kpd orang yg tidak tahu selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yg akan kalah; ~ sabung menang sorak prb biarpun kalah, namun cakap masih besar; tak bertepat janji, tak berteban taruh, tak bertangkap, mengamang-ngamang ~ di darat sahaja prb peperangan (atau perkelahian) yg tidak mempunyai tipu daya akan alah percuma sahaja; beralah, mengalah tidak mahu mempertahankan (hak, pendirian, dll), dgn sengaja (atau pura-pura) kalah: tidak semestinya orang yg ~ itu kalah; beralahan; tidak ~ tidak ada yg kalah (dlm pertandingan), seri; mengalahi 1. mengalah kpd; alah-~ saling mengalah; 2. menaklukkan, mengatasi: suratan ~ segala-galanya; mengalahkan menaklukkan, menundukkan, melebihi: dgn kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya; teralahkan dapat atau boleh dialahkan: memang bapak anak jantan tak ~ badai; alahan 1. yg sudah dialahkan; 2. biasa kalah; 3. kekalahan apabila (sewaktu) berjudi; kealahan perihal alah, kekalahan, ketewasan; peralahan kemenangan, perampasan; pengalahan perihal (perbuatan) mengalahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cukai | 1. bayaran (bea, sumbangan) yg dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan (perbadanan, syarikat, barang-barang, dll) utk perbelanjaan negara dll: ~ belian; ~ eksport; 2. = cuke Id bahagian drpd hasil tanah persendirian yg dikutip oleh tuan tanah; ~ belian cukai tak langsung yg dikenakan terhadap harga borong barang tertentu yg bukan barang perlu, biasanya dibayar oleh pengguna kpd peruncit yg akan membayar cukai kpd kerajaan; ~ eksport cukai yg dikenakan ke atas barang yg dieksport; ~ hiburan cukai yg dikenakan terhadap sesuatu bentuk hiburan (spt kelab malam, pawagam, dsb); ~ jalan cukai yg dikenakan terhadap kenderaan darat bermotor; ~ jualan cukai yg dikenakan terhadap barangan yg dijual yg bebannya terletak secara langsung pd pembeli; ~ korporat cukai syarikat; ~ laba harta tanah cukai terhadap laba drpd penjualan harta tanah; ~ langsung cukai yg dikenakan terus kpd pembayar cukai yg akan menjelaskannya kpd kerajaan (mis cukai pendapatan dan cukai laba harta tanah); ~ pelindung cukai atas barang-barang import utk melindungi barangbarang tempatan (utk mengelakkan persaingan yg boleh mengancam pengeluaran barang-barang tempatan); ~ pendapatan cukai yg dikenakan terhadap pendapatan; ~ perkhidmatan cukai yg dikenakan pd barang spt makanan dan minuman, atau perkhidmatan yg disediakan oleh perniagaan tertentu spt hotel, kelab malam, pusat kesihatan, dll; ~ pintu cukai yg dikenakan terhadap pemilik rumah; ~ progresif cukai yg kadar puratanya semakin tinggi apabila pendapatan seseorang semakin tinggi; ~ regresif cukai yg kadar puratanya semakin rendah apabila pendapatan seseorang semakin tinggi; ~ syarikat cukai yg dikenakan terhadap (keuntungan) syarikat; ~ tak langsung cukai yg dibayar oleh pembayar cukai melalui pembelian barang atau perkhidmatan (mis cukai jualan, cukai eksais, cukai import, cukai eksport, dll); ~ tanah cukai yg dikenakan atas pemilikan tanah; ~ tersembunyi cukai tak langsung yg dibayar oleh pengguna dgn menaikkan harga barang yg dijual tanpa pengetahuan pengguna; ~ warisan cukai yg dikenakan terhadap orang yg menerima harta pusaka; bercukai dikenakan cukai: barang ~; mencukai mengenakan cukai terhadap, mengutip cukai drpd: negara boleh mendapat wang dgn ~ orang ramai; percukaian yg berkaitan dgn cukai: spt biasa, struktur ~ paling menarik