pemeroleh | pihak, orang dsb yg memperoleh sesuatu: Peraturan itu membolehkan pihak tsb memindahkan hak milik tanah kpd mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemeroleh | pihak (orang, firma dsb) yg memperoleh sesuatu: pindaan itu membolehkan pihak yg berkenaan memindahkan hak milik tanah kpd mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
oleh I | /oléh/ 1 kata sendi nama utk menunjukkan pelaku dlm ayat pasif: Daerah itu telah ditawan ~ musuh. 2 sebab; akibat: Orang itu mati ~ penyakit kepialu. 3 kepada; bagi: Tampak ~nya seorang tua berjalan-jalan. 4 dengan: Bakul itu sarat ~ buah-buahan. beroleh mendapat atau menerima sesuatu: Beliau telah ~ anak lelaki. memperoleh mendapat atau mencapai sesuatu dgn usaha: Kita telah ~ kemerdekaan tanpa menumpahkan darah setitik pun. perolehan 1 sesuatu yg diperoleh; hasil; pendapatan. 2 hal beroleh. pemerolehan hal atau cara memperoleh. pemeroleh pihak, orang dsb yg memperoleh sesuatu: Peraturan itu membolehkan pihak tsb memindahkan hak milik tanah kpd mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
oleh | (oléh) 1. (kata sendi nama) utk menunjukkan pembuat dlm ayat-ayat pasif: daerah yg ditawan ~ musuh; ditimbus ~ tanah longsor; 2. sebab, akibat, kerana: ~ tiada jalan lain hendak menyelamatkan dirinya, ia mencuba hendak terjun ke dlm air; mati ~ kerisnya sendiri; 3. pada, bagi, untuk: tampak ~nya seorang tua berjalan di tengah-tengah sawahnya; 4. (ke) pada (yg menyatakan hubungan keluarga): ia pun sepupu juga ~ tuan; ia anak yg satu-satunya ~ pak cik saya; 5. dengan: pokok-pokok yg lebat ~ buah; dewan yg penuh sesak ~ orang ramai; ~ itu = ~ sebab itu = ~ yg demikian lantaran itu; beroleh 1. mendapat, menerima: ~ anak lelaki; ~ kebajikan; ~ kesenangan; 2. sl boleh, dapat: ~ selamat sempurnalah anakanda drpd sekalian bencana; memperoleh mendapat, menerima (mencapai, menemui, dsb) dgn ikhtiar atau usaha: sagu diperoleh drpd pokok rumbia; kanak-kanak ~ kemahiran sedikit demi sedikit; keuntungan yg diperolehnya berlipat ganda; pemerolehan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) memperoleh; pemeroleh pihak (orang, firma dsb) yg memperoleh sesuatu: pindaan itu membolehkan pihak yg berkenaan memindahkan hak milik tanah kpd mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak;perolehan sesuatu (barang, hasil, dll) yg diperoleh: ~ padi tahun ini lebih baik drpd tahun lalu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |