Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemerah pipi


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pemerahsesuatu (bahan dll) yg menjadikan sesuatu lain berwarna merah; ~ pipi bahan solek utk memerahkan pipi.Kamus Dewan Edisi Keempat
merah I(mérah) warna spt warna darah; ~-~ bahasa agak merah; ~ darah merah spt darah; ~ jambu = ~ muda merah keputih­putihan; ~ kesumba merah tua; ~ lembayung merah bercampur ungu; ~ marak = ~ men-jahang = ~ menyala = ~ merang = ~ murup sangat merah; ~ muka kemalu-maluan; ~ padam merah spt bunga teratai (warna muka ketika marah); ~ pijar sangat panas sehingga membara (logam dll); ~ pulasan merah spt kulit buah pulasan masak; ~ saga warna merah spt biji saga; ~ telinga marah; ~ telur bahagian dlm telur yg berwarna merah kekuning­kuningan; ~ tua merah kehitam-hitaman; di luar ~, di dlm pahit prb janganlah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasa­nya berisi tipu daya yg busuk; bermerah; ~ muka ki bertengkar (berhujah dll) spt akan berkelahi; memerah menjadi merah: panas matahari sudah mulai mengundur dan di sebelah barat langit sudah mulai ~; memerahi membubuh warna merah pd, mewarnai merah: pipinya dimerahi dgn gincu, pinggangnya diikat ramping-ram-ping; memerahkan menjadikan (menyebabkan) merah, membuat menjadi merah; ~ muka menjadikan muka merah (menyebabkan marah); kemerahan keadaan merah; kemerah-merahan berwarna agak merah, seakan-akan merah: lapisan yg ~; pemerah sesuatu (bahan dll) yg menjadikan sesuatu lain berwarna merah; ~ pipi bahan solek utk memerahkan pipi.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas