Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.buang] | ڤمبواڠ

Definisi : orang yg membuang sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembuang


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pembuangorang yg membuang sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
polipektomi(polipéktomi) (Ubat) pembuang­an polip (ketumbuhan) secara pembedahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mastektomi(mastéktomi) (Ubat) pembuang­an sebelah atau kedua-dua buah dada (biasanya dilakukan utk mengatasi serangan kanser yg parah).Kamus Dewan Edisi Keempat
buang; ~ air besar bh berak; ~ air kecil bh kencing; ~ angin keluarnya angin biasanya berbau busuk dr perut melalui dubur, kentut; ~ kerja hukuman memberhentikan atau memecat seseorang drpd kerja atau jawatannya; ~ negeri (daerah) hukuman yg dikenakan ke atas seseorang dgn memaksanya keluar dr sesebuah negara (daerah) bagi tempoh tertentu atau selama-lamanya; hukuman ~ hukuman pengasingan (ke tempat yg jauh dan terasing); membuang 1. mencampakkan, melemparkan: dlm permainan bola keranjang, bola dibuang, tidak boleh disepak; dicegah ~ sampah di sini; 2. menghapuskan, menghilangkan: akhiran “kan” pd akhir perkataan ini harus dibuang; 3. = membuang-buang memboroskan, membazirkan, mensia-siakan: tidak perlu ~ wang serupa itu; ~ tenaga; 4. menghukum dgn jalan mengasingkan ke tempat yg jauh (terasing): raja itu hendak ~ puteranya yg derhaka ke tempat yg jauh; 5. menghentikan (sesuatu tabiat dll): tabiat merokok tidak dapat dibuangnya langsung; ~ adat tidak mengendahkan adat; ~ agama keluar drpd agama; ~ aksi Id membuat-buat supaya elok kelihatan; ~ arang (di muka) menghilangkan malu (aib); ~ baka mencemarkan nama baik keluarga; ~ belakang a) lari (melarikan diri); b) tidak mahu tahu (mengenai sesuatu); ~ bicara (membebaskan seseorang drpd dakwaan (mahkamah dll); ~ bini menceraikan bini; ~ buruk luruh buahnya yg tidak elok (pokok); ~ cangerai membuang sial; ~ dadu melemparkan dadu (dlm permainan); ~ darah membekam (mengeluarkan darah); ~ diri a) menjauhkan diri ke tempat lain; b) menarik (mengasingkan) diri; c) membunuh diri; ~ hamil menggugurkan anak (yg dlm kandungan); ~ hidup menghukum buang; ~ hingus mengeluarkan hingus dr dlm hidung; ~ langkah a) berjalan, berlari; b) melangkah ke belakang (dlm permainan pencak); ~ malu a) menghilangkan aib; b) membalas dendam (menebus malu); c) menyunati (anak dll); ~ masa (tempoh, waktu) mensia-siakan masa; ~ mata (pandang) melayangkan pandang, memandang-mandang; ~ muka a) berpaling (kerana tidak hendak melihat); b) tidak mempedulikan; ~ mulut mengatakan sesuatu dgn samar-samar (tidak terus terang); ~ nahas menolak bala (dgn mandi safar); ~ nyawa a) mati; b) menebus dgn nyawa, mengorbankan nyawa; ~ pelawa mengajak, mempelawa; ~ sauh menjatuhkan sauh; ~ sepanjang adat mengeluarkan drpd adat; ~ sial berbuat sesuatu supaya hilang sial; ~ sifat (Palembang) melukai orang sehingga cacat; ~ sikap (tingkah) berjalan dll dgn dibuat-buat; ~ tabiat berkelakuan lain drpd biasa; ~ tangan mengayun tangan utk memukul dll (dlm pencak); ~ tunang Sr memutuskan pertunangan; ~ ubat (tembakan) menembak dgn tidak tentu sasaran; ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; laut tidak ~ sungai, rimba tidak ~ latah prb orang besar (baik) tidak menolak jika diminta pertolongan; membuangkan membuang utk orang lain; terbuang 1. sudah dibuang; 2. sia-sia, tidak berguna; terbuang-buang tersia-sia;buangan 1. sesuatu yg dibuang (sampah dll);2. (orang) yg dibuang (dihukum buang); 3. berada (dibentuk) di negeri asing kerana tidak dibenarkan (diharamkan) di negeri sendiri: kami tetap pewaris takhta itu walaupun kami hidup dlm ~; kerajaan ~ kerajaan yg dibentuk di negeri luar (utk melawan kerajaan yg ada); pembuangan 1. perihal membuang(kan); 2. tempat membuang (sampah dll); 3. tempat hukuman (orang yg dihukum buang);pembuang orang yg membuang sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas