pembungkusan | perihal, perbuatan, proses dsb membungkus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembungkusan | perbuatan (proses) membungkus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
polistirena | (polistiréna) (Kim) sj polimer yg digunakan sbg bahan pembungkusan dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjenamaan | pemberian jenama (nama tertentu) kpd sesuatu barang yg dihasilkan: aspek pembungkusan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jenama | jenis barang yg memakai nama khas yg dikeluarkan oleh pengeluar (pembuat, pengilang) tertentu; berjenama mempunyai jenama, ada jenamanya (bkn barang); menjenamakan memberikan jenama kpd sesuatu; penjenamaan pemberian jenama (nama tertentu) kpd sesuatu barang yg dihasilkan: aspek pembungkusan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bungkus | 1 penjodoh bilangan utk sesuatu yg dibalut dgn kertas dsb: Tolong belikan saya rokok dua ~. 2 apa-apa yg digunakan utk membalut: Apakah yg ada di dlm ~ kertas itu? membungkus membalut sesuatu dgn kertas dll supaya tidak kelihatan: Emak saya sedang ~ nasi lemak dgn daun pisang. bungkusan sesuatu yg sudah dibungkus: Setiap ~ yg dibawa akan diperiksa oleh pihak kastam. pembungkusan perihal, perbuatan, proses dsb membungkus. pembungkus sesuatu (kertas, kain dsb) yg digunakan utk membungkus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bungkus | 1. = pembungkus bahan (kertas, kain, daun) utk membalut sesuatu: daun ~ nasi; 2. = bungkusan benda yg dibalut (dgn kertas, kain, daun, dll): se~ kain; ~-bingkis berbagai-bagai jenis benda yg dibalut; besar ~ tak berisi prb orang yg besar cakap dan tidak berisi;berbungkus berbalut: di tangannya ada benda-benda ~;membungkus 1. membalut: permata itu dibungkus dgn kain baldu; 2. menyembunyikan, merahsiakan: mereka pandai benar ~ rahsia hati masing-masing; 3. menangkap, memberkas (pencuri dll); ~ tulang dgn daun talas prb menyembunyikan rahsia dgn tidak hati-hati (mudah saja diketahui orang); sepandai-pandai ~, yg busuk berbau juga prb perbuatan yg salah itu lambat-laun akan ketahuan juga;membungkusi menyelubungi: keheningan malam itu terasa ~ diri kami;pembungkusan perbuatan (proses) membungkus;pembungkus 1. bahan (kertas, kain, daun, dsb) utk membungkus sesuatu; 2. orang (syarikat dsb) yg membungkus; 3. sesuatu yg digunakan utk atau dlm kerja membungkus: mesin ~ gula-gula. | Kamus Dewan Edisi Keempat |