Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sandiwara1 pertunjukan sesuatu cerita oleh pelakon-pelakon; pementasan cerita.Kamus Pelajar
sandiwara1 pertunjukan sesuatu cerita oleh pelakon-pelakon; pementasan cerita. 2 sesuatu kejadian yg dibuat-buat utk mengelirukan orang. ber­sandiwara 1 berlakon utk sesuatu cerita; bermain sandiwara. 2 berbuat sesuatu hanya utk mengelirukan orang. menyandiwarakan 1 memainkan sesuatu cerita dsb sbg sandiwara. 2 mengubah sesuatu cerita biasa kpd cerita berbentuk sandiwara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sandiwara1. pertunjukan cerita yg dilakon-kan oleh orang, pementasan cerita, setambul, tonil: mereka bersetuju utk mengadakan ~ pd Hari Ibu Bapa nanti; bintang ~; 2. sesuatu kejadian yg tidak sungguh-sungguh (utk mengabui mata sahaja dll); bersandiwara 1. bermain sandiwara: dia pandai ~, lakonannya memberi kesan pd penonton; 2. berbuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh (utk mengabui mata dll): ia selalu memancing-mancing dulu reaksi, selalu ~ dulu, selalu berputar-putar dulu, berbohong dulu; menyandiwarakan 1. melakonkan sandi­wara, mementaskan: cerita itu pernah disandi-warakan di radio; 2. mengarang cerita sandiwara drpd cerita biasa; 3. ki memainkan, mempermainkan; persandiwaraan bidang, hal, dll yg berkaitan dgn sandiwara: zaman sebelum perang ada-lah dianggap sbg zaman pembaharuan atau pengenalan pengaruh Barat dlm ~ Indonesia.Kamus Dewan Edisi Keempat
drama1. karya yg dipersembahkan oleh pe­lakon di pentas, radio, atau TV, sandiwara: mereka akan mengadakan pementasan ~ bersempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia; seni ~ seni mengenai sandiwara (spt cara menyusun skrip, latar, hiasan pentas, dsb); 2. Id lakonan yg mengharukan (sedih); 3. ki situasi atau urutan peristiwa penuh emosi, tragik, atau bergelora: suatu ~ tembak-menembak telah berlaku antara anggota polis dgn perompak-perompak itu; ~ bacaan drama yg lebih sesuai utk dibaca drpd dilakonkan; ~ komedi drama yg lucu; ~ muzikal drama dgn iringan muzik (nyanyian dan tarian); ~ pentas drama yg dilakonkan di atas pentas; ~ radio drama yg dilakonkan melalui corong radio yg memberi tekanan pd suara pelakonnya dan muzik atau bunyi latar utk menimbulkan kesan pd cerita; ~ rakyat drama yg mengisahkan cerita-cerita rakyat; ~ satira drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran; ~ televisyen drama yg dilakonkan utk ditayangkan di kaca te­levisyen; ~ wira drama yg mengisahkan ke­perwiraan atau keberanian seseorang pah­lawan; berdrama 1. mengadakan pementasan drama (sandiwara), bersandiwara: mereka ~ utk mengutip derma bagi tabung persatuan; 2. ki bertutur atau bertingkah laku dgn agak berlebihan: apabila ramai orang di situ, mulailah dia ~; mendramakan menjadikan drama, mem­per­sembahkan dlm bentuk drama: boleh juga diadakan acara-acara spt ~ sebahagian drpd kandungan buku, mendeklamasikan puisi, mengadakan peraduan bercerita, dsb; pendramaan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mendramakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
dramacerita yg dilakonkan utk pertunjukan pentas, disiarkan di radio, televisyen dll; sandiwara: ~ Tamu di Bukit Kenny sudah dipentaskan di Balai Budaya. ~ satira 1 drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran. 2 peristiwa (kejadian) menarik yg benar-benar berlaku: Perompak itu mati dlm satu ~ tembak-menembak dgn anggota polis. berdrama 1 berlakon drama (utk pementasan, disiarkan di radio, TV dll); bersandiwara: Jangan asyik ~ saja, pelajaran penting juga! 2 membuat sesuatu yg tidak sungguh; berpura-pura; bersandiwara: Janganlah kita ~ saja dlm hidup ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
drama1. cerita yg dilakonkan utk pertunjukan pentas, disiarkan di radio, televisyen dll; sandiwara: ~ Tamu di Bukit Kenny sudah dipentaskan di Balai Budaya. 2. peristiwa (kejadian) menarik yg benar-benar berlaku: Perompak itu mati dlm satu ~ tembak-menembak dgn anggota polis. berdrama 1. berlakon drama (utk pementasan, disiarkan di radio, TV dll); bersandiwara: Jangan asyik ~ saja, pelajaran penting juga! 2. membuat sesuatu yg tidak sungguh; berpura-pura; bersandiwara: Janganlah kita ~ saja dlm hidup ini.Kamus Pelajar
pentas1 tempat yg sengaja ditinggikan utk bermain sandiwara dll; panggung. 2 lantai yg ditinggikan utk tempat tidur atau tempat memasak. mementaskan memainkan atau melakonkan sesuatu di atas pentas: Mereka telah ~ cerita Mahsuri di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. pementasan perbuatan atau hal mementaskan (sandiwara dll): ~ drama itu telah mendapat sambutan hangat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pentas1 tempat yg sengaja ditinggikan utk bermain sandiwara dll; panggung. 2lantai yg ditinggikan utk tempat tidur atau tempat memasak. mementaskan memainkan atau melakonkan sesuatu di atas pentas: Mereka telah ~ cerita Mahsuri di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. pementasan perbuatan atau hal mementaskan (sandiwara dll): ~ drama itu telah mendapat sambutan yg hangat.Kamus Pelajar

Kembali ke atas