pembidas | benda tajam (pd perangkap, jerat dsb) yg dilepaskan dgn sesuatu yg melenting. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembidas | sj lembing yg dilepaskan dgn alat yg memantul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembidas | benda tajam (pd perangkap, jerat dsb) yg dilepaskan dgn sesuatu yg melenting. | Kamus Pelajar |
pengecam | pembidas, pengkritik, pencela. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengkritik | orang yg mengkritik, pembidas: kita memerlukan banyak ~ sastera yg berkebolehan; para ~ dr negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yg dipamerkan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belantik | alat utk menangkap ikan yg dibuat drpd tali dan pembidas (apabila tali disentak, jerat, tombak dll akan membidas). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
belantik | alat utk menangkap ikan yg dibuat drpd tali dan pembidas (apabila tali disentak, jerat, tombak dll akan membidas). | Kamus Pelajar |
belantik I | sj perkakas utk menangkap binatang dan biasanya dibuat drpd tali dan pembidas (kalau binatang itu tersentuh tali ia akan terkena tombak, peluru atau jerat); ~ batang belantik yg dibuat drpd buluh yg dilubangkan di samping; ~ bidas = ~ embat = ~ terbang belantik yg menjerat kaki binatang; ~ pangkung belantik yg menyebabkan binatang kena pukul di kepala; ~ parak = ~ parap = ~ paut belantik yg menyebabkan binatang terkena tombak; ~ pesawat belantik yg menyebabkan binatang kena peluru senapang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bidas I | ; membidas 1. memantul (balik): setelah saya lepaskan, dahan itu ~; 2. menembus (pertahanan musuh dll): serangan itu diperhebat lagi supaya dapat ~ pertahanan musuh; 3. mengecam: menteri itu memberi jawaban sambil ~ pihak pembangkang; bidasan 1. gerakan membidas; 2. serangan, serbuan; 3. kecaman; pembidas sj lembing yg dilepaskan dgn alat yg memantul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecam I | ; mengecam mengkritik (keras), membidas, mencela: beliau ~ sikap setengah-setengah pegawai yg kerap menggunakan bahasa Inggeris dlm urusan-urusan pejabat; kecam-mengecam saling mengecam antara satu sama lain: kedua-dua pihak yg bertelagah itu ~ dan tidak mahu beralah; kecaman kritikan (yg keras), bidasan, celaan: pendapat ahli Parlimen itu telah menimbulkan ~-~ hebat drpd ahli-ahli agama; pengecam pembidas, pengkritik, pencela. | Kamus Dewan Edisi Keempat |