pembiakan tampang | pembiakan tanpa melalui proses persenyawaan, iaitu pembiakan tak mengawan (spt percantuman). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembiakan tanpa seks | pembiakan yg tidak melibatkan penyatuan gamet jantan dgn gamet betina (spt dlm pembiakan tampang). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembiakan | perbuatan, hal dsb) membiak atau membiakkan: Saudara saya bekerja sbg pelatih di pusat ~ ikan darat. ~ tampang pembiakan tanpa melalui proses persenyawaan iaitu pembiakan tak mengawan (spt percantuman dsb). ~ tanpa seks pembiakan yg tidak melibatkan penyatuan gamet jantan dgn gamet betina (spt dlm pembiakan tampang). | Kamus Pelajar |
gamet | /gamét/ ist sel pembiakan (terutamanya yg matang) dan terdapat kromosom di dlmnya: Pembiakan haiwan mamalia melibatkan penyatuan sel pembiakan yg dinamai ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gamet | /gamét/ ist sel pembiakan (terutamanya yg matang) dan terdapat kromosom di dlmnya: Pembiakan haiwan mamalia melibatkan penyatuan sel-sel pembiakan yg dinamai ~. | Kamus Pelajar |
pembiakan | perbuatan, hal dsb membiak atau membiakkan: Saudara saya bekerja sbg pelatih di pusat ~ ikan darat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembiakan | perihal atau perbuatan membiak(kan): pd masa ini dia bertugas dlm rancangan ~ benih padi terpilih di Kedah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aseksual | (aséksual) (Bio) 1. tidak melibatkan aktiviti atau hubungan seks; 2. tidak mempunyai alat jantina atau organ seks yg jelas; 3. tidak melibatkan percantuman sel pembiakan jantan dgn sel pembiakan betina: pembiakan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ovari | ist 1 organ pembiakan yg mengeluarkan ovum (pd orang perempuan atau pd binatang betina). 2 organ pembiakan pd tumbuh-tumbuhan (yg di dlmnya terdapat ovul). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
klon | ist sekumpulan organisma yg diperoleh secara pembiakan tanpa seks dr satu leluhur (terutamanya pokok melalui pembiakan tampang sebatang pokok induk). | Kamus Pelajar |