perhatian di kalangan rakyat jelata; pencukaian 1. perbuatan (prinsip dsb) mencukai, pengenaan cukai terhadap: ~ secara langsung mempengaruhi kehidupan manusia; 2. yg berkaitan dgn cukai-mencukai: karya asli dlm bidang ~ di Malaysia yg pertama ditulis dlm bahasa Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kembali | 1. pergi ke tempat asal (ke tempat seseorang itu berada sebelumnya), balik (ke rumah, pejabat, kedai, dll), pulang: aku pun ~ ke kedai; orang-orang tahanan itu diberi kesempatan ~ melihat keluarga masing-masing; ~ asal balik asal (kembali semula kpd asalnya); ~ ke negeri yg baqa (kekal) = ~ ke rahmatullah meninggal dunia; 2. = wang ~ wang baki kerana bayaran yg berlebihan (yg harus dipulangkan kpd pembayar), wang kelebihan: Encik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit; 3. semula (buat kali keduanya dan seterusnya), lagi, sekali lagi: di pekan Yan, kami telah bertemu ~ dgn beberapa orang teman dr Sungai Petani; kini aku berada ~ di kampung; 4. kata yg kerap digunakan bersaingan dgn kata kerja utk menyatakan atau menunjukkan pengulangan sesuatu perbuatan (pemulihan sesuatu kpd kedudukan asalnya, pemulangan sesuatu ke tempat asalnya, dll); membayar ~ memberi balik hutang atau wang yg telah diterima (supaya tidak berhutang lagi); meminta ~ sesuatu meminta balik sesuatu (meminta supaya dipulangkan sesuatu yg telah diberikan atau dipinjamkan); menarik ~ (usul, keputusan, dll) menyatakan batal atau tidak akan diteruskan dsb (usul, keputusan, dll); menceritakan ~ mengulang cerita atau kisah yg telah didengar (dibaca dll); menyusun ~ mengulang menyusun lagi (menyusun semula); sekembali sebaik-baik kembali atau pulang (dr), sejurus (tidak lama) selepas pulang dr (sesuatu tempat); mengembalikan 1. mengirimkan (menghantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (menyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kembali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kembali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu; kembalian sesuatu barang dll yg dikembalikan: penerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~; kekembalian perihal kembali; perkembalian perihal kembali, kepulangan: ~ Rawon telah diterima dgn cucuran air mata oleh ayahnya; pengembalian perihal (perbuatan dsb) mengembalikan, pemulangan, pemulihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bayar | ; berbayar dpt dijelaskan (ttg hutang, harga barang-barang yg dibeli dsb); Hutangnya belum ~. membayar 1 memberikan wang utk harga barang yg dibeli (menjelaskan hutang dsb): Salmah ~ harga kopi dan gula kpd Pak Kadir, yg empunya kedai runcit itu. 2 melakukan sesuatu utk memenuhi janji dsb; menunaikan nazar (niat): ~ niat. membayarkan 1 memberikan wang dsb utk membayar: Dia telah ~ semua wang simpanannya utk membeli sebidang tanah. 2 membayar utk orang lain: Dia ~ adiknya harga gula-gula itu. bayaran 1 wang dsb yg digunakan utk membayar; wang dsb yg dibayarkan: Mereka yg menonton pertunjukan itu tidak dikenakan ~. 2 wang dsb yg diterima kerana melakukan sesuatu; upah: Sbg pakar runding, dia menerima ~ RM10,000/- sebulan. pembayaran perbuatan (hal dsb) membayar atau membayarkan; penjelasan: ~ hutang rumahnya dibuat melalui potongan gaji. pembayar 1 orang yg membayar atau membayarkan. 2 wang dsb utk membayar. si dibayar ist penerima bayaran yg namanya tertulis pd cek dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |